8 SYAWAL, DAIM KE HOSPITAL SHAH ALAM - Rentetan kisah Daim Naufal demam dari raya ke 4 (4 Syawal) hinggalah ke 8 Syawal. Antibiotik yang di ambilnya seakan-akan tak jalan ! Demam Daim masih pada suhu 39 darjah celcius ! Daim dah mula tak ada selera makan. Terbaring lesu aje !
8 SYAWAL, DAIM KE HOSPITAL SHAH ALAM
Malam lepas balik dari kerja. Lekas-lekas kami bersiap dan terus bawa Daim ke klinik yang kami datang pada malam 5 Syawal (raya ke-5).
Apabila masuk berjumpa doktor, doktor terus masukkan ubat bontot. Malangnya, Daim berak pulak hahha. Dah masuk 3x Daim berak hari tersebut. Pity u Daim !
Selepas cuci po-po Daim, Sesi memasukkan ubat punggung dan sesi ambil darah di teruskan.
Result darah semua clear, tak ada problem. Tapi, doktor kata dada Daim ada bunyi dan kes Daim di refer ke hospital.
Surat refer Daim, kami terus balik rumah dulu selepas dapat surat ini. Untuk hantar Dhia dan Dzal dulu ke rumah sebelum bawa Daim ke hospital.
Bahagian emergency mengatakan masa untuk menunggu adalah dari 5- 7 jam. Beratabahlah Daim ye !
Untuk elakkan kebosanan Daim. Mummy bawa Daim tengok ambulans, jalan-jalan dalam Hospital Shah Alam :)
Apabila nama Daim di panggil, Daim di cek sekali lagi suhunya, nadinya. Kemudian, buat pembayaran RM1 untuk mendaftar.
Dan, kembali menunggu lagi untuk berjumpa dengan doktor. Lebih kurang 1 jam, nama Daim di panggil untuk berjumpa dengan doktor.
Daim di arahkan untuk di ambil darah dan membuat X-Ray. Total menunggu juga lebih kurang 1 jam untuk 1 prosedur.
Selesai ambil darah dan X-Ray kami di minta menunggu di ruangan zon kuning. Di sini, Daim dapat rehat sket. Mummy dapat tidurkan Daim sehingga doktor datang untuk memberitahu result Daim.
Mata mummy pun dah rabak, dah pukul 4 pagi kot !
Dalam 4.30 pagi doktor datang kepada kami dengan memberitahu kondisi Daim Naufal boleh dimonitor di rumah sahaja. Kami di bekalkan 2 botol antibiotik (read: botol kedua dan ketiga antibiotik untuk Daim) dan perlu di habiskan !
Kami pun pulak ke rumah jam 5 pagi (setelah ambil ubat). Mata rabak, jangan cakaplah...8 pagi bos dah wasap tanya datang kerja ke idak ! Yes, bos ai datang okay ! Kalau i tidur kat ofis. Jangan marah naaa !
12 tengah hari, memang mata tak tahan terus tidur sahaja di meja kerja sehingga habis waktu rehat !
Semoga Daim ok ok sahaja hendaknya. In Shaa Allah...Amin-Amin Ya Rabbal Alamin
ReplyDeleteaduh..gigih mummy pi kerja..kalau k.fiezz, dh amik cuti..
ReplyDeleteaduh..gigih mummy pi kerja..kalau k.fiezz, dh amik cuti..
ReplyDeleteGet well soon Daim.. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteKesiannya Daim..anak kecil kalau demam memang merisaukan..nak- nak sekarang tengah banyak kes Influenza A, Influenza B,Viral fever, Denggi...haihhh..harap takde la semua tu terkena pada anak2 kita..get well soon Daim..memang nampak muka sakit dia tu...
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan
ReplyDeletekesiannya daim.Moga cepat sembuh ye
ReplyDeleteKesian daim.. Ujian Allah kan kak.. Alhamdulillah daim dah ok
ReplyDeleteBila anak tak sihat memang susah hati kita kan Linda. Hospital kerajaan mana-mana pun memang kena tunggu lama macam nie rupanya.. Kak Sue pun dah lalui juga..
ReplyDeleteSemoga Daim cepat sembuh.. Aamiin..
ReplyDeleteAllah, kesiannya daim.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com