DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA

DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA - Selesai perabih tonton drama Patahnya sayap bertongkat paruh. Mummy pi sambung lagi tonton drama di ASTRO Ria iaitu drama CURI CURI CINTA. Drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. 


DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA

Drama CURI CURI CINTA ini adalah drama bersiri sebanyak 28 episod arahan Raja Ahmad Alauddin. EPISOD 1 bermula malam tadi. Sebenarnya, mummy dah tengok teaser. ASTRO ada tayangkan. Memang best, kisah kekeluargaan dan ada element anak derhaka. 

SINOPSIS DRAMA CURI CURI CINTA


Apa lagi yang best tentang drama ini? Jom kita baca SINOPSIS CURI-CURI CINTA. 

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali


Bagi yang belum tonton, boleh lah tonton lagi. Episod pun panjang juga ni, sampai Ramadhan. 

SIARANnya di ASTRO Ria Dan HD 10 malam. Sambil lipat kain, sambil tonton. Sedar tak sedar, 2 bakul baju boleh settle hehe

Mummy suka tonton drama yang di siarkan di bulan Ramadhan, sebab banyak pengajaran dan membuatkan mummy adakalanya insaf. 

JUDUL : CURI-CURI CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media

PELAKON : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu, Laila Nasir, Mandy, Kenji Sawahii, Khai Taufan, Hana Nabilah, Zalfa Zin


WATAK PELAKON CURI CURI CINTA


Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Adam Lee sebagai Badrul
Melanie Tan sebagai Peggy
Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
Haneesya sebagai Tina
Azri Sabri sebagai Ramli
Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
Pablo Amirul sebagai Adli

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Terlalu Memuja
Penyanyi : Wany Hasrita



8 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Menarik juga ni... Alaa..mummy dah mengajar LeYa untuk stay tonton drama best ni.
    Hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kak Sue baru tengok depa kongsi kat Meletop tadi drama nie. Macam menarik juga nie kan.. ada pengajaran yang baik..

    ReplyDelete
  3. oh hero heroin yg mmg couple kt luar berlakon bersama...tk tgk cite ni tp ada nmpk kwn2 update

    ReplyDelete
  4. teringin plak nak tengok

    ReplyDelete
  5. Sakit hati bila tengok Zafirah dalam citer nni...hehehe

    ReplyDelete
  6. Dua kaki je tengok drama ni. Sekaki kat rumah mertua seklai kat rumah nenek. Tengok sebab masing masing layan drama ni. Saya je tak layan sebab tak tengok tv

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post