SET MURAD AGE REFORM AHA/BHA EXFOLIATING CLEANSER DAN NUTRIENT-CHARGED WATER GEL UNTUK MENGHILANGKAN GARIS HALUS DAN TANDA PENUAAN - Haihhhh kalau dok tengok barangan jenama Murad ni, memang boleh pening kepala. Tak tahu nak pilih rangkaian mana satu. Sebab Murad ni, ada banyak jenis rangkaian produknya. Dalam banyak-banyak versi yang produk Murad ada ni, mummy sukakan rangkaian Murad Age Reform™ . Sebab apa mummy sukakan Murad Age Reform™? Sebab Murad Age Reform™ ini di khaskan untuk kulit macam mummy yang ada garis halus dan tanda penuaan. Dah tua orang cakap !
SET MURAD AGE REFORM AHA/BHA EXFOLIATING CLEANSER DAN NUTRIENT-CHARGED WATER GEL UNTUK MENGHILANGKAN GARIS HALUS DAN TANDA PENUAAN
Jom tengok mummy unboxing SET MURAD AGE REFORM AHA/BHA EXFOLIATING CLEANSER DAN NUTRIENT-CHARGED WATER GEL UNTUK MENGHILANGKAN GARIS HALUS DAN TANDA PENUAAN.
Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser RM218 -200ml
Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser mempunyai tektur berbiji (seakan skrub), tidak berbuih banyak dan tidak mempunyai bau yang kuat ini di cipta untuk membersihkan kulit serta melembutkan kulit dan dalam masa yang sama Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser membuang kulit mati dan memperbaiki tekstur permukaan kulit wajah supaya lebih lembut seperti kulit bayi.
Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser pembersih yang intensif menyahkan kulit mati serta kekotoran untuk kulit kelihatan lebih licin dan muda. Ia juga melembapkan tekstur kulit, membersihkan liang-liang sel kulit mati dan mengeluarkan kotoran yang terperangkap, membantu menjadikan kulit lembut, licin.
Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser juga boleh di gunakan sebagai pembersih seluruh badan untuk menjadikan kulit lebih lembut dari kepala hingga ke kaki.
Bahan-bahan di dalam Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser yang mempunyai Trio Asid Pengelupasan untuk jadiakn tekstur kulit lembut. Salicylic, Lactic and Glycolic Acid pula berikan kecerahan dan meningkatkan sel-sel baru dengan membuang pembentukan sel kulit mati. Dan manik Jojoba pula membantu kulit tampak lebih licin dan cerah.
Cara Guna Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser
Urutkan sedikit Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser bersama air di wajah dan leher dengan sekata. Setelah rata, bilas dengan air (better gunakan air suam). Keringkan wajah dan ikuti pemakaian dengan toner dan krim pelembab.
Untuk kesan yang lebih baik, gunakan Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser 2 kali sehari.
Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel 50mL - RM320
Untuk pelembab pula, mummy suka dengan Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel kerana Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel mempunyai gel air yang bebas menghidrat minyak. Di perkaya dengan vitamin B, E, mineral dan peptides. Berbau seperti bunga-bungaan yang tidak terlalu kuat. Tektur tidak melekit dan cepat menyerap ini buatkan mummy jatuh hati pada produk Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel
Kandungan dalan Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel mempunyai :-
Vitamin B dikelaskan sebagai vitamin kecantikan. Vitamin B mempunyai keupayaan luar biasa untuk meningkatkan kesihatan kulit dengan meningkatkan pengekalan lembapan apabila digunakan secara topikal. Vitamin E pula adalah antioksidan dan nutrien untuk melawan radikal bebas yang mendorong penuaan pramatang serta ianya dapat melembutkan dan menyuburkan kulit. Gabungan Vitamin E dengan Vitamin B3, B5, B6, B9 mengunci penghidratan ke dalam kulit untuk mengurangkan kekeringan, kedutan, dan melembutkan kulit.
Mineral adalah sama pentingnya dengan fungsi kesihatan kulit sebagai vitamin. Yang sebenaranya, vitamin tidak boleh diserap dalam badan tanpa mineral. Mineral ini di khaskan untuk membantu dengan meningkatkan keseimbangan dan tekstur kulit.
Peptida pula terdiri daripada asid amino yang berfungsi untuk penjagaan kulit yang dapat mengatasi kesan penuaan kulit. Oligopeptida-1, Oligopeptida-2, Polipeptida-1, Polipeptida-9 dan Polypeptide-11 membantu kulit wajah kelihatan lebih muda.
Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel mengandungi Teknologi Revolusi Hidrasi Berkadar Revolusioner yang secara langsung mengunci kelembapan ke kulit dan meningkatkan pengekalan kelembapan sehingga 5 hari *.
Manakala campuran nutrien yang dipenuhi nutrien, vitamin dan mineral menguatkan penghalang kulit untuk kulit licin, cerah sempurna.
Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel adalah jalan penyelesaian untuk masalah kulit seperti kulit kering. kulit tidak bermaya, kulit mempunyai garisan halus, kedutan di wajah, kulit kasar dan tidak licin
Apa yang mummy suka dengan rangkaian Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel. Kebayakan produk Murad ini (bukan Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel sahaja) sesuai untuk semua jenis kulit tak kira kulit kering atau berminyak.
Beli satu je, dah boleh kongsi dengan cik abang hehehe
Beli satu je, dah boleh kongsi dengan cik abang hehehe
Dan lagi best, menarik dan tertarik tentang Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel ianya di formulasi dari bahan yang tidak merbahaya. Tidak mengandungi Parabens, Sulfates, Phthalates
Murad Age Reform™ Nutrient-Charged Water Gel di galakkan guna 2 kali sehari selepas mencuci tan toning. Selepas itu jangan lupa gunakan krim SPF ye !
Review Mummy tentang Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser dan Nutrient-Charged Water Gel
Secara keseluruhan mummy berpuas hati, mummy gunakan sekali sahaja dah nampak perbezaan kulit mummy. Tekstur kulit mummy licin, sekata dan lembut.
Perbezaan itu,mummy gunakan sebelah tangan sahaja dan mummy compare dengan sebelah tangan lagi satu.
Kelembutan kulit itu berpanjangan, bukan sekadar 1 hari je lembut dan sekata !
Dah..jangan tunggu lagi...nak cantik? Jom dapatkan produk Murad Age Reform™ AHA/BHA Exfoliating Cleanser dan Nutrient-Charged Water Gel ini sekarang.
Selanjutnya, korang boleh layari ke : -
Facebook : https://www.facebook.com/Murad.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/muradmalaysia/
warna pink krim dia..
ReplyDeletebagus produk murad ni...:)
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletenama brand yg glemer ni. mesti best pakai murad kan
ReplyDeleteMurad memang dah ada di pasaran lama dah..memang di yakini
ReplyDeletejenama murad ni mmg femes sbb dia bagus. tapi harga dia hehe jugak la.
ReplyDeleterange skincare aida now memuaskan hati.
ReplyDeletesemlm baru beli essence & serum. try produk baru menggantikan brand yg lama.
sebab harga murah skit :) hi hi hi hi...
we'll see in a month, kpop tak kulit muka ha ha ha ha ha :)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com