7 Bahan Je Buat Nasi Goreng - Sebenarnya memasak ini taklah susah mana, cuma kekadang masa tak mengizinkan atau ada komitment lain yang membuatkan tak sempat nak masak. Mummy yakin mak-mak di luar sana pun ada masa tak sempat nak masak. Betul, tak? Mummy pun, selalunya masak resepi mudah-mudah je. Macam hujung minggu hari tu, menu 7 Bahan Je Buat Nasi Goreng !
7 Bahan Je Buat Nasi Goreng
7 Bahan Je Buat Nasi Goreng. Memang resepi nasi goreng paling simple ! Ni nasi goreng versi mummy ada banyak cili api. Entahlah, tetiba rasa nak breakfast nasi goreng kampung pepanas. Kebetulan Daim bangun awal pagi, so Daim lepas mandi, menyusu...sambung tidur. Tidurnya tu bukan lama, setengah jam sat gi nangis cari mummy nak susu lagi.
Oleh kerana nasi malam tadi masih ada berbaki (masak lebih, saje nak buat breakfast esok hari). Proses nak masak nasi goreng ni taklah lama sangat. Yang penting resepi mudah 7 Bahan Je Buat Nasi Goreng ni campak-campak siap !
Dhia tengok sodap nasi goreng mummy, tup..tup..Dhia pun sama nak juga hahaha. Sudahnya kena masak untuk kali kedua untuk versi anak
Resepi 7 Bahan Nasi Goreng
Jom tengok apakah resepu 7 Bahan Je Buat Nasi Goreng cara mummy .
Cara masak complete mummy ada upload via YouTube mummy, jemput klik dan tonton :)
Cara Masak 7 Bahan Nasi Goreng
Sediakan bahan-bahan seperti telur, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili api (untuk anak letak 1 batang request nak pedas sket).
Tumbuk bawang merah, putih dan cili api
Lepas tu tumbuk manja ikan bilis dan letakkan garam sesiap. Mummy suka tumbuk dengan garam sebab nak bagi garam hancur sekata, taknak bergentel dalam nasi nanti.
Prepare nasi putih sesiap
Panakan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk tadi. Masukkan telur dan nasi. Gaulkan rata.
Siap nasi goreng 7 Bahan Nasi Goreng untuk anak.
Mudah je buatnya.. 7 bahan yang memang sentiasa ada dekat rumah kan sis..
ReplyDeleteyang simple tu la yang sedap tau... liez pun suka buat mcm ni..
ReplyDeletesedapnya dahlah my fav food tu
ReplyDeletesimplenya..nk cuba la nnti...
ReplyDeleteEsok nak buat Nasi goreng la...lapar plak tengok...hahahha
ReplyDeletewah simple dan tentunya lazat
ReplyDeleteSimple je camtu tapi rasanya nyum..nyum.. sedap gitu
ReplyDeletenasi goreng ler paling mudah nak buatkan..hahaha
ReplyDeleteMakan panas panas memang sedap ni kak. Lagi pedas lagi kaw kan.
ReplyDeletemenu yg senang ni
ReplyDeleteBoleh cuba ni.. ssuai utk masak bekal anak pagi2.. mudah ringkas dan cepat
ReplyDeletesama la senarai bahan kita.
ReplyDeletemudah.
cepat.
just aida lebih kan cilipadi nyer :)
so easy. thanks for sharing mummy :) hee.
ReplyDeletewaaa senang je resepinya... best best ... nak try ni :) thanks sis
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com