Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga - Cuti sekolah ni memacam pulak permintaan anak-anak ! Dhia dan Dzal mula dah tu, dok zikir kat telinga mummy daddy minta nak ke Puteri Harbour with Fun Escapade by Astro. Nampak iklan dalam tv lah tu ! Erm, sorang nak pi Hello Kitty , yang si bujang tu pulak nak masuk Thomas Town.
Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga
Bila belek-belek blog. Rupa-rupanya, setiap 2 tahun kami bawa anak-anak bercuti ke Puteri Harbour Johor ke SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. Patutlah anak-anak mula dah sebut-sebut tentang nak Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro
Bila anak dok bercerita tentang iklan Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor. Mummy pun tetiba teruja nak tahu apa program yang menarik untuk Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor.
HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !
Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Johor untuk 15 dan 16 Disember 2018 kali ini sangat murah ! Berbaloi kalau pergi ni ! Dah lah murah, dapat pulak enjoy dan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XYT Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends.
Pakej Berkembar Fun2Play pula berharga RM269 untuk 2 orang !
Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah atau ketinggian bawah dari 90cm.
Tapi, korang kena beli melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung.
Apa Yang Menarik di Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor
Apa yang yang menarik di ASTRO FUN ESCAPE PUTERI HARBOUR JOHOR? Antara aktiviti program yang menarik adalah seperti :-
*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang.
*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang.
*Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi watak kegemaran anak kami ada di sini.
*Korang boleh dapatkan Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN.
*Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan untuk disertai anak-anak dan ibu bapa.
*Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.
Jom sesama kita alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).
Bestnya kak linda pergi jalan2..rabia cuti sem nanti barulah boleh pergi jalan2..hurmm..
ReplyDeleteKakak Dania pun dah zikir kat telinga mamanya ni ha...dah cuti sekolah bila nak pi jenjalan..mama dia ni baru nak recover..belum sihat sepenuhnya...dah la dapat gastrik sebab effect ubat..best la anak- anak Linda dapat pi berjalan nanti..budak2 zaman sekarang kan...
ReplyDeleteJom ke Johor, memang banyak aktviti menarik kat sini kan..belum berkesempatan lagi nak bawa anak² ke sini walaupun dekat je...heheh
ReplyDeletetu la bestnya nampak, best lagi dapat tiket murah kan.
ReplyDeletewah bestnya kebetulan nak ke JB tapi tak tau lagi nk ke sini ke x
ReplyDeletebawa anak2 musim cuti sekolah ni memang seronoklah mereka... reward rajin pi sekolah parent pon boleh rehat sama..
ReplyDeletetak pernah sampai lagi ke Puteri Harbour ni...menarik juga tempatnya
ReplyDeleteBelum berkesempatan masuk ke sini lagi. Nanti nak plan lah bawa syafi.
ReplyDeletebdk2 cuti sekolah kalo dpt pegi ni mmg syok la
ReplyDeleteBebrbaloi harga pakej tu..
ReplyDeletenampak cam meriah..patut dhia & dzal berzikir kat mummy,daddy dorang suh bawak ke situ..hehe
ReplyDeleteSeronok anak-anak dapat bercuti kat sini kan Linda..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com