RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN - As usual, bulan Syawal ini..pastinya cerita tentang raya aje lah ! Cerita 1 Syawal dah up dalam blog. Kisah 2 Syawal, 3 Syawal tak siap lagi. Hehe. Biasalahkan raya ! Sibuk ! Lepas tu, Daim demam, mummy demam dan sekarang DHia dan Dzal pulak demam ! Mood nak update memang ke laut lah. Kepala pening ting tong !
RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN
RAYA KEDUA DI AEON TAIPING TEMA PINK BELACAN - Antara aktiviti wajib ke AEON Taiping ni kalau kami balik Taiping. Bulan puasa daddy tak larat nak tawaf mall. Sempat ke TESCO Taiping je lah. Anak-anak sibuk nak cari bahan buat cornflakes madu, shopping subang baru Dhia, dan beli air untuk rumah Taiping.
Bukan senang nak dapatkan tona warna pink belacan yang sama tau. Hehe dari awal lagi, kira-kira 3-4 bulan sebelum raya mummy dah round shopping mall untuk cari baju matching.
Alhamdulillah nasib baik dapat !
Lepas setel bab baju, cari pulak tudung. Nasib baik tudung Nealofar ada banyak range color. Anak tudung pulak memang dari awal dah beli kat dUCk masa sales tahun lepas.
Just mix and match je !
Dzal dan Daim sampai sudah tak jumpa plain color pink belacan. Tapi nampak gaya warna ni boleh match. So, kitorang bagi depa berdua ni sedondon !
Misi sebenarnya, ke AEON Taiping adalah untuk mencari mainan bebudak ini, daddy memang suka rewards depa dengan mainan. Mummy memang peninglah! Banyak sangat mainan ada dalam rumah.
Daim pun pandai pilih mainan, nak lori besar aje !
Dhia memilih sedikit, Dhia cakap banyak mainan tak best kat sini huhu !
Mummy pulak, jalan-jalan kawasan baju budak-budak je lah !
Daddy melayan anak-anak !
Daim mula rambang mata, semua dia nak ! Pakej minta buka pulak tu ! Adoiiii
Mummy betul-betul pening ! Tak tahu mainan apa nak pilihkan untuk depa !
Okay settle memasing dah siap pilih dan mana approved by daddy je boleh beli ! Daim beli lori dengan kereta siap dalam tu. Jenama Tomica ke apa ntah. Beratus oiii !
Dhia pilih baby doll dalam car seat !
Cousin depa sorang ni pun amek mainan sama Dhia
Thank you daddy ! Moga murah rezeki selalu ya !
Lepak Johnnys ! Malas nak masak dah, nanti balik dah tidurkan Daim pulak ! Daim siap buka dah lori dia tu !
Kebetulan Mak yang pun singgah AEON Taiping so...makan sekali lah 2 keluarga di sini ! Lama juga tak makan Johnny's .
Sedapp pulak layan sup pepanas :)
Baca juga :
Tema pink belacan memang favourite saya. Nampak cantik je bila pakai sedondon
ReplyDeletesama je mcm abg ipaq sya tu, mmbeli je mainan, pastu akak pun membebel sbb byk dan bersepah,haha!
ReplyDeletewah, raya kedua da masuk mall, alin.
ReplyDeleteaida,minggu pertama memang x sempat la jejak mall.
ke hulu ke hilir beraya x abis2.
Eh warna pink belacan pun cantik apa..akak raya ke 2 dah campur2 dah..hehehe
ReplyDeleteCantik warna tema pink belacan tu..
ReplyDeleteCantik warna pink belacan nie Linda. Kak Sue tahun nie tak ke Aeon pun, mood raya tahun nie ke laut dalam..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com