AISKRIM KING'S POTONG BAHARU PERISA ONDE ONDE

AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE - Cuaca adakala panas lit lit, kami sekeluarga memang selalunya ada standby aiskrim dalam peti sejuk. Memang kami sekeluarga mempunyai hobi yang sama. Iaitu suka beli aiskrim keluaran terbaru. Kali ini, kami sekeluarga mencuba AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE

AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE


AISKRIM KING'S POTONG BAHARU PERISA ONDE ONDE, HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde


Asia adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai budaya makanan yang unik. King’s Potong kini memberi penghormatan kepada warisan Asia dengan memperkenalkan King’s Potong Signature Onde Onde (sebutan ‘own-day own-day’). Peminat aiskrim potong kini boleh menikmati pencuci mulut unik yang digemari orang ramai. Resepinya dibawa mengembara ke serata negara dan budaya, juga telah menjadikan lirik lagu tradisional.

Dari Jawa, Onde-onde telah merentasi Kepulauan Melayu dan dipilih oleh masyarakat Peranakan sebagai budaya mereka. Ia telah dibawa ke Belanda oleh masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Nertherland dalam tahun 1950-an. Hari ini, onde-onde boleh dinikmati di restoran dan pasaraya Asia di serata dunia.

Onde-onde adalah bebola beras pulut yang berisi gula Melaka dan disaluti kelapa parut segar. Apabila makan Onde Onde, kombinasi yang menarik ini akan ‘meletup’ dengan rasa yang manis dan enak.

Mummy memang sukakan onde-onde so, bila King's aiskrim keluarkan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE. Memang tak sabar dan jiwa ni membuak-buak rasa nak cuba !


AISKRIM KING'S POTONG BAHARU PERISA ONDE ONDE, HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde



Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan!

Mak ai, rasa AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE kan...memang saling tak tumpah macam onde-onde. Lemak, manis ada liat-liat sket. Macam makan kuih onde-onde sejuk. 

Serius memang layan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE!

AISKRIM KING'S POTONG BAHARU PERISA ONDE ONDE, HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde


Ha... nampak tu dalam dia ada gula merah, hehe memang samalah macam kuih onde-onde tu !

Si Daim pun sama suka juga AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE. Memang kami satu keluarga layan aiskrim bersama. ALa-ala me time gitu.

Mana gambar anak-anak lain hehe. Depa layan AISKRIM KING'S BAHARU PERISA ONDE ONDE dan bergambar dengan hand phone daddy depa ! 

Mummy layankan si Daim je, risau ntah ke mana-mana kang Daim bawa aiskrim dalam rumah. Kalau di biarkan Daim makan sendiri.

 Jenuh nak kena cuci satu rumah memalam ni, kang !

HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde


AISKRIM KING'S POTONG BAHARU PERISA ONDE ONDE, HARGA AISKRIM King’s Potong Signature Onde-Onde


Berapa harga aiskrim King’s Potong Signature Onde-Onde? Harga aiskrim King’s Potong Signature Onde-Onde ialah RM2.00 sebatang (60ml) atau RM11 untuk sekotak (berisi 6 batang).

Boleh dibeli dari April 2019 di pasaraya utama dan kedai-kedai serbaneka terpilih.

Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com

13 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wow... hari tu aiskrim unicornetto haha~

    ReplyDelete
  2. Macam-macam perisa ada. Nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  3. okay this is new. nak tryyyy!!!

    ReplyDelete
  4. Dia tunjuk eskrem potong plak dahhhhh...alahai..bestnya...nak carik la nanti..biasa suka yang kacang merah atau kelapa..besttt

    ReplyDelete
  5. wah... menariknya aiskrim onde onde...

    ReplyDelete
  6. wahhh tak sangka boleh buat flavor onde-onde! Bila ada rasa liat-liat sikit memang menjadi la perisa ni. Terbaik!

    ReplyDelete
  7. wah perisa baru..unik tu perisa onde onde

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka onde onde kak.. Favourite. Nanti nak try aiskrim onde onde ni jugak

    ReplyDelete
  9. eskrem kings ni memang sedap.
    kerap gak beli.
    tapi tak ternampak lagi yg onde onde ni tau.
    menarik nyer !!!

    ReplyDelete
  10. aida biasa beli yg campur.
    ada durian, kacang merah, jagung.
    sgt sedap!!!
    sekali beli mesti 2 kotak terus, alin.
    anak-anak makan byk hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post