5 TIPS HINDAR ANAK CEPAT KECEWA, FRUST !

5 TIPS HINDAR ANAK CEPAT KECEWA, FRUST ! - Jadi seorang mak ni, bukanlah tugas mudah. Dugaan anak masa kecil lain. Dah besar pula.. lain dugaannya. Lelagi bila Dhia dan Dzal tu dah bersekolah. Macam-macam masalah dorang mengadu. 

"Mummy abang tak pandai tulis", 
"Mummy abang penat pegang pensil", 
"Mummy, Dhia tak pandai baca", 
"Mummy Dhia tak dapat hadiah dari cikgu"

Runsing pun ada juga, tau ! Rasa macam nak pi sesama sekolah dan bantu depa. Tapi ini bukan 5 TIPS HINDAR ANAK CEPAT KECEWA, FRUST !

Sebelum ini, mummy selalu berpendapat bahawa, kekecewaan tu bagus dan baik untuk anak-anak.  Kerana apabila mereka membesar, mereka akan hadapi juga erti kecewa ! Dalam dunia ni, setiap orang akan ada rasa kekecewaan. 


Sebenarnya itu, seakan-akan membiarkan anak rasa erti kecewa dan biarkan anak itu menyelesaikannya kekecewaan atau selesaikan masalah mereka sendiri !

Bukan tingkatkan daya ketahanan diri anak !

Jadi bagaimana kita nak memupuk daya tahan itu? Apabila kanak-kanak gagal berulang kali dan tidak mempunyai sokongan untuk terus berusaha, semua yang mereka pelajari itu ialah KEGAGALAN

5 TIPS HINDAR ANAK CEPAT KECEWA, FRUST !


Sebelum mummy kongsikan 8 TIPS ATASI ANAK CEPAT KECEWA ! Mummy ada terbaca perkongsian parenting dari pakar dalam dan luar negara. Mereka mengatakan bahawa setiap anak yang cepat rasa kecewa dan frust ni mungkin ada dalam pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak akan berasa kecewa apabila mereka tidak mencapai matlamat mereka.

Kekecewaan berlaku apabila perasaan keinginan, kehilangan dan keputusan mereka terhalang. Mereka gagal memenuhi kehendak dan harapan mereka atau orang lain.

Kesalahan pertama yang dibuat apabila menghadapi kekecewaan adalah dengan meningkatkan usaha anak-anak, dengan kata lain, kita sebagai mak bapa ni paksa anak berusaha dengan sekeras-kerasnya. Paksa anak belajar, paksa anak bersengkang mata. Huhu

Ini adalah tindakan salah, melakukan perkara yang sama dan mengharapkan anak akan jadi antara yang terbaik. 


1. Matlamat Sebenar Bukanlah 100% Kesempurnaan ! 

Dhia...



Awal sekolah dulu, setiap malam Dhia bawa buku Bacalah Anakku sambil nangis  depan mummy dan daddy. Sebab? sebab tak pandai baca. Allahu, masa ni kan..mummy pun rasa sama-sama nak nangis. Sebab.. masa mummy kecil dahulu. Mummy pun tak belajar kaedah fonik ni.

Lantas mummy beritahu Dhia, "mummy pun sama macam Dhia juga. Tak pandai kaedah fonik. Semua orang sama, bukan lahir je terus pandai. Sebab itu, kita kena berguru"

"Dhia jangan sedih, jom kita dan belajar sama-sama. Nanti kita pandai sama-sama"

Dalam masa yang sama, mummy cari juga rujukan di tempat lain selain YouTube.

Alhamdulillah, semakin hari...semangat Dhia meninggi. Dhia dah mula confident !

Dhia dapat habiskan baca buku Bacalah Anakku sehingga buku 7 pada umur 5 tahun !

2. Berhenti Mengawal dan Mula Melatih.

Dzal..



Dzal pula, tahun ini baru memulakan sesi persekolahan yang pertama. Bohonglah jika anak tak ada masalah bila pertama kali bersekolah !


Dzal cepat kecewa bila tak pandai menulis, melukis dan mewarna.

Helahnya datang ,"Tangan abang PENAT !"

Tapi, Dzal sebenarnya bukanlah seorang anak yang cepat mengalah atau give up ! Kreativiti dan IQ nya sangat cepat.

Bayangkanlah, Dzal ni masa umur 4 tahun dah boleh main Mobile Lagend sampai level yang agak tinggi. Dan, sekarang ini..Dzal berjinak-jinak dengan PUBG !

Mummy yakin, Dzal perlukan bonding dengan kami (mummy dan daddy).

Nak marah selalu? Erm..tak larat mummy nak jadi hulk setiap hari. Lagi pun itu bukanlah satu jalan penyelesaian pun.

Kami berikan nasihat untuk Dzal, jika nak main games. Kena siapkan at least 2 muka surat buku mewarna dan buku sambungan titik putus-putus setiap hari.

Alhamdulilah, sekarang ini dah nampak positif dak Dzal. Dzal dah tak menangis lagi ketika pegang pensil atau warna !

3. Fokus Pada Usaha, Bukan Keputusan 

Hati anak yang sedang kecewa atau cepat frust ini, jangan biarkan mereka mencari jalan penyelesaian mereka sendiri. Mereka masih mentah, masih belum dapat fikir sebagai mana kita orang dewasa berfikir !

THE GLOBE DISCO LOUNGE - KidZania Kuala Lumpur


Bantu mereka selesaikan masalah ! Berikan mereka jalan untuk mereka dapat berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah dalam diri mereka. Macam mana nak hindarkan perasaan cepat kecewa dan frust !

Anak-anak perlukan aktiviti yang menyeronokkan untuk hindari perasaan kecewa berulang atau menghantui mereka.

Cara mudah untuk mereka 'refresh' dan tingkatkan keyakinan mereka. Biasanya kami akan bawa mereka beberapa bulan sekali ke KidZania Kuala Lumpur.



Di Disco Lounge KidZania Kuala Lumpur. Bukan sekadar anak-anak mendengar lagu, menari sahaja. Malah mereka ada sesi pertandingan merebut kerusi (musical chair).



Depa ni, ada sifat cepat kecewa kalau kalah. So, dari awal mummy beritahu mereka. Ini semua adat permainan. Mesti ada menang dan ada yang akan kalah.

Tak kira apa pun keputusan, yang pastinya kena fokus dan lakukan yang terbaik !


Dalam pertandingan musical chair ini, Dzal menang ! Dapatlah extra 5 kidzos !

4. Hidup ini Mudah, Jangan Rumitkan Keadaan


Paramedic Assistant - Accident & Emergency  - KidZania Lumpur 

Setiap yang berlaku tak kira baik atau buruk yang kita terima dari Qada' dan Qadar nya tu semua adalah ujian dariNYA.

Paramedic Assistant - Accident & Emergency  - KidZania Lumpur 

Setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya. Setiap yang sakit ada penawarnya. 


5. Bantu Dengan Membina Keyakinan dan Menangani Cabaran

Vitamin Researcher - KidZania Kuala Lumpur

Untuk jadikan anak-anak kami mempunyai daya tahan yang tinggi. Kami bantu mereka membina keyakinan dengan menangani cabaran yang boleh diurus. 


Vitamin Researcher - KidZania Kuala Lumpur

Dengan cara menunjukkan untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan perkataan, strategi atau melihatnya.



Biarkan Daim Naufal cuba melakukannya sendiri dari usia paling awal. Biarkan Daim bermain sendiri dan berdiri. Sambil berikan kata positif "good job !" .."nice".

Ini juga boleh tingkatkan semangat anak dan Daim lebih confident untuk bermain.


Perasaan risau, takut terjatuh, terhantuk, tersepit kadang kala memang ada. Tapi, untuk tumbesaran anak, kita tak boleh terlalu melarang.

Ini boleh menghadkan kreativiti mereka dan sel-sel otak anak boleh terencat.


Mayor Officer - KidZania Kuala Lumpur

Setiap apa minat yang anak nak ceburi, mummy sentiasa support dan berikan galakkan.

Asalkan ianya tak bertentangan dengan agama dan undang-undang negara !


Bila kita menggalakkan dan sentiasa support anak-anak kita. Jiwa mereka akan lebih confident !



Sentiasa positif ! Jangan letakkan kegagalan pada anak. Malah, mummy mengajar erti rewards pada anak, setiap apa yang mereka telah kecapi.

Di KidZania Kuala Lumpur juga, setiap pekerjaan yang berjaya anak kami laksanakan. Mereka akan dapat 1 cop.

Di mana cop-cop ini boleh di cop di pazzport mereka. Cukup syarat, mereka boleh menaik taraf pazzport mereka. Dan dapatkan lebih duit Kidzos apabila pazzport di naik taraf !

Struktur tawaran seperti ini adalah untuk membantu mereka lebih usaha dan mereka boleh berjaya. 


Pahit Akan Manisnya..Kejayaan !


Pelajar Harapan (5 tahun) 2018 !

Pahit akan manisnya. Awal persekolahan 2018 Dhia yang cepat rasa kecewa frust semuanya sudah BERBAYAR ! Alhamdulillah Dhia di anugerahkan sebagai PELAJAR HARAPAN (5 TAHUN) untuk 2018.

Setiap yang pahit ada manisnya !



Jadi, ini perkongsian mummy 5 TIPS HINDAR ANAK CEPAT KECEWA, FRUST ! Nak berikan anak kebebasan secara kreatif dan inovatif. Korang juga boleh bawa anak-anak ke KidZania Kuala Lumpur ye untuk mengalami nilai kehidupan ! InsyaAllah anak akan lebih berani dan bertanggungjawab !

6 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. alhamdulillah, lagi 22 hari anak sulung aida genap 14 thn.
    and aida masih belajar cara mendidik anak yg betul.
    mendidik ikut peringkat umur.
    kecewa? usaha? gagal? cemerlang?
    alhamdulillah. di pelbagai peringkat umur diorang, alin.
    aida punya tujuan paling ultimate adalah KEPUTUSAN.
    namun, aida always hargai USAHA diorang akhirnya.
    ramai kata, jgn fokus pada KEPUTUSAN YG CEMERLANG.
    aida rasa itu salah. target tinggi kena ada. anak dpt capai,alhamdulillah.
    tak dpt capai, dia pasti akan jatuh hanya sedikit. tak tersasar jauh.
    so far, so good lah. KSSR dan KSSM pun semakin susah, alin.
    rumit! sukar! terpaksa menjadi ibu yg exam-oriented :) ha ha ha ha...
    ending up with, reward diorang. pe nak beli, aida bagi. terutama makanan & keperluan sekolah.
    takde batasan. moga anak2 aida tak stress :) 'rasuah' dari ibu.

    ReplyDelete
  2. good tips linda.. anak2 ni perlukan sokongan dan bimbingan tanpa perlu paksaan.. insya allah diorang akan perform

    ReplyDelete
  3. Good tips kak. Turn kita next year pulak, tak tau cemana nnt.

    ReplyDelete
  4. Thanks linda utuk tips ni, sbgai parents kita tak bole nak paksa dan tekan diorang untuk belajar, kita yang krna kreatif dalam memberikan mereka pelajaran..

    ReplyDelete
  5. Bagus tips yang mummy kongsikan ini..

    ReplyDelete
  6. Bagus tips ini. Anak kita mild autism, semua nak kena teratur dan perfectionist jadinya..Berkali2 nak ajar untuk elak frust dengan lebih accepting, serta fikir cari penyelesaian berbanding nak mengamuk memanjang :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post