OKU ! TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL - Hai, Salam Sejahtera dan Assalamualaikum ! Selamat Hari Pekerja buat semua ! Happy Labour Day ! Happy holiday. Eh, cakap tentang hari pekerja ini, kan ! Kita yang sihat walafiat pun kadang kala mengeluh bila kena buat kerja. Bil acakap bab gaji..Gaji nak besar ! Mummy terbaca tentang usahawan OKU yang berjaya ! Iya, beliau OKU - Orang Kurang Upaya uollls! Tapi boleh buat bisnes besar-besaran, ada staff, alhamdulillah usahawan yang berjaya ! Siapakah beliau? Beliau adalah Khairul Nizam iaitu pengasas kepada JamuMall
OKU ! TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL
OKU ! TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL
Mummy memang ikuti sosial media Khairul Nizam : OKU ! TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL. Terkesan dengan kesungguhan beliau ! Dalah hati dok berkata-kata. Macam mana aku yang sihat walafiat ni tak boleh jadi macam beliau !
Dalam secara tak langsung, mummy jadikan beliau sumber inspirasi mummy. Alhamdulillah, sekarang ni mummy tak mahu mengeluh dan pandang ke belakang lagi. Teruskan jalan ke hadapan, cuba buat sehabis baik dalam apa jua perkerjaan yang ada di depan mata.
Semua yang ada mummy lalui itu sesunggahnya 'gifts' dari yang Esa !
LUAHAN OKU ! TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL
Dalam pada itu, di sini mummy nak share luahan di Facebook (FB) beliau sangat membuatkan mummy terkesan….
Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku
beryukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd ,
dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape aku nak ,
mampu makan yang mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak
negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk
keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai
sebenarnye orang diluar sane nak jadi macam aku , nak banyak duit macam aku , ank
bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda
di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu
diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan
seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari ,
bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade
ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus , lapar , penat ,
takde orang disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku
nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak
aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan
ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh
berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri
manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat give up bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bag duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?
ReplyDeleteKagum baca kisah beliau. Takde alasan utk tak berjaya. Kekurangan upaya bukan penghalang untuk berjaya.
ReplyDeleteWalaupun beliau kurang upaya tapi beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya. Kagum saya!
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteSemangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya
ReplyDeleteBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteTerharu dengan kejayaan beliau untuk bangkit berjaya tidak sampai 10 tahun..
ReplyDeleteSemangat beliau...kalah orang yang normal. Insan yang hebat
ReplyDeleteharap lagi ramai OKU di luar ssana mempunyai semangat besar macam beliau...
ReplyDeleteSemangat beliaut kuat.. Patut dicontohi..
ReplyDeleteallah hadirkan orang sebegini untuk kita bersyukur, untuk kita sedar bahawa rezeki milik allah.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com