ANAK-ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ

ANAK-ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ - Anak-anak dah mula ada home work. Dah minggu kedua sekolah, anak-anak pun dah mula belajar . Especially sensory play, rangsangan tangan anak-anak. Bab belajar, menulis, mewarna ni. Untuk Dhia... mummy tak risau sangat. Risau dengan Dzal Aidi Fiqry je lah ! Suara pandai buat suara manja, mendayu-dayu. Drama banyak tu, dahlah kaki games ! Memang licik lah, orang kata. 



ANAK-ANAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH MEWARNA TEKNIK KOLAJ


Sebelum mummy cerita tentang kolaj ni. Korang tahu ke tentang kolaj? Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya cebisan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca.



Kali ini kami gunakan teknik kolaj hanya menggunakan kertas. Kolaj ini memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.



Proses menyiapkan kerja sekolah mewarna menggunakan teknik kolaj. Untuk Dhia, ada sesi menebuk, menggunting, menampal. Sebab Dhia dah 6 tahun, kan sesuai untuk proses ni. Bab menggunting tu memang kesukaan Dhia tu huhu. Untuk pemilihan kertas warna, mummy pakai mana ada kat rumah je, A4 warna warni. Ada lebih masa beli kat kedai RM2 (kedai Eco). Murah jugalah ada  40 helai yang mengandungi 8 warna tak silapnya. Boleh pakai sampai tahun depan kot hehehe.



Dzal Aidi pulak, mewarna teknik kolaj dengan menggunakan cara koyak dan tampal. Dzal ini, 1st time sekolah dan pertama kali buat aktiviti macam ni. So, kena latih dari bawah dulu dengan gunakan pergerakan otot tangan semasa sesi mengoyak kertas dan tampal.





Alhmdulillah, anak-anak bersemangat buat kerja sekolah. Siap dengan jayanya.



Pepagi, muka happy memasing tak sabar nak hantar keje sekolah pada cikgu !

Good job anak-anak, moga terus konsisten ya !

Hahaha..baru nak puji tetiba ada budak tu nangis kat sekolah. Cikgu wasap mummy sebab terkejut ada budak nangis. Tengok-tengok Dzal nangis.



Sebab apa? Tangan penat , tak boleh mewarna hahaha

Dzal ni, memang drama sketlah orangnya. Bila suruh tulis, suruh mewarna. Tangan penat. Aiyooooo mummy pun pelik. Something wrong dengan tangannya ke? Tak boleh pegang satu benda lelama ke?





Main PUBG boleh je sampai bateri phone habis. Boleh pulak ! Memang dasar drama tau !



8 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. semoga anak2 dipermudahkan pembelajaran..

    ReplyDelete
  2. Wah.. aktiviti yang menyeronokkan.. Suka part koyak dan tampal tu..

    ReplyDelete
  3. Pandai anak2 akak mewarna teknik kolaj

    ReplyDelete
  4. Rajinnya anak sis. kreatif pula tu :)

    - Saya follower yang ke #566

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/5-tips-kebiasaan-dalam-rutin-harian.html

    ReplyDelete
  5. aktiviti macam ni memang menyeronokkan..nak plak kalau kita as a parent buat sama-sama..anak2 lagi semangat..pandai Dhia dan Dzal

    ReplyDelete
  6. Anak saya pun baru masuk 2 minggu start sekolah kak linda. die seronok main je. nasib baik jenis school yang tak belajar sangat and tak ada homework. hari tu je ade family homework buat family tree dengan favourite things. Aneeq enjoy sangat buat benda tu sebab boleh main dengan gunting dan gam

    ReplyDelete
  7. alahai comel nyer semua :)
    Izzat lom start ada homework gini, alin.
    excited plak aida nanti nak mengkolaj dgn dia :)

    ReplyDelete
  8. dulu dulu, kiteorg seronok buat benda ni masa sekolah. rindunya hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post