PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : KE KARTIKA SARI BANDUNG INDONESIA. Tempat kelima untuk hari kedua kami di Bandung Indonesia. Dasyat tak dasyatlah kan, boleh sampai 5 tempat kami berjalan di Bandung ha ! Kami berjalan sekitar bandar Bandung lagi iaitu kami ke Kartika Sari Bandung Indonesia. Pada awalnya, supir kami dah beritahu kek lapis di Kartika Sari agak mahal. Dia ada kenalan, yang buat kek lapis yang sama tapi harga lebih murah. Oleh kerana, kami pun entah tak tahu bila ke Bandung Indonesia lagi. Alang-alang ke sini, kami minta supir singgahkan kami di Kartika Sari Bandung. Tak shopping pun tak pe, asalkan dapat jalan-jalan cuci mata pun dah okay. Hehe Kartika Sari Bandung ni pun jalannya memang jalan yang sama lalui jika nak balik ke Hotel Fave Premier kami di Cihampelas tu. Kiiranya dah satu jalan.
PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : KE KARTIKA SARI BANDUNG INDONESIA
Adik mummy memang ada minta tolong belikan biskut roti Bagelen yang agak terkenal di Kartika Sari Bandung. Awalnya, mummy tak janji dengan adik. Jika sempat, kami belikan. Kalau tak sempat pi Kartika Sari, memang tak dapat lah kami belikan. Kartika Sari ini pun letak as option je dalam itinerary kami.
Rezeki adik, kami sempat ke Kartika Sari Bandung Indonesia pada malamnya selepas balik dari Win Parfume ! Kami tak pandang benda lain pun, hanya menuju ke roti Bagelan untuk adik, untuk kami. Lepas tu beli pisang cheese crispy.
Anak-anak pula, apa lagi beli coklatlah ! Coklat sini best, sama yang macam YouTUbe tu Chocolate Eggs ke apa ntah nama. Kebanyakannya imported chocolate. Harga pun, international jugak lah ahhaa..
Rajin si Daim ni ha..abes semua nak masuk bakul.
Dah, jom bayar !
HARGA DI KARTIKA SARI BANDUNG INDONESIA
Hasil tangkapan di Kartika Sari Bandung. Harga Bagelen tu dalam box Rp50,000 (+/-RM16). Yang dalam plastik pula RP60,000 (+/-RM20)
LAYAN BETUL PISANG CHEESE NI, CRISPYYYYY
Harga pisang cheese crispy pulak dalam Rp20,000 (RM6).
Kek Lapis Kartika Sari 250gm. Seloyang bahagi 3 tu harganya dekat RM70/80. Kami beli dengan kawan supir kami (ex staff Kartika ) Baru RM30 (untuk seloyang segi empat tepat, besau ! ) je hehehe. Jimattttt !
Sebenarnya, Kartika Sari Bandung ada buat delivery ke hotel sekitar bandar Bandung. Order online je gitu.
Kami as usual la, tourist kan..mestilah nak ke kedai !
Kalu korang nak tengok apa lagi menu yang di jual oleh Kartika Sari. Korang boleh layari ke :- https://kartikasari.com/
Teringat keenakkan kek lapis kat sini..ada satu jenis tu sampai sekarang akak suka..ada rasa pandan skit..dulu boss rajin beli
ReplyDeleteSelalu dengar orang kalau pi ke Bandung, wajib singgah kat Kartika ni..glamer kartika..
ReplyDeleteseronok tengok akak jalan-ajaln..bebudak tu lagi seronok
ReplyDeleteMenarik pula tengok roti bagelen tu..
ReplyDeletenampak sedap tu
ReplyDeletebiasa dgr kartika sari ni, alin.
ReplyDeletecuma tu la. lom berpeluang ke bandung lagi.
teringin nyer!!! timing lom kena la :)
elok plak anakanda bertiga tu ye :)
ReplyDeleteheaven lah jumpa jajan.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com