3 PILIHAN MENU TAHUN BARU CINA 2019 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT - Tahun Baru Cina tahun 2019 jatuh pada 5 dan 6 Februari 2019 iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Cuti panjang lagi lah kita ye ! Dah sesiap book untuk MAKAN BESAR TAHUN BARU CINA 2019 ke? Bagi yang tercari-cari menu HALAL sempena TAHUN BARU CINA 2019. Korang boleh ke Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Shah Alam untuk nikmati hidangan HALAL bersama keluarga terutamanya bagi korang yang ada saudara mara yang memang meraikan TAHUN BARU CINA. Jom kita tengok 3 PILIHAN MENU TAHUN BARU CINA 2019 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT
“Semoga di Tahun Baru Cina ini, anda dikurniakan kesihatan, kekayaan dan usia panjang. Semoga mendapat ketenangan dan kedamaian sepanjang tahun. Gong Xi Fa Chai!”
3 PILIHAN MENU TAHUN BARU CINA 2019 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT
3 PILIHAN MENU TAHUN BARU CINA 2019 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set dan Golden Prosperity Chinese New Year
Auspicious Yee Sang
Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +.
Poon Choy Set
Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana :-Set A berharga dari RM988.00+
Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang.
Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam.
Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel).
Golden Prosperity Chinese New Year
Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan. Terdiri dari empat set menu iaitu,
Untuk 10 orang :
Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+
Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+
Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+
Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898.00+ (untuk 6 orang).
3 PILIHAN MENU TAHUN BARU CINA 2019 DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM DARI 15 JANUARI - 28 FEBRUARI 2018
Ke semua Set Menu disediakan ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019
Mummy suka sangat dengan restoran ini sebab cantik, selesa dan teratur ! Nampak ekslusif gituu.
Oh ya, kalau nak datang restoran ini, jangan main terjah je tau. Sebab restoran ini di buka pada waktu tertentu sahaja iaitu dari 11.30 pagi - 2.30 petang (makan tengahari) dan 6.30 petang hingga 10.30 malam (makan malam)
Sesi makan besar telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga. Semasa sambutan ini, masyarakat sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang. Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut dengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Selanjutnya, untuk booking atau pertanyaan boleh hubungi:-
Booking : 03-55118811 ext 2612 / 019-2736801 / 019-2757801
Grand BlueWave Hotel
Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Website : www.bluewavehotels.com
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/
wahhh.. menarik :)
ReplyDeleteBestnya semua makanan tu semua...rasa nak makan jer ha..dah la akak baru dapat semula selera akak...
ReplyDeleteFirst time makan yee sang dekat sini. Sedap sangat. Menu yg lain pun sama sedap. Berbaloi makan.
ReplyDeletewahh sedapnya.. sesuai utk makan besar tu
ReplyDeleteMeriah betul menu menu dia..
ReplyDeleteTerliur tengok menu untuk CNY ni
ReplyDeletesemua makan nampak sedap dan menyelerakan yang penting Halal dan murah hehee kita nak cuba nanti..
ReplyDeleteBanyak jugak pilihan menu yang ada. Murah pulak tuh. Berbaloi makan
ReplyDeleteSedap yer tengok semua menu. chinese food memang sedap! favourite!
ReplyDeleteMenu dia nampak sedap2 lak..
ReplyDeletesedap-sedap semua makanan tu.. fuhhhh
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
sedap semua makanan dia..ikan tu..nampak macam rangup..bolehla ke sini makan ramai-ramai kan..banyak pilihan makanna
ReplyDeletenampak menarik hehe. :) pilihan pun banyak so tak la jemu atau boring
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com