7TH YEARS PRE WEDDING ANNIVERSARY : RED LOBSTER SEAFOOD - 3 hari sebelum raya (2 Jun 2019) waktu anniversary anniversary ni... kami dah selamat sampai ke kampung halaman husband. Tak sempat nak update pasal makan-makan pre-anniversary (29 Mei). Tak plan pun sebenarnya, nak sambut 7th years wedding's anniversary atau nak keluar makan-makan. Semuanya kebetulan je ! Sehari selepas mak, abah, abang dan adik menunaikan umrah. Kami tolong jagakan seorang dari anak adik. Saje tak nak bagi Bella ni sedih. Adik beradik lainnya, tak nak ikut kami. Tak pe lah !
Dah sekejap kami sekeluarga ke Kajang, sekejap ke Subang, malam esoknya nak ke Kajang balik. Penat ke sana sini, daddy terus ajak buka puasa di AEON Shah Alam. Kebetulan daddy nak cari barangan rayanya yang belum lengkap !
Dah sekejap kami sekeluarga ke Kajang, sekejap ke Subang, malam esoknya nak ke Kajang balik. Penat ke sana sini, daddy terus ajak buka puasa di AEON Shah Alam. Kebetulan daddy nak cari barangan rayanya yang belum lengkap !
7TH YEARS PRE WEDDING ANNIVERSARY : RED LOBSTER SEAFOOD
Lepas settle membeli belah, kononnya nak buka di Nando's. Tapi fully booked. Banyak juga kedai makan fully booked. So, mummy ajak daddy makan kat Red Lobster Seafood. Lobster ni, memang kegemaran kami. Rasanya, sepanjang kami berkahwin baru beberapa kali je makan lobster di Langkawi yang mummy ingat. Tempat lain, tak ingat (dalam blog pun macam tak ada tulis je hahaha)
Anak-anak kami pun suka lobster. Jadi, kami teruskan je memilih makan di Red Lobster Seafood AEON Shah Alam. Kebetulan pulak ada seat kosong. Rezeki !
Sementara menunggu makanan, kami di hidangkan kurma, roti biskut. Allah Daim tu, time makan je mesti tidur. Keluar makan je, tidurrrr. Lepas tu, dah habis makan. Baru bangun ! Sebab tu, daddy suka beli makanan untuk take away. Nak makan sesama reramai kat rumah. Mummy pulak jenis malas nak sepahkan rumah hehehe. Makan luar senang, balik siapkan diri, budak-budak. ZzzzzZZ ! Hehehe. Tak pe lah dik, mummy bungkuskan kentang goreng ye nanti !
Sebelum makan tu, selain beli barang daddy di AEON Shah Alam. Daddy sempat belanja anak buahnya... mana yang tak ada baju raya lagi. Masa ni, sape yang jawab call daddy, yang mana anaknya tak ada baju raya. Memang dapatlah baju raya hehehe
Siapa tak jawab call, nasib lah ye hehe daddy jenis nak cepat je shopping kalau bulan puasa ni. Tak larat lelama tawaf mall.
Cantik baju ni, last minute ada offer 50%. Kain pun elok dan design pun lawa ! Kalau mummy shopping sorang-sorang ni. Mau belikan 1 untuk Dhia p mengaji ni hehe. Tak pun beli buat raya tahun depan hehehe.
MENU-MENU MENARIK DI RED LOBSTER SHAH ALAM
Biskut roti katanya. Sedap !
Antara menu-menu yang sedap di Red Lobster Shah Alam mummy sukakan roti biskut 'starter' rasanya macam ada masin sedikit (macam ada cheese). FREE je ni ! Semua meja akan dapat !
Set Red Lobster, Shrimp and Scallops pilihan untuk daddy sebab dadddy memang makan apa pun nak nasi. Set Red Lobster, Shrimp and Scallops di datangi dengan nasi dan sayur. Lengkap !
Harga untuk Set Red Lobster, Shrimp and Scallops dalam RM109 (lebih kurang..lupa harga betulnya)
Serius sedap ! Puas hati makan ! Kena dengan harga dia ! Lobster ini kongsi daddy, Dzal dan mummy.
Pasta ni lupa nama apa. Carbonara ketam lebih kurang. Bebudak ni suka makan ketam. Memang cun ! Kena selera depa. Portion dia besar sangat kena dengan harganya dalam RM50++
Beli 1 pinggan dulu, kalau bebudak ni nak tambah. Baru tambah order ! Carbonara ketam ni share berempat. Dhia, Bella, Dzal dengan mummy.
Bebudak ni, puji sedap nak tambah order. Bila sampai waktu nak tambah order, depa kata kenyang pulak. Hehehe see ! Makan 4 orang pun boleh !
Kenapa mummy tak order apa-apa. Mummy kan tong sampah besauuu ! Tukang perabih makanan yang tak abes, dari roti biskut, kurma, lobster sampai lah ke carbonara ketam tu.
Kenyang !
Air pulak, kami order Teh O Lemon Ais dan Mirinda Strawberry. Mirinda Strawberry tu FREE refill. Keje bebudak ni REFILL je lah ! huhu
Ni untuk Daim, tapi abang kakak pun belasah sama juga ! Kerana daddy dah belikan hadiah anniversary mummy (Huawei P20 Pro baca di http://www.azlindaalin.com/2019/04/huawei-p20-pro-terima-kasih-suami.html) awal-awal. So, kali ni my turn belanja untuk our 7th wedding anniversary. Total habis RM250 (lebih...ampun tak ingat totalnya).
Bagi mummy okay sangat harga ini, kalau makan lobster sahaja kat luar pun dah lebih RM100. Belum masuk nasi, side dishes, air dan lelain.
Servis kat sini pun cepat (walau bulan puasa ramai orang masuk) dan selesa makan bersama keluarga !
Pendek kata ... highly recommended !
seronoknya dpt shopping dan berbuka puasa di mall.
ReplyDeleteWah boleh cuba ni. Selalu tau yang kat Manhattan Fish Market je 😅 Tapi ni cam lagi besar lobsternya 😍
ReplyDeleteLast makan red lobster last big boss belanja dulu tahun 2017, ni dah lama tak makan..alahai terus teringin
ReplyDeleteHappy 7th years wedding's anniversary Linda
ReplyDeleteHappy Anniversary Linda dan suami.. semoga berbahagia dunia akhirat ya.. aamiin.. bestnya makan kat sini..
ReplyDeletesedapnya french fries tu
ReplyDeletecantik baju
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bila dapat makan sedap, rasa berbaloi bayar mahal kan mummy linda.. servis pun ohsem..
ReplyDeletedapnya...tgk gambar pun, menggoda lobster tu tau..tak penah makan kat red lobster ni..rasa cam kena poket tebal ni kalau masuk ke sini...hehe
ReplyDeletehappy 7th anniversary..smoga berbahagia hingga jannah...tk pernh lg singgah mkn red seafod lobster
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com