PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 - LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA

PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : PART 1 - LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA. Okay sambung lagi entri travel ke Bandung, Indonesia. Hari kedua, tempat pertama yang kami tujui ialah THE LODGE MARIBAYA. Tempat yang agak extreme dan instagrammable. Walau ianya memerlukan stamina yang tinggi tapi bila nampak persekitaran yang cantik. Hilang rasa penat tu. Tapi, kalau korang yang memang minat extreme. Korang mungkin akan cakap. Allah biasa je. Tak extreme mana pun. Tapi, bagi mummy yang kecut perut pada ketinggian ni. Extreme sangat dah rasanya THE LODGE MARIBAYA ni. 

PERCUTIAN BANDUNG DAY 2 : PART 1 - LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA.

Hari kedua ni, kami bukan sahaja ke The Lodge Maribaya. The Lodge Maribaya merupakan destinasi pertama kami untuk hari kedua. The Lodge Maribaya ini agak pendalaman kawasannya. Terletak di luar bandar. Dari hotel kami, faveHotel Cihampelas ambil masa lebih kurang 40 minit. Untuk ke daerah ini, mummy memang buat sesiap itinerary yang dekat-dekat untuk hari kedua ni. Supaya jimat masa yang ado. Bandung ini, jalannya bukan ada highway tau. Masih one way dan jalan rayanya kecik. Pastikan korang check google map. Untuk bajet masa dari satu tempat ke satu tempat. 


Dah sampai The Lodge Maribaya! Apa lagi.. bergambar di luar pintu masuk dulu. Tak pe lah ada photo boom pun, barulah nampak real picture tak fake dan edit kan. Natural gituuu. Hehe

Ramai juga orang datang ke sini. Yelah.. Tempatnya sejuk, nyaman dan tenang sangat. Sejuknya macam di Cameron ketika siang. Tak lah sejuk gigil sangat. Tapi, dingin bila angin sepoi sepoi bahasa tu datang. 


Di pintu masuk lagi. Bergambar sedondon warna kuning. So, entri Bandung ni untuk 2nd day. Uniform kami warna kuning hahaha. Bertema gituuu. Entah lah.. Memang mummy sejenis suka nau sedondon color. Nampak tak messy bila bergambar. Senang sebenarnya buat matching color. Boleh senang susun cerita dalam blog ikut hari. Hehe. 

BREAKFAST DI THE LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA 


Posing aje anak-anak 

Selesai beli tiket, beli makanan

Dalam kereta dan bawa bekal roti sesiap dengan air. Makan dalam perjalanan. Sebab nak jimat masa. 

Daim suka kawasan The Lodge Maribaya 

Daddy dan anak-anak makan mee dan sosej. Mummy makan buat rerasa je depa punya. Memang tak food hunting sangat, jaga perut sebab banyak tempat nak pi. 


Selesai makan dan quick breakfast. Memasing dah excited nak masuk ke The Lodge Maribaya.

Jalan dalam ni agak berbukit, berbatu dan bertangga. Nasib baik kami semua memilih memakai kasut sepanjang percutian. 

Memang capek jugaklah turun naik bukit

HARGA TIKET MASUK THE LODGE MARIBAYA BANDUNG INDONESIA



Harga masuk ke The Lodge Maribaya untuk 5 tahun ke atas ialah Rp30,000 (lebih kurang RM10). 


Setiap tiket masuk The Lodge Maribaya Bandung ni, akan menerima voucher makanan dan minuman yang boleh di tebus di mana-mana kedai dalam Lodge Maribaya selepas selesai semua aktiviti di sini. 

Hot Air Balloon Hydraulic (IDR 35.000)




1st thing, kami naik HOT BALLON HYDRAULIC ni. Ini sahaja aktiviti yang anak boleh join dalam The Lodge Maribaya. 

Harga lebih kurang RM13 untuk 5 tahun dan ke atas. 

Gambar pulak sekeping RM3 lebih kurang. Gambar akan di save dalam hand phone kita nanti. Kalau ada 10 gambar cantik RM30 lah kena bayar haha

Tapi okaylah kan, kalau hire professional photographer dah berapa pulak nak membayornya. 




Spot photograper ni, memang dah cun habis dorang setting. Orang lain, memang tak boleh dapat spot gini. 

Hot ballon ni agak tinggi jugaklah, plus lantainya berkaca nampak bawah haha. Gigil jugak lah dengan nak bawa anak-anak kan. 

Zikir bebanyak je lah ! 


Lion dance pun ada, boleh bagi ang pow pada lion. 


Dhia bagi angpow


Dzal pulak bagi angpow


Kat Indonesia ni, memang mana-mana dorang praktis bagi tip. Orang yang jaga jalan pun, supir kami bagi tip.

Mountain Swing (IDR 25.000)


Seterusnya, daddy naik mountain swing. Mummy? Mummy jaga anak-anak je lah haha. 

Harga naik mountain swing ni tak sampai pun RM10. 


Sangat tinggi, berayun lak tu haha. 


Dari hand phone mummy. Spot memang tak dapat tempat cun. 


Professional photographer je boleh dapat spot cun


2 je kami naik. Lelain anak-anak tak leh nak naik pun.

Aktiviti lain: 

Sky Tree (IDR 15.000 - IDR 20.000)
Zip Bike (IDR 25.000)
Gantole (IDR 35.000)
Sky Plane (IDR 25.000)

Semua berbayar ye hehe. Bukan termasuk harga tiket. 


Masa untuk makan. Tukar voucher! 


Pop corn ni beli kat Mountain Swing tadi. 


Jagung pun beli masa dalam mountain swing. Nak amek mood anak-anak. Makan dan jalan kena seiring gitu hehe


Hasil dari voucher makanan. Chicken wings dan coleslaw 


Harga asal sayap ayam ialah Rp20,000

Untuk air, ambil masa di bahagian jalan keluar. Masa tu mummy tak de. Sebab beratur untuk ambil gambar aktiviti. 

Ramai yakmat orang beratur nak amek gambar. Gambar je, dekat RM30 gaklah habis. 

Total lost here The Lodge Maribaya :
Entrance : Rp90,000 (3 kepala) 
Makan : Rp90,000 lebih kurang
Aktiviti : Rp100,000 (2 aktiviti) 
Gambar : Rp100, 000
Parking : Rp5,000

Hampir RM150 kitorang habis kat The Lodge Maribaya. So, jangan tanya..kenapa tak join semua aktiviti ye! Ada 5 tempat lagi untuk kami terjah hari ni. Hehe yup 5 korang! 

The Lodge Maribaya juga ada menyediakan tempat camping, boleh menginap di sini. Serta ada aktiviti Fairy Dream di kawasan berdekatan. Kami tak ke sana, sebab entrance fees, dan aktiviti semua berbayar. Tak memasal habis beribu kang kat sini. 


Info lanjut mengenai The Lodge Maribaya, boleh layari ke :-

The Lodge Maribaya 
Telefon: (022) 20454830  
Alamat: Jalan Maribaya No.149/252 / RT 03/RW 15 Kp Babakan Gentong - Cibodas Lembang 40391. Bandung. Indonesia 

Email: info@thelodgemaribaya.com

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. bestnya..cantik la tmpt dia...hat buai tu, ikut rasa hati nak cuba tapi gayatttt...

    ReplyDelete
  2. Lawo tptnya. Patut le Ramai ckp semua kena berbayar. Tq for the info👍

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk Linda bercuti.. Naik hot balloon dgn buaian tu mmg cantik sgt gambar

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar official OP tu ha...memang dari hp kita x kan dapat shot yang menarik...sygnya Linda x naik sekali buai tu..kalau akak..walau gayat..sure nak cuba..hahaha...mcm la berani kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post