Kempen "United We Win" Dengan Mobile Legends || Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15 || Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!
Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia.
Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma.
Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’.
Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming.
Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan.
Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat.
Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”
Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90.
Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia.
Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.
Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85.
United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo.
Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.
Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional.
Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”
Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”.
Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan.
Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton.
Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.
Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah.
Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut.
Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB.
ray jarang makan pizza dominos tp ray suke side dishes dye
ReplyDeletewah menarik ni :) btw saya follow sini #578 mind followback jika free ya:D
ReplyDeletehttps://sayesyadiya.blogspot.com
wah murahnya
ReplyDeleteDominos tak pernah mengecewakan. Macam macam promosi diadakan untuk menghargai pelanggan
ReplyDeleteSuka Dominos ini tapi dah jarng singgah makan.. hehehe..
ReplyDeleteBanyak entry dominos sekarang, banyak campaign kan...lepas ni nak cari pizza dominos la..lama x makan..teringin..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com