GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI  - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sihat ke tu? Mummy alhamdulillah masih bernafas dengan sihatnya hehe. Okay sebelum mummy buka cerita yang panjang lebar tentang GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI . Cantik tak beg tote yang mummy pegang ni ha. Boleh bawa pi shopping (sekarangkan kita nak kurangkan pengunaan plastik beg..GO GREEN ) atau ke mana sahaja. Dah pulak tu, sedondon pulak dengan baju kuning tu ha hehehe. Tak nampak macam beg FREE pun kan ! FREE? iya, PERCUMA je beg tote tu sempena GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI 

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI 


GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

Macam mana nak dapatkan TOTE BAG ni secara PERCUMA dengan GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI ? Ha..mummy tahu bab PERCUMA, bab FREE ini yang paling best ! Korang pun, tak sabar nak tahu kan ! Samalah, mummy pun awal-awal lagi dah excited !

Untuk dapatkan TOTE BAG PERCUMA ini. Korang boleh dapati dengan setiap perbelanjaan RM30 ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24 - 30 Jun 2019.

GARNIER, PASARAYA MYDIN DAN GEMA


GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

Sebenarnya ini adalah satu program yang dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). Ianya adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi yang telah membantu kira-kira 500 ahli.

Mereka telah menjalankan dari bulan Ramadan lagi bersama MYDIN. Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program ini.





GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI  - Makna sebenar Aidilfitri bukan sahaja meraikan dengan yang tersayang tetapi juga merupakan musim kita untuk bersedekah terutama kepada mereka yang memerlukan. Tahun ni Garnier Malaysia membawakan makna baru bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.



Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia berkata, ' Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat denga meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan.





GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI


Jenama kecantikan Garnier ini, berjaya mengumpul RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

Sepanjang kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood.

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI - Amyra Rosli, Shafiq dan Azira


GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

Sempena dengan kempen Serikan Diri di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka yang muncul dalam drama mini bersiri TV3 yang bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari Raya tahun ni menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. 

Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahkan persahabatan dan memperkasakan wanita. Jangan lupa tonton di rangkaian TV3 dalam Youtube

GARNIER SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni, sila layari ke :-

7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Mata akak berkenan kat totebag tu la...kalau dapat best tu..dapat buat bag bekal pi kerja..

    ReplyDelete
  2. Comel totebag. Ana pakai juga beberapa produk Garnier ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus kan Garnier buat inisiatif macam nie.. Cantik tote bag tu kan, Kak Sue pilih bunga pink n daun hijau..

    ReplyDelete
  4. Nanti bak beli serum garnier tu. Sejenis tak boleh tengok serum. Hahaha

    ReplyDelete
  5. suka gak pencuci muka dia yg sakura tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post