CAROUSELL MERAIKAN WIRA MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MYLOCALWIRA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN - Assalamualaikum, Selamat bekerja bagi yang bekerja. Huhu.. Cuti panjang boleh bikin malas nak pi kerja kan. Mummy busy dengan 2 Minggu training ni. Monday blues memang non hado lah, Tuesday blues apa tah lagi hehe. OK. Mummy nak tanya ni... Siapa ada akaun Crousell? Mummy ada... So, sep sket pada yang ada. Pada yang tak ada lagi tu. Carousel adalah salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia. Kali ini, Carousel menganjurkan usaha pro-sosialnya di seluruh negara dengan kempen #MYLocalWira sehingga Ogos 31, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62.
CAROUSELL MERAIKAN WIRA MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MYLOCALWIRA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Bagi meraikan acara ini, #MYLocalWiramenyeru semangat keprihatinan rakyat Malaysia, dengan sokongan beberapa individu hebat dan terkenal – lagenda skuasy negara Datuk Nicol David, pejuang seni mempertahankan diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia dan duta Global Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia, atlet pemotoran professional dan “Ratu Drift” Malaysia Leona Chin, penerjun kelas dunia Leong Mun Yeeserta gimnas nasional Farah Ann. Setiap dari invidividu ini telah menyumbangkan beberapa item peribadi untuk dijual di Carousell, di mana hasilnya akan disalurkan untuk tujuan amal.
“Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih dari apa yang diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan. Dengan kempen #MYLocalWira, kami bekerjasama dengan beberapa individu hebat dengan menjual item pra-suka mereka di Carousell dalam satu tindakan mulia ‘memberi semula’ kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka bertahun-tahun lamanya. Kami juga mengharapkan peminat akan mendapati betapa bermaknanya untuk memiliki item peribadi yang memainkan peranan penting dalam karier hero mereka. Dengan #MYLocalHero, kami memberikan penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah membanggakan kita semua, dan seterusnya berharap contoh yang diberi dapat memberikan inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,” jelas En Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Malaysia, Carousell Malaysia.
Hasil kutipan penuh dari jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan untuk Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpul olehr organisasi ini terutamanya adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, dan hasil daripada #MYLocalWira akan menyokong perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.
Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia
Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell; setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my, di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.
It's good to support malaysian products!
ReplyDeleteA good campaign boleh bantu ibu or ayh tunggal di sana.
ReplyDeleteTerbaik... Kempen yang sangat membantu.
ReplyDeleteNice sangat ni.. Item2 yg terjual dan hasilnya mereka salur pada yg memerlukan.. So good
ReplyDeleteBagus kempen macam nie dapat bantu dan beramal..
ReplyDeletenad kadang beli barang dekat carousel juga..wah boleh cek tengok ni
ReplyDeleteRabia tak ada akaun carousel ni
ReplyDeleteNanti kena download aplikasi carousel ni
ReplyDeletewahh bestnye.. bagus sgt ada kempen cmni..
ReplyDeleteWah best nyer, i got the app nanti i check out what product nak beli
ReplyDeleteAkak suka CAROUSELL...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com