ANAK KAMI TAK CUKUP TINGGI? PENDEK? BANTUT? KETOT? - Assalamualaikum dan selamat pagi ! Pejam celik, pejam celik dah nak menghampiri cuti sekolah dah, kan ! Sekolah anak kami pun dah konvo. Tapi, jadual persekolahan masih lagi berlangsung. Walaupun sudah selesai majlis konvokesyen. Bila buka cerita bab sekolah, mummy nak share entri kali ini tentang isu ketinggian anak. Kadang-kadang mummy rasa anak kami macam tak cukup tinggi. Betul ke anak kami tak cukup tinggi? Pendekkah anak kami? Bantut? Ketot? Anak korang macam mana? Ada perasan macam mummy rasa anak tak cukup tinggi , tak?
ANAK KAMI TAK CUKUP TINGGI? PENDEK? BANTUT? KETOT?
ANAK KAMI TAK CUKUP TINGGI? PENDEK? BANTUT? KETOT? Okay, sebelum mummy cerita lanjut tentang perihal ketinggian anak kami. Mummy faham, parents yang mempunyai anak akan lebih tertumpu pada anak. Tak kiralah kesihatan, pakaian dan juga tumbesaran anak. Ibu bapa kepada anak-anak tidak sama kehidupannya dengan ibu bapa tanpa anak. Perkara ni, mummy dah rasakan pada tahun pertama perkahwinan kami. Memang tak sama! Bila ada anak ni, concern mummy dan priority mummy hanya lah untuk anak! Macam sekarang ni lah ! Sibuk nak kaji adakah ANAK KAMI TAK CUKUP TINGGI? PENDEK? BANTUT? KETOT?
Alhamdulillah, kini kami sudah memiliki 3 orang cahaya mata. Dhia berumur 6 tahun, Dzal 5 tahun dan yang bongsu Daim berumur 2 tahun.
Anak pertama dan kedua mummy, Dhia dan Dzal dah bersekolah. Dalam ramai-ramai pelajar di sekolah, macam biasalah, kita mak pak ni, suka buat comparison dengan anak orang lain. Sering bertanyakan pada diri sendiri adakah ANAK KAMI TAK CUKUP TINGGI? PENDEK? BANTUT? KETOT?
Bukan compare untuk mencari salah silap pencipta. Dari situ mungkin kita boleh nampak di mana kekurangan anak kami dan kami cuba untuk mencari solusi untuk anak kami. Macam mana mummy boleh risau bab ketinggian anak? Pertamanya, mummy akan lihat di manakah kedudukan anak kami ketika berbaris. Adakah di paling hadapan (sebab rendah), di belakang sekali (sebab tinggi) atau berbaris di bahagian tengah.
Dari segi fizikal dan ketinggian mereka mummy nampak anak kami akan beratur di bahagian depan. Tetapi, bukan yang paling depan.
Agak risau juga bila fikir kan bab ketinggian. Mummy pun, agak lama tak bawa mereka timbang berat dan tinggi. Huhu.
Kalau dulu tu, bila kami hantar kat klinik kerajaan nak dapatkan vaksin dan sebagainya, mungkin nurse atau doctor ada ambil ukuran sebab sebahagian daripada SOP saringan.
Kenapa mummy dah mula risau?
Mesti korang nak tahu, kan?
KENAPA RISAU BAB KETINGGIAN ANAK?
Kenapa mummy risau bab ketinggian anak? Okay, sebenarnya jika anak-anak tak berapa tinggi, ianya bukan sekadar ketinggian sahaja, tapi ianya juga ada kaitan dengan kesihatan. Antara risikonya, mudah mencapai BMI yang tinggi.
Berat, kemungkinan kita anggap macam normal. Tapi.. jika rendah berbanding pelajar yang sama berat tu. Tentu lah, yang rendah akan mencapai BMI yang tinggi kan?
Bukan itu sahaja. Kalau dia antara yang paling rendah, kadang-kadang kita mungkin risau kalau dia kena buli kat sekolah. Betul, banyak juga pelajar yang kecil molek tapi bijak pandai, tapi kadang-kadang keyakinan dia dalam sesetengah aktiviti macam bersukan mungkin terjejas juga.
Kita sebagai mak pak ni mestilah nak yang terbaik buat anak-anak kita, kan? Lagipun mereka hanya akan lalu proses membesar ni sekali seumur hidup je. Jadi, kalau kita boleh tolong pastikan mereka tak ketinggalan daripada segi ketinggian, rasanya itulah yang terbaik, kan?
Sebenarnya tumbesaran dan ketinggian ni ada banyak faktor dia. Antaranya genetik, tapi kalau kita jaga anak-anak kita dengan elok, insyaAllah ada potensi untuk jadi lebih tinggi sikit daripada kita.
Pemakanan ataupun ‘nutrition’ pun memainkan peranan. Kat sekolah sekarang ni pun dah tak dibenarkan jual kopi atau teh kat kantin sebab boleh mengganggu pembesaran kanak-kanak. Menu sekarang pun dah lebih sihat kalau nak banding dengan zaman kita dulu.
Faktor sosioekonomi pun penting. Golongan miskin lebih cenderung ada anak-anak kurang zat makanan. Diorang mungkin tak dapat zat yang penting untuk membesar.
Akhir sekali, kalau kita dah jaga semua tu pun, masih ada kemungkinan dia pendek sebab ada masalah daripada segi hormon. Kalau ada kekurangan hormon tumbesaran tertentu, anak kita mungkin tak dapat membesar secara optimum.
Jadi sebenarnya penting untuk kita mak pak ni untuk pastikan kita ukur ketinggian anak-anak kita dari semasa ke semasa. Bila kita suspek mungkin dia ketinggalan, kita boleh buat sesuatu untuk tolong atau cari jalan penyelesaian.
Mummy agak gembira sebab dapat jemputan untuk hadir ke majlis pelancaran satu mobile app yang boleh tolong ibu bapa untuk ukur tinggi dan plot atas graf ketinggian. Lebih mudah kita nak monitor tinggi dengan growth chart anak-anak kita.
Bila kita nak jumpa doktor untuk dapatkan nasihat, data yang kita save dalam app ni mungkin berguna kepada doktor jugak.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang app ni, nanti mummy akan update dan share dalam Instagram macam mana nak download dan guna.
kalau anak sulung ammi dari umur dia 4 tahun dia mmg asyik jelah dpt barisan belakang. tinggi melangkau usia org kata. skrg ni baru djh 5 tp dah lebih tinggi dari amminya. redha.
ReplyDeleteyg kedua dia mmg kategori "small baby" kata doctor sejak dr perut. tp tgk skrg ni takde mananya nak small. semakin menembun dan tinggi pun lebih kurang kawan2nya je.
Anak-anak SHa setakat ini berada pada ketinggian normallah.. Tak tinggi sangat tak rendah sangat.. Yang kecik dulu memang mulanya nampak agak rendah tapi sekarang nampak okay..
ReplyDeleteMacam mummy cakaplah kalau ke klinik lebih details mereka check.. ketinggian dan juga berat..
Ala kak biasalah tu kan ketinggian anak anak kalaubrendah. Anak lelaki selalunya bila diorang baligh memang tinggi kalah kita yang perempuan. Anak perempuan kalau rendah nampak comel apa.
ReplyDeletesama lah, dulu pun memang muka dekat bahagian depan bila berbaris. Kalau lompat tinggi tu memnag surrender dulu
ReplyDeleteJangan risau Linda..nanti sama macam kakak Dania...dah akil baligh terus meninggi...tumbesaran dia normal takpe..
ReplyDeleteSamalah mcm anak nad fariza... Ramai kata kecik.. Hehee.. Tapi takpe.. Kita sebagai mak pak akan pastikan dia membesar.. Hehehw
ReplyDeleteLelaki biasanya akan bertambah tinggi lepas dorang akil baligh, time tu dah jadi adik lelaki lebih tinggi dari kakak dia
ReplyDeleteAnak saya yg kembar sulong pn saiz lebih berbanding usia darjah 2. Sebab masuk umur 1 tahun, saya bagi multivitamin 😁
ReplyDeleteAnak ketiga yg umur 4 tahun pun lebih saiz berbanding kawan2 dia.
Alhamdulillah sihat walafiat 🙂
tinggi ke pendek ke...yang penting dia sihat dan cukup makan....kadang-kadang dah macam-macam bagi makan..tak tinggi-tinggi gak...berat tak naik-naik gak. pergi klinik siap check darah, najis semua benda bagai...semua ok...maka redha lah....belum masa untuk dia capai ketinggian yang sebenar.
ReplyDeleteanak2 aida alhamdulillah, normal.
ReplyDeletememang ada check up secara berkala, alin.
if diorang demam, surely aida akan buat cek darah, cek berat tinggi.
sgt nak tahu yg diorang adalah normal and ok.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com