FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?

FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? FROZEN 2 TAK BEST ! FROZEN 2 Ada aksi tak sesuai untuk kanak-kanak? Huh, terkejut mummy tau ...bila terbaca tentang kutukan FROZEN 2 di Facebook beberapa hari selepas FROZEN 2 di tayangkan (22 November 2019). Walau hakikatnya, mummy tak percaya semua itu. Sebab pandangan orang berbeza. Mummy pulak, sejenis kalau tengok wayang cerita apa pun mummy rasa best. Setiap cerita ada point tertentu. Kena pandang dari pelbagai sudut. Takkan semua cerita nak ikut plot yang sama je ! Bosan !

jumpa prop Ejen Ali je...

Filem FROZEN 2 kali ini, kami memilih ke TGV Encorp Damansara. Tiket untuk FROZEN 2 ni, kami dapat FREE je. Kami laki bini tebus tiket PERCUMA dari AIA Vitality. Jimat banyak, alhamdulillah ! Tinggal beli pop corn set je lah dalam RM20++ di TGV

Daim pelik, anak siapa lah nak masuk bergambar sekali hehehe. Dia je.. pulak tu yang tengok kamera hehehe

FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?


Berbalik kepada filem FROZEN 2, baru-baru ini..mummy sekeluarga dapat tunaikan janji untuk bawa anak-anak tengok wayang FROZEN 2. Kitorang marathon untuk tengok filem Ejen Ali The Movie sekali. Senang, one shot terus. Kami laki bini pun, setiap hujung minggu bukan 100% free. Dah alang-alang FREE, mummy suggested pada daddy. Kita marathon aje lah.

Hahaha tabiat zaman bujang mummy gini lah. Penat kerja, bila tiba hujung minggu dan tak ada plan nak buat. Keluar masuk tengok wayang aje lah ! Kali ini, perangai gila mummy ni di bawakan kembali.. Tadaaaaa haha

Daddy, asalnya dah risau. "okay ke Daim tu nanti" "kids tak bosan ke?" . Adoi daddy...dah cerita kids kan. Nak bosan kenapa pulak ! Lainlah bawa dorang tengok cerita Charlie's Angles ke...tu haruslah depa bosan, kan !

Okay, kembali pada cerita FROZEN 2. Dhia dan sepupu perempuannya HAPPY sangatlah, sebab mummy memilih untuk menonton FROZEN 2 dulu. Yang kedua, baru masuk cinema untuk FILEM Ejen Ali The Movie !

 Dorang sakan turun bawah sekali menari.  Dah habis FROZEN 2, baru naik. Nasib Daim, tidur. Kalu tak, harus join sekali

Lambat beli tiket, tak dapat seat atas. Kitorang baru balik dari kenduri sebenarnya.

Dalam wayang Dhia, Bella dan Dzal memang cukup laya FROZEN 2 ni. Siap turun bawah menari ikut lagu dalam FROZEN 2.

Sama peel dorang kalau tengok FROZEN 1 pun, ulang banyak kali untuk tiru aksi tarian frozen dan menyanyi bersama-sama.

Mummy sendiri pun terhibur ketika menonton FROZEN 2 ni, banyak aspek nilai murni dari ELSA dan Anna. Mereka sedang mencari 'kuasa' Elsa tu dari mana. Dalam itu... 

Mereka bersatu hati dalam FROZEN 2 untuk mencari satu 'bunyi' seakan-akan memanggil mereka ke satu tempat. Hint untuk mencari jawapan yang mereka ingin kan. Dalam perjalanan tersebut, ELSA dan ANNA dapat berjumpa kembali dengan 2 puak dalam satu hutan. Satu puak itu merupakan keturunan mak mereka dan satu kumpulan lagi merupakan bekas pekerja ayah mereka.

Dari hutan itu, mereka dapat lebih 'hint' untuk mencari misteri suara yang memanggil, misteri kehilangan ibu bapanya, dan siapakah datuk mereka.

Dalam pada ituu, ELSA dan ANNA berpisah sekali lagi.

Kenapa mereka terpisah? Berjayakan mereka dalam mencari misteri itu? Ha..bab ni korang kena tengok kat wayang ye !

Tak lama pun berdurasi 105 minit aje.

Keseluruhannya, FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? oh tidak sama sekali ! Memang layannnnnn...Mummy bagi 10/10 sebab anak-anak suka dan tak bosan. Dorang siap sanggup tahan kencing dalam cinema...demi FROZEN 2

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Part Anna dan Elsa bersatu hati tu memang baguslah untuk diteladani anak-anak.. Adik beradik kena saling membantu..

    ReplyDelete
  2. mummy punya sinopsis, suh masuk wayang tgk frozen ni. hehe. suspen nak tahu kenapa anna & elsa tu terpisah. pas tu bunyi misteri apa tu.

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita frozen 2 memang best.. Sebab akhirnya diorang tahu dari mana Elsa dapat kuasa kan.. Kuasa tuh bukan satu sumpahan tapi...??? Hehehe

    ReplyDelete
  4. For me...agak mengecewakan. Sebab mungkin tercompare dengan Frozen 1.Lepas tuh banyak naw lagu masa Frozen 2. And takde lagu yang betul2 meninggalkan kesan pada anak-anak. Unlike Frozen 1. Let it goooooo~~~ HAHAHA! tapi ikut masing-masing punya taste la kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post