FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama peram FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON entri dalam blog. Gambar bukan main banyak, lambat update tu.. Sebab nak kena letak watermark. Bukan kedekut,  sesebelum ni, gambar kami untuk trip bercuti  kadang-kadang tak larat bubub water mark. Tapi, belajar dari sesebelum ni.. Gambar kami bercuti ke Taiping, sakan admin FB Taiping Zone cilok. Banyak jugak lah huhuhu. So, bila nak buat entri jalan-jalan ni, mummy lebih prihatin. Lelagi bila trip tu kita pakai duit kita sendiri. Ehemm, kalau sponsor trip tak apa lah juga, kan (eh, ada yang nak sponsor ke??). Okay sebelum mummy melalui lebih lama. Jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang menarik di Rumah Terbalik Port Dickson 

Kami ke sini, sebab sekolah anak-anak kami buat hari sukan, family day di PD. Sebelum bertolak balik ke KL. Daddy ajak singgah 1 tempat sahaja di PD. ye lah, memasing dah penat. Tak larat nak berjalan dah, dok fikir rumah dan nak rehat aje. 



Seram tak, hahaha bebaru ni mummy letak kat FB. Ramai cakap seram, bila tengok gambar ni. Macam real katanya. 

Yup, memang dasyat tau arts dalam Rumah Terbalik Port Dickson (PD) ni. Amazing... dengan karya yang ada dalam ni. 

Pandai posing, camera pun on point . Memang Hasilnya superb! 

GAMBAR FAMILY KAMI DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON



Ni semua gambar sekeluarga kami, alhamdulillah staff di Rumah Terbalik PD ni semua bagus-bagus. Siap tolong ambil kan gambar. 

Ada juga juru gambar yang professional akan datang dan ambil kan gambar. 

Cumanya, kami tak beli pun. Harga boleh tahan lah macam biasa. Tapi, bila memikir kan gambar dalam phone pun dah beratus. Rasanya, cukup lah kot. 

Tak perlu beli lagi


Huhu cantik tak dapur kami... 


Living hall ke kononnya 





Sesekali kita romantic lah laki bini, bukan selalu bergambar sweet-sweet gini kan. Hehe




Adegan dalam jamban pun layannnnn



Rumah Terbalik PD ni 2 tingkat. Tangga untuk naik tingkat atas pun punya lah lawa... Design keyboard. 




Tingkat atas lebih kepada 3D, 4D arts. Memang teruja mummy tau. Sebab pandai pusing kamera, pandai ikut skill (ada Contoh dan tips di berikan) memang gambar akan nampak tricky. 




Manjat, Jangan tak manjattt


Pam. Kasik kuat, Dhia.. 


Rumah mini super cute


GAMBAR DADDY DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON




Daddy in action.. Terbang ke tu, b haha



Amboi, kepak sakat naaaaa.. 



Yeah... Dah kurus.. 


Buka pintu ke tahan pintu, tuuu



Cita Cita nak jadi gimnas hahaha



Cita Cita nak jadi spiderman kaaaa

GAMBAR ANAK-ANAK DI FAMILY TRIP 2019 KE RUMAH TERBALIK PORT DICKSON


Dhia pulak, mummy as usual photographer yang berjaya hahaha. 






Memasing tak lepas kan peluang untuk posing. 



Spider girl ke tu haha



Hantussss



Dah kenapa tu... 



Dzal dan Daim pun posing gak



Jom makan depa hahaha



Cute rumah ni, suka sangat


Dah... daddy anak beranak pulak in action


Mummy ada beberapa je gambar, malas nk posing. Kang 20x snap tak jadi. Mampuih daddy ajak balik teruih kang haha

Daddy bayar masuk sini, so mummy jadi photographer pun.. Mummy ok je





Titanic katanya... 






Ops..kerusi patahhh



Inject, jgn tak inject








Rumah hantussss... Serammmnya... Haha


Berapa harga masuk ke Rumah Terbalik Port Dickson ni? Harga masuk ke sini, boleh tahan lah. Tapi, berbaloi sangat-sangat. 

Korang boleh tengok hasil seni dalam ni. Amazingggg

Tiket Masuk Rumah Terbalik Port Dickson


Warganegara Malaysia Dengan Mykad
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15
Warga Emas: RM 15

Bukan Warganegara
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak : RM20
Warga Emas : RM 20

Waktu operasi : Setiap Hari, 9 pagi - 10 malam

Rumah Terbalik
Alamat
Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan





12 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. terkejut tengok gambar mummy yang first tu.. hahaha.. kus semangat..

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya Linda rumah terbalik kat PD nie, harga pun okay sangat..

    ReplyDelete
  3. Akak dekat pun tak pernah masuk sini lagi...eh..nak pergi la nanti bawak anak dara tu ha..dia suka la bab2 ni....kalau kami berdua confirm beribu gambar dalam ni...murah je tiket masuk dia..

    ReplyDelete
  4. Menarik tempat ni. Nanti bila balik kampung bolehlah singgah.

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya.. akak x penah sampai lagi sini

    ReplyDelete
  6. kita dok seremban yg kerap ke pd ni pun tak pernah sampai lagi ke sini

    ReplyDelete
  7. wah..bestnya..kna g jgk ni..:)

    ReplyDelete
  8. masuk rumah ni memang sakan berposing. seronok bergambar sebab ada macam² benda menarik. Lagi² terbalik tu

    ReplyDelete
  9. menariknya..tak tau plak kat PD ada rumah terbalik..interesting..dekat je..kot bosan2 tak ada menda nak buat time cuti2..boleh ajak en.asben ke sini...

    ReplyDelete
  10. Pernah pergi sini memang best ambik gambar dekat sini... Anak-anak Mummy pandailah buat aksi he he he

    ReplyDelete
  11. Erm saya yang duk PD pun tak terjejak kaki kat sini kak. Best jugak tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post