‘SHOP YOUR WAY TO KOREA’ OLEH GUARDIAN MALAYSIA - Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Sihat ke? Atau sedang cuti panjang tu? Cakap pasal bercuti, korang suka tak kalau dapat bercuti ke KOREA secara PERCUMA? Macamana nak menang? Senang je !
‘SHOP YOUR WAY TO KOREA’ OLEH GUARDIAN MALAYSIA
Untuk menyertai peraduan ‘SHOP YOUR WAY TO KOREA’ OLEH GUARDIAN MALAYSIA, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit. Selepas membuat pembelian, korang perlu mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik I Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm.
Seterusnya, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember 2018. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember 2018.
Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk lima penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi.
Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam menanti pemenang-pemenang utama
Guardian Malaysia, menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat, kini menawarkan peluang menarik kepada para pelanggannya untuk “Shop Your Way To Korea”.
Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” yang dilancarkan hari ini, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej percutian eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk dua orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.
Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu: “Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat para pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat.
“Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.
Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Kami terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.
“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk dua orang, bernilai hampir RM36,000! Dan terdapat EMPAT Hadiah Utama!
Selain itu, terdapat 16 hadiah kedua berupa Samsung Note 9 dan 30 hadiah ketiga berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang! Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini!
Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di: w2korea.guardian.com.my
“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar,” tambah Ms Wong.
ni kena shopping sana ni..mana tau ada rezeki nak fly ke korea kan
ReplyDeleteWah.. hadiah dia mengancam betull..
ReplyDeleteMemang percutian impian ni,rugi kalau tak join, jemput singgah ke laman http://www.pokucu.com/,terima kasih....
ReplyDeletebestnya.. teringin juga nak join manatau ada rezeki kan
ReplyDeletewaaa~ kna laju² p guardian ni.. kot² dpt ke.. berangan nak p korea lama dah.. ^^
ReplyDeleteHadiah mantop
ReplyDeleteMacam best je hadiah utama dia tu.. Nak shopping kat guardian la..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com