MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA - Perodua Kancil mummy tu dah berusia 16 tahun lamanya. Masih simpan dan masih pakai lagi Perodua Kancil tu. Nak tengok juga sejauh mana hayatnya. Adakah boleh berjasa hingga ke anak cucu kami? Huhuhu jauh benar cita-cita !
MURAH KE MAHAL SERVIS KERETA DI PERODUA
Dah 16 tahun usia Perodua Kancil tu, kalau servis di Perodua mahal, tak? Mummy ni, tak kisah kedai mana pun servis. Asalkan jangan kita hantar servis tapi ko pi buka tayar empat-empat je. Udah !
Pernah terjadi tahun lepas. Mummy servis kereta pada waktu rehat di Shell TTDI Jaya. Masa anta kereta tu, ada 1 orang sahaja customer mereka. Bagi mummy, pasti cepat siap. Sebab buat servis sahaja.
Tengok jam...dah 1 jam ni, kenapa kereta tak siap !
Pergi ke bahagian belakang begkel tersebut. Mak aiiiiiii ko buka 4 tayar Kancil makcik?
Lepas tu mulalah cakap break shoes, break pad...segala mak nenek break dalam tu kena tukar. Total RM800 jugak lah kena.
Tak nak buat, tapi di katanya memacam. Dah tu, pulak semua dia dah buka. Kang kalau tak tukar. Takut bawa kete sat gi, tayar tercabut tengah jalan. Cemana pulak !
Erm...lebur RM800 gitu jeeee. Dah boleh tukar break pad harga gitu.
So...sejak tu hati-hati nak ke bengkel.
Kali ni, tempat kerja mummy dekat dengan Pusat Servis Perodua. Alhamdulillah. Tak mahal pun servis kali ini. JUmlah keseluruhan ialah RM132.50.
Barang yang di tukar semasa servis kereta di Perodua adalah seperti tukar oil filter, minyak itam semi synthetic, gasket, gasket D18D, transmission oil dan harga tu termasuk cas labour serta tax.
Alhamdulillah, walau kereta lama tapi tak mahal pun kena bayar servis di Perodua.
Next nak kena tukar drive shaft, oil seal dan clutch plate je. Marilah menabung untuk bab ni pulak. Mahu RM1K++ kena ni hehehe.
Sayang kan Linda walau kereta dah lama. Jahat la orang bengkel tu Linda..
ReplyDeleteKalau saya jadi macam akak, saya suruh pasnag tayar balik. .. Tak kira lah dia suruh tukar itu ini. Memandai saja
ReplyDeletesy pun dah nak kena servis dah kereta.. huhuuu
ReplyDeleteTak baik betul bengkel tu.. Aniaya orang..
ReplyDeletemurahnya servis kat perodua..:)
ReplyDeletepada akak perodua ni lebih confidence sebab barang dia genuine dan tentunya lebih formal
ReplyDeleteWah, terima kasih sebab berkongsi pengalaman servis kereta Perodua Kancil yang dah berusia 16 tahun! Memang betul, kadang-kadang servis kereta ni boleh jadi kena fikir dua tiga kali pasal kos. Tapi nampaknya kali ni servis di Pusat Servis Perodua berjalan lancar dan tak mahal, tu yang best tu. Semoga kereta Kancil tu terus tahan lama dan boleh jadi warisan sampai anak cucu. Jom kita jaga kereta kita elok-elok supaya boleh jimat dan tahan lama macam ni juga. Hehe.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com