Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat - Telur pindang antara telur paling femes kat Johor. Orang kata... telur rebus mahal, ni. Ye lah, di rebus dengan pelbagai jenis daun herbal.. Rebus bukan 2, 3 jam ye.. Nak rebus kena 3 hari 3 malam dengan menggunakan api yang kecil untuk memasak. Masyaallah. Bukan senang tau! Khasiat Telur Pindang ni pulak. Jangan cakap lah! Banyak khasiatnya. Bagi yang tak pandai makan akan cakap telur ni macam ada bau. Bau herba, bukan bau hanyir. Keturunan kami memang pure Johor. Dari kecil dah biasa makan. Tak ada masalah bagi kami.
Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat
Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat ni, adalah telur pindang air tangan makcik mummy (kakak tok mak). Depa semua ni adik beradik memang orang kata tangan menjadi. Katering sana sini pun amek (dulu lah zaman muda). Tempahan kenduri kahwin semua pandai masak.
Okay berbalik kisah Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat. Dulu kala, orang tak pandai nak makan. Apa ntah lagi nak menjual atau orang order. Memang tak ada rasanya. Unless kenduri kahwin lah..
Tapi sekarang, Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat femes dah.. Terkejut kadang-kadang dengan tempahan yang Mak Ngah kami Terima. Berpuluh ribu telur pindang weii sebulan dia dapat order.
Kitorang kalau nak senang pun, suka tempah dengan Mak Ngah je lah telur pindang ni. Nak rebus telur pindang setakat 10 biji untuk makan. Macam tak berbaloi pulak,kan!
Tips pilih telur pindang ni, mummy suka pilih dan makan hat pecah. Sebab sedap rempah dedaun herba terasa sampai ke dalam.
Makan gitu pun mummy boleh layan. Eh cerita bab Telur Pindang Mak Ne Batu Pahat tetiba mummy rasa terliur pulak.
Hahaha tu lah, sapa soh pending entri ni dalam blog kan.
Kelebihan telur pindang
Khasiat telur pindang dari sumber : SINI
1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.
2. Telur juga mengelakkan penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin..
3. Sebiji telur juga mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.
4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkenaan pengambilan telur dengan penyakit jantung.. Sebenarnya pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.
5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.
6. Telur juga terdiri daripada lemak baik.. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.
7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi.. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.
8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D secara semula jadi.
9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.
10. Telur juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat kerana mengandungi sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi.
Masa mummy kahwin dulu pun, prefer bagi telur pindang pada VVIP, untuk pahar kat pelamin pun letak telur pindang sebagai telur pahar.
Orang tua-tua cakap, bagi telur rebus sebagai buah tangan sebagai tanda di permudahkan pengantin untuk dapat zuriat. Wallahualam.
Mummy memang sebulan lepas kahwin memang terus lekat pun, hehehe.
Masa mummy kahwin dulu pun, prefer bagi telur pindang pada VVIP, untuk pahar kat pelamin pun letak telur pindang sebagai telur pahar.
Orang tua-tua cakap, bagi telur rebus sebagai buah tangan sebagai tanda di permudahkan pengantin untuk dapat zuriat. Wallahualam.
Mummy memang sebulan lepas kahwin memang terus lekat pun, hehehe.
Okay yang belum mencuba telur pindang.. boleh lah cuba ye. Serius banyak kebaikan ya. Mana yang nak tempah sekitar Batu Pahat pula, boleh la contact Mak Ngah mummy tu di talian : +60 13-730 3380
Banyak khasiat telur pindang ni rupanya.
ReplyDeleteTak pernah rasa lagi telur pindang nie Linda.. baru tau banyak khasiat rupanya..
ReplyDeletePernah makan sekali tapi tak pandai..tengok Linda nyer gambar ni nampak sedap plak...nanti nak cuba lagi la...
ReplyDeleteis this herbal tea egg similar to in Chinese cuisine?
ReplyDeletelama betul tak makan telur pindang ni tau..Macam dah jarang orang buat kan...
ReplyDeletetak pernah lagi makan telur pindang ni..byk kebaikan rupanya..
ReplyDeleteSedapnya.. Lama tak makan.. sini susah nak cari..
ReplyDeleteblaja makan telur pindang di johor la.. masa tu duk kat kota tinggi
ReplyDeleteI pernah makan telur pindang, its like chinese herbal egg. Sedap sangat.
ReplyDeleteTak pernah makan lagi telur pindamg ni.. Mcm mne la rasa dia erk
ReplyDeleteMmg fav telur pindang .. Teringin nak makan yang Mak Ne Batu Pahat mcm sedap.
ReplyDeletesedap ke telur pindang ni.. x pernah makan pun sblm ni..
ReplyDeletepenah dpt tapi x berani nak makan sbb tgk warna dia pelik..haha...
ReplyDeletePernah makan telur pindang ni. Tapi tak tahu pula, direbus guna herba rupanya. :)
ReplyDeleteBanyak khasiat
last week emak dtg rumah aida, bwk 10 biji telur pindang, alin.
ReplyDeletepuas makan. feveret.
terasa rempah nyer. sedap :)
anak2 aida x reti makan. they tried tapi x minat. rugi!!!!
tak pernah makan telur pindang lagi..
ReplyDeleteMula mula makan kan, masa tu kecik lagi la, tak reti nak makan. Sebab bau dia tu kan. Pastu lama lama suka nya dengan telur ni. Dok tercari cari sampai sekarang ni. Tak jumpa. Anak anak kita mesti tak reti makan. Tapi kita suka.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com