DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS TSB 2019 - Alhamdulilah anak-anak dah abes periksa. Hehe periksa lah sangat ye ! Apa pun, alhamdulillah majlis penyampaian hadiah pun dah berjalan dengan lancar. Tahun 2019, sekolah TABIKA KEMAS anak kami ini buat sekali harung untuk majlis penyampaian hadiah akademik, sukan dan family day. Penat ! Tapi, bila tengok kids are happy. We as parents turut rasa hilang pada kepenatan yang ada !
DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS 2019
Post entri kali ini DHIA DAN DZAL PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS 2019 bukanlah satu kebangaaan bagi kami as parents. Yes, perjalanan mereka masih panjang dan sangat panjang. Cumanya..macam biasalah segala mak nenek memori kami sekeluarga memang mummy abadikan dalam blog. Senang nak recall dan complete jalan ceritanya. Lagi pun , blog mummy ni ala-ala diari.
Dzal Aidi Fiqry
Kami as parent. Tak pernah meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk anak kami. Belajar? Normally memang tak paksa dorang belajar pun, unless kalau dapat complaint dari cikgu. Macam si Dzal ini, awal tahun persekolahan nangis bila kena banyak tulis dan warna. Penat tangan katanya ! So, mummy terpaksa cari jalan Dzal suka mewarna. Belikan macam-macam jenis color (pencil, crayon, dan lain-lain).
Dan, Dzal ni suka layan PUBG ! Hahaha..ikut daddy dia lah tu. Mummy tak kisah jugak, as long as jangan 24 jam main games !
Untuk membaca, Dzal masih merangkak lagi. Ye lah kan, 5 tahun. Eh..tapi Dhia dulu 5 tahun dah lancar membaca. Risau jugaklah ! Tapi, cikgu kata normal.
Sebelum periksa aritu, memamg mummy one to one dengan cikgu. Sebab risau Dzal ni banyak main ke banyak berangan kat sekolah. Selalu buat muka blur....hahaha. Dah macam pelawak dah mummy rasa. Dan, kalau Dzal buka mulut dan cara bercakap pun dah buatkan orang lain gelak sakan.
Cikgu beritahu mummy, susah nak cakap dan susah nak buat keputusan macam mana Akademik Dzal. Cikgu suruh mummy tunggu je result exam Dzal. Dari periksa ni, barulah cikgu dapat menilai tahap anak muridnya.
Mummy berdebar sangat masa minggu exam, tapi mummy bukan suka push bab belajar. Takut anak-anak rasa bosan dan satu paksaan bagi dorang. Terpulang diri dorang jugak lah.
Setiap malam, mummy akan tanya. "nak baca buku ke?" "nak mewarna sama mummy ke?" . Kalau Dzal tunjukkan positive sign, mummy dah cukup happy. Dan teruskan sesi pembelajaran.
Dhia Batrisya
Alhamdulillah dah fasih baca buku English. Banyak belajar di sekolah dan banyak berlatih sendiri aje ! Mummy tak sempat nak monitor 24jam 1 to 1 dengan Dhia.
BFF, tahun depan ada 1 org kwn Dhia tak sama sekolah dengan Dhia
Memori bersama kawan ! Last year di zaman tadika
Moga persahabatan berpanjangan !
Dhia tak sama macam Dzal. Biasalah pempuan ni... rajin dan multi tasking. Betul tak wahai kaum HAWA ? :) hahaha
Dan, mummy tak meletakkan harapan juga pada Dhia. Biasalah, budak-budak sekarang semua bijak pandai dah. Lelagi Pelajar perempuan, memang semua bijak dan pandai.
As long as, Dhia pandai baca, mengira, menulis. Mummy dah happy dah.
Keputusan periksa
Yes, minggu exam habis. Masa ni, mummy tak ada tanya cikgu pun tentang result anak-anak. Hormat keputusan cikgu dan menanti je hari penilaian (anugerah akademik)
Cuma ada bertanyakan sahaja pada anak-anak . Macam mana dengan exam. Dhia macam biasa, jawapannya OK je.
Dzal pula jawab, tak OK, dengan selambanya hahaha. Budak ni memang suka buat selamba dengan muka blur dia. Dalam hati kami suami isteri.. "erm.. Koyak lah result exam Dzal ni"
Alright..hari sukan, hari keluarga dan hari penyampaian hadiah akademik dah berlangsung.
Hari yang mendebarkan mummy dan daddy. Apalah nasib anak kami. Di tangga manalah pencapaian mereka.
Tup tup...
Dhia Batrisya mendalat anugerah cemerlang pelajar 6 tahun (2019) kelas pagi. Bukan itu sahaja. Dhia juga terima anugerah cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Matematik
Yang paling mummy dan daddy terkejut. Dzal juga merupakan pelajar cemerlang 5 tahun untuk tahun 2019 kelas pagi. Serta cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu juga untuk 5 tahun. Huhu.. Anak lelaki ni suka bagi surprise, ke? Memang Dzal ni, banyak nau surprise dia!
Sama pulak, anugerah yang di terima oleh Dzal dengan kakaknya. Padahal kertas periksa 6 tahun dan 5 tahun tak sama.'
Masa penyampaian hadiah, bila nama Dzal di panggil. Dzal masih blur, hahaha 3-4 kali cikgu panggil. Dah semua gelak. Padahal duduk depan tu !
Gitulah Dzal ni, ada bakat raja lawak ke hape ntah !
Banyak hadiah dorang dapat . Dari anugerah pelajar, hadiah hari sukan dan lain-lain.
Mummy cukup berterima kasih pada semua cikgu-cikgu di Tabika KEMAS TSB. Insyaallah Dzal akan bersekolah 6 tahun di Tabika KEMAS yang sama. Insyaallah
Mummy masih ingat masa mummy buat entri blog dan post di FB tentang nak sekolah kan Dhia di Tabika KEMAS. Ramai tak setuju. Kerana Tabika KEMAS sekolah makan, sekolah main je ! Tak belajar pun ! Bagi mummy senang je, masih awal nak judge. Kita bagi je sekolah KEMAS dulu.
Dan tujuan, mummy buat entri ini adalah nak beritahu pada semua. Tabika KEMAS masih relevan . Mummy pun tabika KEMAS juga masa berumur 6 tahun hehehe.
Dan tujuan, mummy buat entri ini adalah nak beritahu pada semua. Tabika KEMAS masih relevan . Mummy pun tabika KEMAS juga masa berumur 6 tahun hehehe.
wah tahniah celever girl dhia dan clever boy dzal
ReplyDeletetahniah dhia & dzal...pelajar cemerlang...mcm2 adiah dpt tu
ReplyDeletetahniah ya anak-anak. Semoga makin berjaya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Dhia dan Dzal.. semoga terus cemerlang.. Aamiin..
ReplyDeleteTabika KEMAS masih releven.. Cuma rezekilah dapat guru yang bersemangat mengajar anak-anak.. Sebab tu kena hantar dulu baru tahu..
Tahniah Dhia dan Dzal... Alhamdulillah... hebat-hebat anak Kak Azlin...
ReplyDeletewah,Alhamdulillah...
ReplyDeletetahniah²...moga terus cemerlang di masa akan dtg..:)
Tahniah Dzal & Dhia...seronok anak- naka dapat hadiah kan...bagus la sekolah diorang buat kat luar kat PD plak tu
ReplyDeleteTahniah Dhia dan Dzal.. semoga terus cemerlang ya nak..
ReplyDeletetahniah dhia dan dzal..banyak dpt hadiah ye
ReplyDeleteTahniah Dhia dan Dzal...tahun depan ank kita pula nak masuk sekolah tadika, tak tahula macamana nnt.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com