BILIK HOTEL FAMILY ROOM MURAH DI SSL TRADERS TAIPING PERAK - Assalamualaikum korang, selamat pagi ! Mood holiday sudah on ke tu? Ye lah kan, next week cuti panjang tu ha. Dengan cuti Hari Kebangsaan, cuti Awal Muharramnya. Seronoknya, cuti lama ye, dak ! Mummy cuti panjang tu tak ke mana pun, spend masa untuk anak-anak je lah. Depa masuk perbarisan sekolah dan juga pakaian beragam untuk MERDEKA. Support anak-anak pulak! Supaya menebal semangat patriotism depa tu. Kang.... tak ada semangat kenegaraan kang, dah besar pasang bendera pun tak tahu kang (opsss). Okay pada yang bercuti dan kalau korang ada holiday ke Taiping Perak. Mummy cadangkan korang pi lah tidur di SSL Traders Taiping Perak. Sebab apa mummy recomended SSL Traders Taiping Perak?
BILIK HOTEL FAMILY ROOM MURAH DI SSL TRADERS TAIPING PERAK
kids suka dapat tidur hotel !
Alkisah kami ke sini, adalah selepas program makan durian di kebun sepupu (Entri makan durian tu, memang under construction..dah berbulan. Soon mummy update,k ! ) Setelah selesai makan durian, cousin mummy ajak tidur rumahnya beramai-ramai. Bila mummy fikir balik, kami dengan anak-anak, anak buah dan Daim pun masih breastfeeding. So, tak jadi nak ke rumah sepupu untuk bermalam.
Bukannya family kami je ada di situ, makcik-makcik, sepupu lain dan mak abah mummy pun ada. Ramai kan...
dalam lif, sekampung masuk lif pun muat lagi ! haha
Kitorg decided ke Taiping Perak. Lagipun kami lama tak jalan-jalan cari makan di Taiping Perak. Raya hari tu pun tak dan. Ni lah masanya nak jalan-jalan cari makan. Orang pun tak ramai macam raya dan cuti panjang.
Dalam perjalanan Manong ke Taiping tu, puas mummy buat call satu per satu hotel untuk semak harga 2 katil queen. 2 katil single atau 1 king bukan pilihan kami sekarang hehe.
Memang biasanya, mummy akan cari bilik yang ada 2 katil queen untuk keselesaan satu keluarga.
Sudahnya, dapat BILIK HOTEL FAMILY ROOM MURAH DI SSL TRADERS TAIPING PERAK.
Walk in lagi mahal dari beli di Agoda. So, sudahnya beli di AGODA sahajalah !
Tadaaaa...besarkan bilik di SSL TRADERS TAIPING PERAK
Kids siap kemas barang dan prepare untuk mandi di SSL TRADERS TAIPING PERAK
Budak-budak 4 orang tu share 1 katil, 1 katil lagi untuk mummy, daddy dan Daim
Antara fasiliti yang ada di SSL TRADERS TAIPING PERAK
Peti ais pun ada di bilik SSL TRADERS TAIPING PERAK
lupa bawa toiletteries??. Jangan risau SSL TRADERS TAIPING PERAK ada
Bilik air luas di SSL TRADERS TAIPING PERAK
Sejadah, peti simpanan dan almari untuk gantung baju pun ada.
siaran tv yang sangat jelas di SSL TRADERS TAIPING PERAK
lobi pun selesa, besar, kids sempat main lari-lari di lobi SSL TRADERS TAIPING PERAK
tempat iron baju pun ada di luar bilik
Kitorang check in SSL TRADERS TAIPING PERAK, siap mandi dan relax sebenntar. Kemudian, meneruskan misi jalan-jalan cari makan ke gerai Yong Tau FOo belakang BOMBA TAIPING, makan aikrim ABC, jalan-jalan Taman Tasik Taiping dan ronda dalam Taiping sehingg lewat malam.
Layankan budak-budak ni semua bergambar sekali kat taman (gambar nanti dalam entri lain ye )
Daim susah nak pakai benda baru, mesti tak suka huhu
muka kids masam, tak nak balik. huhu. 'doakan mummy daddy banyak duit nanti boleh jalan lagi,k!'
Esok paginya kami check out macam biasa dalam 12 tengah hari dan meneruskan perjalanan jalan-jalan cari makan ke Mee Udang Mak Jah Taiping pulak !
Berapa harga semalam kami dapat di SSL Traders Taping Perak ni? Mummy dapat harga RM220 je semalam. Murah,kan ! Harga walk in family room di SSL Traders Taiping Perak pula ialah RM336.
Selanjutnya, mengenai hotel ini. Boleh layari ke :-
https://ssltradershotel.com/
No.43, Jalan Medan Perwira Satu, Medan Perwira, 34600 Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.
+605-808 0000
+605-805 0999
sales@ssltradershotel.com
memang puas hatilah dengan keadaan bilik macam tu!
ReplyDeleteKampung Kak Sue nie.. hehehe.. tapi kadang ada juga tidur kat hotel siap ajak Mak dengan adik beradik sekali datang lepak. Nanti boleh cuba hotel nie pulak.. tq for sharing Linda..
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDeletecantiknya hotel. berbaloi dengan harga tu.
ReplyDeletewahh tengok entry ni rasa nak pergi tidur hotel lg..nnti jemput komen entry hotel yg rabia tidur dekat kuantan tu ya
ReplyDeletepuas hati sangat harga tu.. bilik besar.. kemudahan pun okay..
ReplyDeleteManong..kampung akak tu, mummy..buat apa gi Manong?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com