Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser - Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Bila jerebu ini, kulit muka mummy lain macam sket lah ! Berpasir (macam jerawat kecil keluar) dan cepat gatal. Nasib baik mummy jumpa pembersih yang boleh menghilangkan 99% bahan pencemar^ mikro dan mengembalikan keserian kulit mummy. 

Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser




Pencemaran Udara ! Jerebu ! Mummy Guna Pembersih Muka Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser ! Korang tahu tak, pencemaran seperti jerebu dan lain-lain pencemaran ini boleh memberi kesan tak bagus pada kulit muka kita yang sedang terdedah ini. 

Gaya hidup bandar ada kebaikan dan keburukannya, namun apabila ia berkaitan dengan kesihatan kulit kita, keburukannya melebihi kebaikan. Hidup di bandar ini mendedahkan kulit kita kepada serangan luar yang agresif dan salah satu ancaman paling serius ialah pencemaran udara. 

Sumber-sumber umum pencemaran udara termasuk asap diesel atau kenderaan yang menggunakan petrol, loji kuasa dan kebakaran terbuka. Malah di dalam rumah pun, kita tidak selamat dari bahaya pencemaran udara: merokok, dapur gas, wasap cat dan produk pembersihan rumah juga menyumbang kepada kebimbangan terhadap kebersihan udara. 




Dan, palin tak bagusnya. Oleh kerana pendedahan berterusan terhadap udara berkualiti rendah yang dipenuhi dengan bahan pencemar mikro, kulit kita mengalami kehilangan lembapan sebanyak 60% selepas hanya 7 hari!




Salah satu bahan cemar yang merosakkan kulit ialah Bahan Zarahan (Particulate Matter, PM). Kajian menunjukkan bahawa mana-mana PM dengan diameter 10 mikron atau kurang (≤ PM10) boleh menembusi kulit, menyebabkan masalah kesihatan yang serius, dan salah satu musuh terbesar kulit dalam lingkungan ini adalah PM2.5.





Isu ini amat membimbangkan bagi penduduk bandar - menurut hasil kaji selidik yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di lebih daripada 4,300 bandar, hanya 20% daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan dengan tahap PM2.5 yang boleh diterima!

Zarah PM2.5 adalah 20 kali lebih kecil daripada pori-pori manusia, membolehkannya menembusi dengan mudah hingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Memandangkan PM2.5 itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dilihat dan menjejaskan kulit kita termasuklah: kekeringan, kulit kusam yang disebabkan oleh pengurangan kolagen, gejala jerawat, pigmentasi dan bintik gelap, garis pramatang dan kedutan dan masalah kulit yang lain.





Neutrogena® memperkenalkan cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan 99% bahan pencemar mikro PM2.5^ sambil mengembalikan seri kulit! Ambil langkah pertama ke arah kulit yang lebih sihat, lebih bersih dengan pembersih Neutrogena® Deep Clean®, Foaming Cleanser, pembersih pertama yang berasaskan gliserin tulen* yang terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.9% kotoran dan bendasing dari kulit!



Menampilkan formula kawalan minyak yang tidak mengeringkan, pembersih berbusa ini menghasilkan buih yang kaya berkrim yang sampai ke dalam liang-liang pada kulit dan mengeluarkan bendasing seperti kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Sinar dan minyak di permukaan kulit dikurangkan sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi. Manfaat daripada bahan utamanya, gliserin tulen, yang menyubur dan menghaluskan kulit menjadikan wajah kelihatan bebas cela, segar dan sihat berseri.

Lembut dan tidak merengsakan, gliserin adalah pelembap yang kuat yang menarik kelembapan dari persekitaran untuk mengekalkan kulit supaya sentiasa terhidrat. Menurut pakar, Gliserin meniru faktor pelembap semula jadi kulit (NMF) yang menjadikannya sangat sesuai untuk semua jenis kulit - walaupun pada kulit berminyak/kombinasi atau bermasalah! Manfaat lain Gliserin termasuk: mengurangkan kekasaran kulit, membantu melindungi kulit dari kerengsaan alam sekitar dan menguatkan halangan kelembapan kulit.

Untuk ketenangan fikiran, pembersih Neutrogena® Deep Clean® juga tidak komedogenik, bebas minyak dan telah diuji oleh pakar dermatologi.


Pembersih Neutrogena® Deep Clean® (RM19.90, 100g) boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara. Anda juga boleh membeli dalam talian melalui kedai rasmi Johnson & Johnson di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Neutrogena® atau ikuti Neutrogena Malaysia di Facebook www.facebook.com/myneutrogena .

^berdasarkan kajian keberkesanan klinikal ke atas zarah PM 2.5’
* Berdasarkan produk bilas yang dipasarkan dalam Neutrogena® mulai 2007 – 2017.


7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. kulit muka juga perlu dijaga daripada pencemaran udara ni kan kak. rasanya tak pernah guna lagi brand neutrogena ni

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar brand neutrogena nie katanya best.. bila musim jerebu macam nie memang kena extra care..

    ReplyDelete
  3. Tahu tapi tak pernah try produk ni kak. Nampak bagus jugak Neutrogena ni. Yela beli jerebu ni faham2 jelah kulit muka kita macam mana kan

    ReplyDelete
  4. Sekarang jerebu ni kulit pun banyak habuk. Kena jaga elok2 kan

    ReplyDelete
  5. x pernah dgar lagi pasal pencuci muka nie

    ReplyDelete
  6. Eh Lama x guna brand ni. Agak famous dulu kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post