PEMOTONGAN LEBIH LANCAR DENGAN WD-40® Specialist™ Multi-Purpose Cutting Oil

Untuk pemotongan lebih lancar dan mudah, cubalah WD-40® Specialist™ Multi-Purpose Cutting Oil - Bila kita memotong tak kiralah secara manual ataupun automatik, kalau pisau atau alat pemotong tu tak tajam. HAiiih rasa geram kan ! Nampak tak smooth je, sakit mata, jiwa dan raga.

Kalau korang nak tahu untuk pemotongan lebih lancar dan mudah, mummy suka gunakan WD-40® Specialist™ Multi-Purpose Cutting Oil. Serius mudah je nak memotong, hasil potongan pun sharp ! Tajam !

Untuk pemotongan lebih lancar dan mudah, cubalah WD-40® Specialist™ Multi-Purpose Cutting Oil


Apabila menyebut tentang menyiapkan sesuatu kerja - sama ada menggunakan tangan atau mesin - rintangan yang paling sedikit selalunya dipilih bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan maksimum. Begitu juga dalam kerja logam, di mana minyak pemotongan sering digunakan untuk memperlancarkan prosesnya.



Bagi mereka yang sering bekerja dengan logam, WD-40® Specialist ™ Multi-Purpose Cutting Oil dianggap sebagai pembantu penting kerana ia bukan hanya membantu menyejukkan peralatan dengan mengurangkan haba terkumpul dan geseran, ia juga membantu dalam kerja pemotongan itu sendiri - membuat pemotongan menjadi mudah dan stabil - sambil mengelakkan alatan daripada haus dan menjadi kusam terlalu cepat.

Bagi mereka yang tidak mengenali istilah 'minyak pemotongan’, ia adalah sejenis pelincir merangkap penyejuk yang direka khas untuk peralatan memotong dan penggerudian.

Tetapi apa itu rangkaian WD-40® Speacialist™? Nah, ini adalah rangkaian yang dibangunkan oleh WD-40® untuk menjadi produk penyelenggaraan terbaik dalam kelasnya untuk memudahkan tugas tertentu. Rangkaian ini bukan sahaja terbukti berkesan dalam beberapa ujian makmal bebas, tetapi juga mengatasi pesaing terkemuka dalam ujian prestasi standard ASTM (American Society for Testing and Materials).

Inilah sebab mengapa selain produk pelbagai gunanya yang terdapat dalam tin berwarna biru diraja dengan lambang kuning dan penutup merah, WD-40® juga dikenali dengan rangkaian Specialist™, terutama di kalangan pakar-pakar.

Dan WD-40® Specialist™ Multi-Purpose Cutting Oil telah direka khusus untuk meningkatkan prestasi dan memanjangkan hayat peralatan memotong dan penggerudian, seperti mata gerudi dan pisau pemotongan. Ia sesuai digunakan pada sebarang jenis logam (besi atau bukan besi) dan sama ada komponen keluli tahan karat atau titanium, kedua-duanya logam pilihan untuk pembuatan peralatan dan jentera dalam industri.

Minyak pemotongan berfungsi dengan menghalang lekuk dan pertautan logam, sementara ia melincirkan bahagian mekanikal peralatan anda, iaitu mengurangkan haba dan kerosakan yang disebabkan oleh geseran pada bahagian-bahagian ini. Dengan berbuat demikian, ia mengurangkan tork pemotongan dan secara langsung meningkatkan kecekapan kerja pemotongan.





Dengan menyambungkan penyedut, produk boleh diarahkan ke kawasan yang tepat yang memerlukan pelinciran, seperti mata gerudi pada gerudi lantai atau apabila membuat alur pada lubang.

Reka bentuk pintar dan formulasi yang handal menjadikan WD-40® Specialist ™ Multi-Purpose Cutting Oil sesuai untuk digunakan dalam banyak industri dan perniagaan pertukangan logam, termasuk bengkel otomotif.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakar kecil ini, layari https://wd40.asia/products/wd-40-specialist/wd-40-specialist-multi-purpose-cutting-oil hari ini.

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post