GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! - Assalamualaikum ! Salam Syawal semua ! Bila cerita bab Syawal ini, mesti nak cerita tentang duit raya anak kami. Orang kata sekadar berkongsi ilmu ! Eh...eh tentang duit raya anak kami, mummy dah ceritakan dah pun di SINI. Hidup ini ada banyak jalan kita boleh pilih. Nak berkongsi atau tidak ! Nak senang, nak susah ! Nak ada duit, tak nak ada duit ataupun mahukan gandakan duit yang ada. Entri mummy kali ini, bukanlah entri 'menjual' , sekadar perkongsian sahaja. Teringat dahulu semasa kerja di bidang perbankan. Mummy kerap educate people tentang investment dan compounded dividend pada low risk. Kiranya risiko tak tinggi. Kalau dah nama pelaburan ini tak kira ASB, ASN atau apa sahaja. Memang di panggil 'risiko'. Tapi, seperti yang semua orang tahu ASB (di asaskan oleh kerajaan) nilai belian dan jualannya adalah tetap sebanyak RM1 yang membezakannya adalah dividen dan risiko lain. Mummy suka ASB sebab dividend tak pernah menghampakan ! Walau tak banyak, tapi tak pernah sedikit ! Berbalik GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Macam mana? Ok jom baca....
GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED !
GANDAKAN DUIT RAYA ANAK SECARA COMPOUNDED ! Mummy harap ianya tak terlambat untuk mummy kongsikannya, mungkin ada yang tahu tentang compunded interest / compounded dividend ni. Mungkin juga ada yang belum tahu. Bagi yang tak tahu, jom kita praktikkan dari sekarang. Investment paling mudah dan investment yang kita boleh kawal sendiri mengikut berapa yang kita nak simpan !
SIMPAN RM200, DAPAT RM5,929.41
Ini adalah anggaran (jika simpanan di lakukan awal tahun dan konsisten tanpa pengeluaran), tapi insyaallah nilainya tak beza mana dari semasa ke semasa. Jangan samakan ye simpanan ini dengan unit trust atau lelain. Mummy juga mempunyai simpanan unit trust tapi unit trust ini lain, harga belian dan jualan juga berbeza dari semasa ke semasa. Manakala, risiko dia medium to high risk (kalau tak faham boleh google).
Ilustrasi di bawah contoh terdekat adalah ASB. Di mana nilai beli dan nilai jual tetap pada kadar RM1. Dividend pula, mummy letak 7% walau hakikatnya dividend tahun lepas melebihi 7%
Contoh di atas jika anak berumur 1 tahun, dan kita boleh buat bajet simpanan yang anak akan ada pada umurnya 15 tahun nanti.
Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 setahun (duit raya setahun sekali kononnya dapat)
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM5,929.41
SIMPAN RM200, DAPAT RM3,559.20
Manakala, jika kita menyimpan duit raya anak dalam bank biasa atau tabung haji (dividend tahun 2018 sebanyak 1.25%)
Baki pembukaan : RM200
Simpanan : RM200 (setahun, kekononnya duit raya anak setahun sekali je simpan)
Dividend : 1.25% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM3,559.20
SIMPAN RM1000, DAPAT RM8,136.64
Baki pembukaan : RM1000
Simpanan tahunan : RM200
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM8,136.64
SIMPAN RM200, DAPAT RM16,200.90
Baki pembukaan : RM200
Simpanan bulanan : RM50
Dividend : 7% setahun
Simpan selama 15 tahun
Jumlah simpanan : RM16,200.90
Kalau kita yang dewasa ni pula, mummy suka suggests ASB loan... sebab bank dah dulukan duit (bentuk sijil ke ASB).
Contoh jika loan ASB RM100,000. Kita bayar setahun ke bank tak sampai pun RM100K.
Tapi dividend hujung tahun, kita akan dapat dari RM100K. Lebih kurang RM7K (jika dividend 7%). Aummsssss !
Tak pakai dividend tu? Simpan je dalam ASB? Mak aiiii, bergandalah duit dalam ASB.
Syiokkan !
Nak apply ASB loan boleh pi memana bank, kalau dulu korang boleh amek dengan mummy. Sekarang mummy tak handle dah segala loan ! Kita buat sesi sharing aje lah. Kalau mummy rajin lah ye !
Selamat menyimpan !
Saya mema g simpan duit anak anak dalam asb kak
ReplyDeleteGood sharing Linda.. Kak Sue ada juga simpan kat Tabung Haji tapi lama dah tak top up lepas nie boleh lah simpan kat ASB pula..
ReplyDeleteBagus perkongsian ni. Yup untuk anak-anak memang ke asb je.
ReplyDeleteLama tak menyimpan di asb. Banyaknya ke dalam TH je. Senang dah tolak zakat terus kan.
ReplyDeletegood sharing, mummy...
ReplyDeleteperkongsian yang ohsem sis..
ReplyDeleteAsb loan Ni mmg berbaloi Kan tapi dulu akak prnah cancel sebab x patuh syatiah
ReplyDeleteGood sharing kak
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com