SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! - Dah lama mummy beli sabun TAharah ini untuk samak. Tapi masih tak berkesempatan nak share di blog. Mummy sering dengar rintihan sahabat mummy. "Susahlah nanti nak samak" "mana nak cari tanah untuk samak kat bandar ini?". Di bulan yang mulia ini, bulan Ramadan. Mummy cuba spread benda yang baik dalam blog. Salah satunya, perkongsian mummy tentang sabun samak dari TAHARAH ini.
Adanya SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! ini, mummy yakin, orang Islam tidak lagi rasa takut dan susah untuk buat samak. Lelagi kalau kita ke penginapan seperti sewa apartment di pusat liburan (bercuti), nak pakai barangan dapur tu ada sedikit was-waskan ! Apa kata korang samakan terlebih dahulu untuk hilangkan was-was.
SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !
Adanya SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! ini, mummy yakin, orang Islam tidak lagi rasa takut dan susah untuk buat samak. Lelagi kalau kita ke penginapan seperti sewa apartment di pusat liburan (bercuti), nak pakai barangan dapur tu ada sedikit was-waskan ! Apa kata korang samakan terlebih dahulu untuk hilangkan was-was.
Kotak SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !
KANDUNGAN SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !
Kandungan yang ada dalam SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK ialah dari minyak sayur, 90% tanah liat, minyak zaiton, essential oil, minyak argan dan vitamin E.
Khasiat SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! :
*Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
*Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering
*Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
*Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
*Menghilangkan bau badan
*Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
*Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
CARA PAKAI SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !
Cara guna SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah :-
Kaedah untuk SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ialah dengan
1 kali air sabun Taharah
6 kali air biasa.
Boleh juga gunakan SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
atau untuk basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
Dan boleh juga di gunakan alternatif untuk menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.
SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU boleh di dapati di Shopee atau kedai-kedai jamu. Mummy macam biasalah beli di Shopee je !
Soalan:
Salam, saya ingin bertanya adakah sah samak dengan menggunakan sabun taharah ? Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan sekarang kebanyakan orang tinggal di apartment yang mana agak sukar untuk mendapatkan tanah yang sesuai digunakan dalam proses samak. Jadi adakah sah seandainya kita menyamak menggunakan sabun ini ?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Mukadimah
Sebelum kami menjawab isu ini dengan lebih lanjut, suka untuk kami menjelaskan berkaitan dengan isu penggunaan bahasa terlebih dahulu. Ini kerana, terdapat perbezaan maksud di antara perkataan samak dan juga sertu.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, samak didefinisikan sebagai: Zat yang digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yang sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. Rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.
Manakala kalimah sertu pula membawa maksud: Menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
Sekalipun tidak perlu berbalah dalam istilah, namun dengan mengetahui penggunaan kalimah yang tepat dapat membantu kita dengan lebih lanjut dalam memahami sesebuah permasalahan yang berlaku.
Definisi Sabun Taharah
Penamaan sabun taharah agak berbeza dengan sabun-sabun lain yang boleh didapati di pasaran. Ini mengambil kira intipati kandungan yang terdapat di dalam sabun taharah ini.
Secara umumnya, sabun taharah ini juga dikenali sebagai sabun tanah liat. Jika dilihat dari sudut bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sabun ini, ia terhasil dari campuran tanah liat, dan beberapa mineral semulajadi seperti sodium, kalsium, dan potassium.
Hukum-Hakam Berkaitan Sertu
Sertu adalah proses menghilangkan najis yang berpunca dari jilatan anjing. Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi S.A.W berkaitan isu ini. Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.
Riwayat Muslim (279)
Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:
إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا
Maksudnya: Apabila seekor anjing minum di dalam bekas salah seorang kami maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan.
Riwayat al-Bukhari (172)
Berdasarkan kedua-dua riwayat di atas, dapat kita keluarkan dua perkara berikut:
Mafhum daripada hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu kotoran dan juga najis. Oleh kerana itu ia perlu disucikan.
Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada kewajipan perkara tersebut.
Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah berkata: Wajh al-dalalah nya adalah bersuci itu sama ada kerana hadas, atau kotoran, ataupun suatu kemuliaan. Dan tidak ada hadas pada bekas (minuman), begitu juga tidak ada kemuliaan padanya. Maka yang menjadi penentu (bersuci) di sini adalah bersuci daripada al-khubs (kotoran).
Maka sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian paling bersih dari anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk dianggap sebagai najis). Begitu juga khinzir, kerana keadaannya adalah lebih buruk berbanding anjing. Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105).
Hukum Membasuh Dengan Tujuh Kali Basuhan
Para ulama’ al-Malikiyyah berpandangan bahawa membasuh bekas dengan tujuh kali basuhan adalah bersifat ta’abbudiyy maka dengan itu mereka berpandangan bahawa air yang dijilat anjing adalah suci.[1] Adapun jumhur iaitu ulama’ al-Hanafiyyah, al-Syafi’eyyah dan al-Hanabilah berpandangan bahawa ta’abbud hanya pada bilangan tujuh dan bukan pada amalan menyucikan kerana ia adalah mu’allal (bersebab). Di sebabkan itu, air yang dijilat oleh anjing adalah najis.
Di dalam masalah ini juga, para ulama’ berbeza pendapat adakah wajib membasuh sebanyak tujuh kali kepada dua pendapat:
Pertama: Wajib membasuh tujuh kali dan ini adalah pendapat di dalam mazhab Malik, mazhab al-Syafie dan juga mazhab Ahmad. Mereka ini berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A sebagaimana yang telah kami nyatakan pada permulaan perbincangan.
Kedua: Tidak wajib membasuh sebanyak tujuh kali dan ini merupakan pendapat mazhab Abu Hanifah. Ini kerana, mereka mengatakan bahawa air liur anjing seperti najis-najis yang lain cukup sekadar membasuhnya dengan sekali basuhan jika itu telah menghilangkan kenajisannya. Akan tetapi membasuh sebanyak tujuh kali adalah mustahab bukannya wajib. Mereka berdalilkan bahawa Abu Hurairah R.A pernah mengeluarkan fatwa bahawa cukup membasuh sebanyak tiga kali bagi kenajisan air liur anjing seperti yang terdapat di dalam riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh Imam al-Thahawi dan al-Daraquthni. Ini menunjukkan bahawa bilangan tujuh itu termansukh.
Pendapat kedua ini boleh dijawab dengan beberapa jawapan. Antaranya:
Fatwa Abu Hurairah ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan. Beramal dengan apa yang beliau riwayatkan daripada Nabi S.A.W adalah lebih utama berbanding daripada apa yang beliau fatwakan.
Abu Hurairah juga pernah berfatwa agar dibasuh sebanyak tujuh kali dan sanadnya lebih kuat.
Membasuh sebanyak tujuh kali itu bertepatan dengan riwayat marfu’ iaitu sampai kepada Nabi SAW.
Hukum Tatrib (Menggunakan Tanah) Pada Menyucikan Najis Anjing
Berikut kami perincikan beberapa pendapat para ulama dalam isu ini:
Pertama: Ulama’ al-Syafi’eyyah berpandangan bahawa wajib menggunakan tanah bersama air pada menyucikan najis anjing, khinzir dan apa yang lahir daripada keduanya. Mereka beristidlal pada menyatakan pendapat itu dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah”.
Riwayat Muslim (279)
Kedua: Manakala mazhab Imam Ahmad menunjukkan bahawa boleh untuk menggunakan selain daripada tanah dalam proses sertu seperti menggunakan sabun dan selainnya. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/74).
Ketiga: Manakala ulama’ al-Hanafiyyah dan al-Malikiyyah berpendapat tidak wajib menggunakan tanah pada menyucikan hal itu (najis anjing atau khinzir). Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (114/3).
Hukum Menggunakan Sabun Bagi Menggantikan Turab (Tanah)
Dalam isu ini, bertitik tolak dari perbezaan pendapat berkenaan hukum penggunaan tanah dalam proses sertu kepada yang mewajibkan dan pendapat yang mengatakan tidak wajib, maka para ulama terbahagi kepada dua kumpulan yang kami perincikan seperti berikut:
Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa tidak boleh untuk menggunakan selain tanah sebagai ganti dalam proses sertu.
Manakala sebahagian ulama lain pula berpendapat; Sekiranya sabun itu membawa kepada sampainya maksud penggunaan tanah (untuk menyucikan) maka ianya sah.
Para ulama yang mengatakan penggunaan sabun itu tidak sah, mereka berhujah dengan beberapa noktah berikut:
Syarak hanya menaskan tentang turab (tanah). Maka yang wajib adalah untuk mengikut nas.
Bidara dan seumpamanya terdapat pada zaman Nabi S.A.W. Tetapi Nabi tidak mengisyaratkan kepadanya (untuk digunakan dalam bersuci). Sebaliknya Nabi menyebutkan tentang tanah.
Boleh jadi hikmah penggunaan tanah adalah kerana wujud padanya jirim yang dapat membunuh bakteria yang keluar dari jilatan anjing.
Tanah adalah salah satu bahan yang menyucikan selain air. Ini kerana ia mengambil tempat air dalam isu tayammum yang menggantikan wuduk apabila ketiadaan air. Manakala selain darinya seperti bidara dan sabun, tidak dianggap sebagai suatu yang menyucikan.
Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti Berkenaan Penggunaan Sabun Untuk Taharah
Pertama: Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat.
Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.
Kedua: Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah
Dar al-Ifta’ dalam menjawab soalan berkenaan hukum dan kaifiat menyucikan bekas yang dijilat anjing berkata pada penghujung jawapan: ‘’Dimustahabkan untuk menggunakan tanah pada basuhan pertama. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:
أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksudnya: (Basuhan) pertamanya adalah dengan tanah.
Riwayat Muslim.
Dan dibolehkan untuk mengganti tanah dengan sesuatu yang boleh mengambil tempatnya pada zaman ini dengan benda-benda moden yang dapat menyucikan. Ini kerana yang dimuktamadkan adalah taharah (suci) secara mutlak. Rujuk www.dar-alifta.org.eg, fatwa no. 3799.
Ketiga: Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah
Keputusan akhir fatwa berkaitan isu ini menyebut: ‘’Dan pakaian itu apabila dicampakkan ke dalam air yang suci dan ia dibasuh sehingga hilang kesan-kesan najis darinya, maka ia mensucikan keseluruhannya daripada najis-najis anjing dan selainnya. Dengan syarat basuhan untuk najis anjing itu berulang sebanyak tujuh kali, dan basuhan yang pertama adalah dengan tanah atau apa-apa yang menggantikan tempatnya seperti sabun dan selainnya’’. Fatawa al-Lajnah al-Da’imah (4/196).
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami cenderung menyatakan bahawa hukum penggunaan sabun taharah atau sabun tanah liat adalah harus. Bahkan proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah.
Pendapat ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat kebanyakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang hidup dalam suasana majmuk, dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Adapun penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama sekiranya terdapatnya ia.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
biasa dgr juga pasal sabun ni kalo org yg slalu travel tu kan..oh kt kedai jamu & shopee ada jual ye..tq for sharing
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian ini.. bermanfaat..
ReplyDeletePeenah dengar tentang sabun ni tp x pernah guna..thanks share linda
ReplyDeletePenting sabun ni especially bila travel overseas. Ana beli siap2 dah.
ReplyDeleteKena ada satu stok sbaun dalam rumah macam ni.
ReplyDeleteGood sharing Linda.. nak kena beli juga lah buat stok kat rumah nie..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com