KALI KEDUA NAIK MALINDO AIR, BANDUNG INDONESIA PULAK ! | Pengalaman kami kali pertama kali menaiki flight Malindo adalah ke Bali Indonesia pada awal Disember 2017. Dah hampir 13 bulan berlalu. Anak-anak rindu nak naik MALINDO lagi, dorang suka ada TV, ada banyak movie dalam tu dan games pun ada juga. So, kali ini KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK ! Masih memilih bercuti ke negara yang sama iaitu INDONESIA cuma tempatnya Bandung bukan Bali hehe .
Baca juga : Pengalaman Pertama Naik Malindo Air
Reminder dari email, haha jangan jadi macam last year tu ha..lambat masuk boarding. Q panjang dan sesak. Sudahnya nama dah kena panggil banyak kali.
Untuk flight Malindo, semua pesawatnya berlepas dari KLIA. KLIA2 tu pulak, untuk Air Asia sahaja. Macam mana nak ke KLIA? Ada banyak cara nak ke KLIA. Boleh naik bas
Harga Parking KLIA
Parking kereta di KLIA dan KLIA2 pun tak sama harga. Kitorang macam biasa prefer naik kereta ke airport. Harga parking di KLIA ialah sebanyak RM46/sehariMasa pi Kelantan dua tiga tahun lepas, kami pernah parking kereta di Putrajaya Sentral dan ambil KLIA transit.
Rasa macam lagi penat dan cost lebih kurang je.
KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK !
KALI KEDUA NAIK MALINDO, BANDUNG INDONESIA PULAK ! Kenapa MALINDO? Okay, perjalanan menaiki MALINDO dari KLIA ke Bandung Indonesia ambil masa 2 jam lebih. Bagi mummy... agak lama 2 jam tu, sebab 2 jam sebelum tu ...dah check in airport. Plus minus 5 jam jugak kot kami nak sampai ke Bandung tu ha. So, bebudak ni, mesti dah mula letih, boring.
Dari pengalaman kami masa 1st time naik MALINDO. Anak-anak penat, tapi bila nampak dalam flight MALINDO tu ada entertaiment. Terus depa tak ada perasaan BOSAN.
Kali ini, kami pilih tiket flight FLEXI di MALINDO. Kalau fikir nak murah lagi, boleh ambil amek tiket PROMO. Cumanya, nak pilih seat kena bayar asing. Mummy tak berani nak amek seat randomly. Kang berpisah dengan seat anak. Nayaaaa !
Untuk tiket MALINDO FLEXI ini, mummy dapat bagasi 25kg FREE untuk setiap sorang. 5 orang boleh dapat berapa kg? Banyak tuuu..makan pulak, MALINDO memang ada makanan FREE, boleh dapat point (tukar tiket akan datang) dan Free SEATS. Alang-alang FREE, mummy pilih paling depan (HOT SEAT) belakang business class.
Selesa sket bebudak ni nanti nak duduk, sebab ruangan depan besau. Cuma jauh nak tengok sayap. Bab sayap ni, mummy aje yang sukanya hahaha. Lelahi time naik dan turun tu kan. Perghhhh part tu best tu !
Lepas tu, kami add on insurance terus. Senang kalau apa-apa jadi. Mahal sket ja pun... Tutup mata ajelah!
Selesa sket bebudak ni nanti nak duduk, sebab ruangan depan besau. Cuma jauh nak tengok sayap. Bab sayap ni, mummy aje yang sukanya hahaha. Lelahi time naik dan turun tu kan. Perghhhh part tu best tu !
Lepas tu, kami add on insurance terus. Senang kalau apa-apa jadi. Mahal sket ja pun... Tutup mata ajelah!
Okay, jom layan gambar kami sebelum dan semasa dalam MALINDO. Gambar ini, journey kami dari KLIA ke BANDUNG !
Dah sampai airport seawal 9 pagi
Check in & check in luggage
Lepas settled imigresen, makan ringan dulu.
Sambil makan, sambil posing. Berputih kami hari ni
Sejam sebelum, terus ke tempat menunggu
Excited tgk bag loading
ready to fly
Dekat sejam, delay. Sebab orang aayang boarding dan orang dalam kapal tak tally
Cantik pemandangan awan atas ni.
Makanandalam flight, sandwiches dan kek
Alhamdulillah sampai dah Bandung 2 petang. Waktu Malaysia 3 lebih.
video kami :) jemput nontonnya !
Bestnya pergi holiday
ReplyDeletewahhh.. best.. lama x naik belon.. hehe
ReplyDeleteeh mahal jugak tiket kalau naik Malindo erk..compare to AA...suka tgok family linda ni..sedondon je pakaian masing-masing...
ReplyDeleteTak tahulah bila keberanian akan datang untuk naik kapal terbang nie.. jeles je tengok orang jenjalan naik kapal terbang.. hahaha..
ReplyDeleteTak pernah naik lagi malindo ni.. Nanti nak travel kut2 boleh try.. Comel jer sedondon pakai baju
ReplyDeletex pernah lagi naik malindo, alin.
ReplyDeletemas & a.asia jer.
pasni melaka, malindo akan mendarat.
nampak selesa plak tu ye. nice.
25kg sorang??? wow terbaik.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com