BUKA PUASA DENGAN IPAR DUAI

BUKA PUASA DENGAN IPAR DUAI - Bulan puasa, bulan silaturrahim. Semestinya, kita nak berbuka dan bersahur dengan keluarga kita. Begitu jugalah suami kita. Alam rumah tangga ni, kena sama adil. Betul tak. Oleh kerana buat masa ini, mummy lebih banyak masa dengan keluarga sebelah mummy. Jadi, memang tak ada masalah nak berbuka dan bersahur bersama. Cuma nak berbuka dan bersahur lengkap dengan adik beradik tu, masih belum berkesempatan lagi.

Tapi, tak apa, kami bukan tinggal jauh sangat pun. Masing-masing tinggal berdekatan !

BUKA PUASA DENGAN IPAR DUAI !

Lama juga, adik beradik sebelah suami tak berkumpul. So, kebetulan adik ipar offer untuk berbuka bersama di rumahnya. Semua adik beradik yang tinggal di Kajang 'on' termasuklah bapa mertua (buat masa ni tinggal dengan kami).

Kami pun 'on' jugaklah.







Kids paling happy kalau dapat berkumpul, main..main dan main ! Masa ni je pun, dorang boleh bermesra dengan cousins. Walau dekat, tapi bukan senang nak berjumpa. Masin-masing ada hal memasing.

Untuk berbuka puasa bersama ini, mummy tak bawa apa pun. Hanya sempat buat nasi goreng Cina je. Tapi awal-awal lagi, adik ipar dah bagitahu. Jangan bawa makanan , nanti banyak makanan tak habis sayang pulak !



So, mummy bawakan gifts sorang satu untuk anak-anak pak abang ni. Lagi pun, hari jadi depa lepas-lepas tak ada bagi apa pun. Kira lump sum teruihlah ni.



Adik ipar sent gambar lepas kami balik, bebudak ini happy katanya. Alhamdulillah !





Seronok ada macam-macam jenis warna dalam box ini. Siap melukis lagi memalam. Allahu rajin !

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Paling seronok bila berkumpul macam nie, dah tentulah anak-anak.. Bermain dengan sepupu-sepupu kan sis..

    ReplyDelete
  2. ank2 dpt jmpa cousin2 seronok la depa..nk2 plak lama tk jmpa kan

    ReplyDelete
  3. Berbuka ramai2 best..rapatkan ukhwah...

    ReplyDelete
  4. Best berbuka ramai ramai macam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post