RUMAH SAYA PROJEK SEKOLAH TADIKA ANAK - Tahun ni, 2019 lain sedikit silibus pembelajaran TABIKA KEMAS anak-anak berbanding tahun lepas. Bagi mummy, oklah.. Tak adalah Dhia Batrisya boring kalau silibus dan projek sama. Dah lah Dhia tu, memang kami sekolahkan tempat yang sama pada umurnya 5 tahun dan 6 tahun.
RUMAH SAYA PROJEK SEKOLAH TADIKA ANAK
Cumanya, bila dedua anak sekolah di sekolah tabika Kemas yang sama. Boleh pening kami laki bini ni. Jenuh nak handle keje sekolah depa dan projek depa. Projek sekolah dorang minggu ni ialah siapkan RUMAH SAYA. di buat dari bahan-bahan seperti kertas, kotak, batang aiskrim dan apa sahaja yang boleh jadikannya RUMAH SAYA.
RUMAH SAYA - CHINESE STYLE
RUMAH SAYA. rumah impian Dzal. Tak nak besar sangat. Nak yang biasa sahaja katanya. So.. Daddy create idea untuk buat rumah konsep ala Cina
Pagar rumah dari batang aiskrim. Beli di Mr DIY.
Pokok, kertas lutsinar untuk kolam, rumput tu kami beli di Art Friend. Kedai art di The Garden Mid Valley. Jumaat lepas, di beritahu bergegas kami ke Garden sebab kami berdua akan busy pada minggu hadapan dengan kerja hakiki memasing.
Plan by hook and by crook nak kena siapkan weekend yang ada je.
Kereta tu pulak, kami ambil apa yang ada di rumah je.
3D house pulak beli di ToysRus.
Ambil masa 2 hari suntuk juga siapkan model ni. Gam...keringkan..gam lagi.
Bukan satu task yang mudah!
Bila dah siap model RUMAH SAYA untuk Dzal yang berkonsepkan Chinese Style.
Allah, bila siap rumah ni.. Rasa macam tenang sangat bila saat memandang model RUMAH SAYA ni.
Memang rasa bertuah kalau dapat rumah jenis gini. Ada kolam ikan yang berlatar belakang pepohon buluh.
Kawasan rumah yang di kelilingi pokok menghijau dan berpagar.
Memang syiokk berangan hehe. Tq daddy yang kreatif. Meh ler sesama kita doakan moga ianya jadi kenyataan hihi.
RUMAH SAYA - ENGLISH STYLE
Yang keduanya misi siapkan RUMAH IMPIAN DHIA.
Dhia nak rumah impiannya besar dan mewah. Biasalah Dhia ni, kan. Memang taste nya agak sket lah!
Bertabahlah esok sapa yang jadi lakinya ye
Peralatannya memang beli tempat yang samalah kan. Takan nak pi beli tempat lain pulak. Jenuh weiii. Dah lah 2 model rumah nak kena siapkan.
Haru sekejap lah! Nasib daddy agak kreatif berbanding mummy.
Ikutkan mummy, tebuk kotak je. Potong jadi tingkap, potong jadi pintu. Tampal keryas warna. Siap.
Ala-ala Buat doll house haha
Mansion type ke apa ni, daddy dalam kawasan rumah siap gini ha... Hehe
Rumah beso, parking mestilah kena banyakkan! Kete banyak haha
Sisi tepi
Swimming pool. Jom mandiiiiii
Kalau dapat sebiji rumah real macam ni pun best! Hahaha berangan lagi mummy ye.
Manalah tahu... esok-esok ada billion RM dalam bank ke kan! Kah !
Settle submission's RUMAH SAYA. Fuh, non stop kerja projek sekolah bebudak ni.
Chinese New year baru ni, projek buku skrap. Kena buat dengan cara yang kreatif juga.
Mendapatlah mummy yang tak kreatif ni ha.
Nasib ada daddy. I cant brain projek budak tadika la ni. Dah macam budak sekolah menengah zaman mummy.
nape cantik sangat tu mama sendiri suka tgk
ReplyDeleteCantik betul hasil kerja Dzal dan Dhia...lain- lain konsep erk..bagus aktiviti macam ni diadakan untuk murid2 tadika..nak plak ibu bapa boleh join sekali..mengeratkan hubungan kekeluargaan kan
ReplyDeleteCantiknya hasil keja Linda sekeluarga kreatif sangat..
ReplyDeletewow. amazing nyer projek di tadika!
ReplyDeletekagum sekejap aida.
dia nak involvement parents skali ekk.
if not, camne anak2 nak realisasikan projek diorang.
kreatip la daddy..lawa dedua model rumah tu..akak prefer yg dzal punya..very kg style..
ReplyDeletedhia punya rumah okey gak..mewah gitu citarasa..ni dh besar kena cari bakal suami, yg ada2 ni..haha
Wah.. kreatifnya.. cantik dan menarik..
ReplyDeletedua-dua style tu ada keistimewaannya..
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com