Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands - Assalamualaikum semua selamat sejahtera. Kami sebenarnya dah lama teringin nak tidur di Avillion Cameron Highlands dan bercuti ke Cameron Highlands tanpa jam, tanpa sesak. Hotel Avillion Cameron Highlands mahal? Sebenarnya, harga bilik Hotel Avillion Cameron Highlands tidak terlalu mahal jika booking awal atau booking pada tarikh-tarikh yang tertentu. Harga bilik hotel di Avillion Cameron Highlands berbeza-beza di website mereka .
Tema baju sedondon Day 1 - Nude color
Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands
Cameron Highlands mana pernah tak sesak, jika cuti panjang. Biasalah kalau cuti sekolah butik umum terlampau sangat sesak. Raya baru ni, kami ada ke Cameron Highlands. Walau raya, masih sesak juga. Jadi, cuti kali ini,kami plan nak ke Cameron Highlands sekali lagi..tawakal je.. sama ada jam atau tidak. Kami beranggapan, tak sesak kerana waktu ni, ramai ibu bapa yang masih sibuk dengan convocation anak di sekolah, juga ada sibuk dengan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Mummy rasa, ini merupakan masa percutian yang terbaik untuk kami explore ke Cameron Highlands. Jom ikuti Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands
Dari Kajang kami bertolak lebih kurang jam 9-10 pagi. Seawal 12.30 tengah hari kami tiba di Hotel Avillion Cameron Highlands. Bilik hotel masih belum 'ready' kami di minta untuk menunggu lagi beberapa jam. Kerana malam sebelumnya (malam minggu) Hotel Avillion Cameron Highlands ini mempunyai high occupancy. Korang yang nak menginap sini, jangan main terjah je tau ! Booking awal-awal, please !
Sementara menunggu bilik hotel Avillion Cameron Highlands kami 'ready' kami terus turun untuk 'lunch'. Hotel ini attached dengan shopping mall CAMERON FAIR. Ada banyak tempat makan dalam mall ini dan sekitar Hotel AVillion Cameron Highlands ini juga.
Sementara tunggu check in Hotel Avillion Cameron Highlands ini. Kami memilih makan 'lunch' di dalam mall sahaja, sebab daddy tak berapa sihat. Lagi pun, dah penat drive. Malas nak jalan jejauh lagi.
LEPAK PLAY GROUND HOTEL AVILLION CAMERON HIGHLANDS SEBELUM CHECK IN
Selesai makan, lebih kurang jam 2.30 petang. Kami terus naik ke tingkat 3 (lobi Hotel Avillion Cameron Highlands). Bilik masih belum 'ready', oleh kerana belum dapat bilik. Kami membawa anak-anak bermain di play ground dulu.
Posing sat lah sementara tunggu anak-anak main dan masa untuk check in ! Dalam hati dok mikir, nak minta bilik bawah ke idak ye. Kalau bilik bawah ni, view cantik. Tapi kang...anak-anak dopolohpatjam nak main. Boleh pitam,ni !
Persekataran bersih dan terjaga di play ground Avillion Cameron Highlands. Dah la cuaca sejuk, hati pun jadi sejuk sketlah walau tak dapat 'check in' lagi.
main buai
dating laki bini haha
Daim pun sama nak main
minta mummy amekkan gambo hehe pesen sapooo
Sudahnya, dapat juga 'check in' pada jam 3.10 petang (lebih kurang). So, kalau korang tak booking cemana agaknya, ya?
Terdapat 4 jenis pilihan bilik di Avillion Cameron Highlands iaitu Superior Studio, Deluxe Studio, Two Bedroom Suite dan Two Bedroom Premium Suite. Kami memilih bilik 2 bedroom Suite selama 3 hari 2 malam (free 4 breakfasts untuk sehari).
Selesai 'check in' terus kami naik ke tingkat 5 dengan menaiki lif. Bilik kami ialah A505, masuk-masuk sahaja dalam bilik. Anak-anak terus menyebutttt "WOW" bestnya !
happy faces of kiddos
toiletries syampu, mandian tanpa paraben tau !
Bahagian depan
security lock
mini kitchen
coffee time
balkoni - sliding door locked for security purpose.
hall
living room
wifi avalaible yeyyy !
Bilik Utama Berbilik Mandi
Bilik tidur mummy, daddy dan Daim
Di lengkapi dengan bilik mandi, meja solek, sterika,baju mandi, hair dryer
air panas, air sejuk, tuala mandi, tuala muka, alas kaki semua ada juga
Bilik Kedua Avillion Cameron Highlands
bilik tidur mereka
budak-budak dah siap kemas sendiri haha
Hotel Avillion Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata ini, berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasinya. Ianya merupakan hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.
Hotel ini, mempunyai lebih dari 200 bilik. Manakala, bilik untuk pengunjung menginap hanya dibenarkan sebanyak 100 lebih unit sahaja.
DAY 1 : DINNER DI AVILLION CAMERON HIGHLANDS
Daddy not feeling well, masih demam, sakit badan, selsema, batuk dan sakit tekak. Pakej katanya. Jadi, kami dinner di Hotel Avillion sahaja. Tempat makan ini, terletak berdekatan dengan Lobi Hotel (Tingkat 3).
Order ala-carte je malam ni !
budak moody tengah tidur, kejut suruh bangun
senyum pun tak larat
jus epal, jus lemon ginger, tembikai dan hot tea.
my lamb chop ! RM35
kiddos Chicken Chop RM30
spaghetti RM30
nasi goreng kampung siap telur, udang goreng, keropok dan sayuran RM20
Aiskrim. Sejuk-sejuk peduli apa hehe. Banana Split kekongsi reramai
DAY 2 : BREAKFAST DAN DINNER DI AVILLION CAMERON HIGHLANDS
Sekejap je dah hari kedua. Hari kedua ni, seawal pagi kami dah turun breakfast. Makanan banyak, pilihan pun banyak. Jom penuhkan perut sebelum meneruskan aktiviti di luar hotel !
Breakfast dari 7 pagi hingga 10.30 pagi. Harga pulak RM18 (kanak-kanak) dan RM28 (dewasa). Jika menginap di 2 bedroom suite macam kami, akan menerima 4 voucher makan pagi secara PERCUMA.
MENU BREAKFAST
Bubur
makan..jangan tak makan. Lapo kang
Bijirin, susu
Roti
Salad fresh !
Nasi Goreng
Mee Goreng
Nasi Lemak
Wedges
sosej
kacang panggang
kuih muih, buah-buahan
Mummy punya. Percayalahhhhh
Siap breakfast, kami meneruskan program berjalan-jalan di sekitar Tanah Rata serta Brinchang. Misi cari sayur dan buah strawberi.
DINNER DAY 2
Dinner hari kedua juga kami makan di Hotel Avillion sahaja. Malas nak keluar makan jejauh. Daddy tak berapa sihat dan malas nak tercari-cari tempat makan di luar.
Amek mood anak-anak dulu sebelum makanan sampai. Bila mood depa baik, nak makan pun senang. Depa kurang sket ragamnya.
Dinner kali, amek set sekeluarga !
kari ayam
telur dadar
Ayam goreng masak Butter
Sayur goreng FRESH !
di lengkapai dengan jus oren
Settle makan malam, daddy makan ubat. Seterusnya, jalan sekejap luar hotel beli sedikit souvenir dan balik hotel balik.
Secara keseluruhan, Hotel Avillion ini mummy highly recommended selain bilik besar.
Di sini mempunyai parking yang banyak dan FREE, berdekatan dengan shopping mall, pasar malam, kedai makan, klinik dan ada fasiliti lain juga seperti gim dan dewan mesyuarat.
Secara keseluruhan, Hotel Avillion ini mummy highly recommended selain bilik besar.
Di sini mempunyai parking yang banyak dan FREE, berdekatan dengan shopping mall, pasar malam, kedai makan, klinik dan ada fasiliti lain juga seperti gim dan dewan mesyuarat.
Pemilihan untuk bercuti di sini, amat tepat untuk kami dan kebetulan daddy pulak tak sihat.
Walau kami tak banyak untuk beraktiviti luar, anak-anak happy dan sangat enjoy menginap di sini.
Untuk promosi dan keterangan lanjut mengenai hotel ini. Boleh layari :-
Untuk promosi dan keterangan lanjut mengenai hotel ini. Boleh layari :-
AVILLION CAMERON HIGHLANDS
C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata
Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/
T +605 5000 333
Tempahan : SINI.
Bestnya berholiday..hurmm..rabia duduk je kat rumah.. ngadap assigment assigment je.lepas tu ngadap laptop.
ReplyDeleteMini kitchen tu best.. bilik pun selesa dan besar.. puas hatilah..
ReplyDeletecantiknya kawasan luar hotel tu. boleh la duk sini nanti bila naik sana...
ReplyDeleteNampak macam.puas hati sangat duduk kat hotel niii
ReplyDeletewah nampak mmg seronok dan puas hati la avilion ch ni boleh masuk dalam wishlist nanti
ReplyDeleteNampak best hotel ni. Boleh lah stay sini next time.
ReplyDeletenampak best je, selesa pulak tu. satu kepuasan kalau anak2 happy
ReplyDeletebestnya..hotel dia cantik..menu dia pun nmpk menyelerakan..syian daddy time cuti2 tak sihat..nk jenjalan pun tak ada mood...
ReplyDeletenice la tmpt ni.. next time blh la plan cuba sini plak
ReplyDeleteMemang best sangat... Makanan pun nampak sedap
ReplyDeleteBestnya ddk di Cameron. Everything looks awesome - especially the food! Suite pun nmpk elegant, mesti mahal tu kan...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com