SABUN ECO KEDAI RM2 UNTUK BASUH BAJU PUTIH SEKOLAH Dhia - Assalamualaikum & Selamat sejahtera.. Mak aii lama hilang dari radar untuk update entri. Hihihi sampai kena sound dengan Dak Mimi soh update blog instead FB haha.. OK Mimi, akk dah update ni Haa..
SABUN ECO KEDAI RM2 UNTUK BASUH BAJU PUTIH SEKOLAH DHIA
Busy yakmat dari Hujung tahun ke awal tahun. Sesak napas... Biasalah kan.. Hujung tahun ramai client kejar pakej murah. Awal tahun pulak, AIA banyak pakej baru. Training boleh di katakan hari-hari ada. Mummy? Amek training & meeting yang penting je. Banyak urusan lain. Urusan anak-anak, urusan kerja. Okay berbalik kisah sabun basuh baju putih sekolah ni.
Rasanya pernah viral satu masa dulu. Mummy memang take note. Hadam sampai anak masuk darjah 1. Bila anak masuk darjah 1, hari ke 2 mummy dah berkampung kat kedai RM2 KEDAI ECO / KEDAI SAKA tu ha.. Mencari sabun viral. Walau baju sekolah Dhia tak de lah hitam nau.. Baru 2 hari sekolah, kan. Tapi, kita kasi standby dan mencuba cuci baju taekwondo anak-anak.
Tada... Nilah sabunnya.. Sabun GANS. Ada 2 Warna sabun ECO yang bagus untuk sental dan basuh baju putih. Mummy beli kedua-dua ya. Grater / pemarut pun beli kedai Eco, senang semua khas untuk sabun. Tak mo campur dengan pemarut makanan
Memula parut halus.. Mummy campur halus kasar. Sebab nak cepat. Kang lelama.. Anak join main... Udah.. Satu hal!
Simpan dalam bekas. Untuk rendam, sental dan masukkan ke dalam mesin basuh juga.
Tapi, Blogger Nora ada beritahu dan share. Goyoh je sabun tu kat tempat yang kotor je pun ok dah!
Masuk mesin, settle! Tak payah parut. Kata Nora
Lengan baju je lah, sekarang ni yang kotor sedikit. Mungkin meja sekolah kotor sket kot. But, I'm okay.. Awal tahun mood mummy rajin sental.
Hehe.. Tunggu lah lama sket. Mau penyakit M datang melanda nanti hahha.
Feedback mummy, okay sangat. Sabun pun murah kan. Husband kata, sabun mandi biasa pun boleh pakai jugak.
Cuma, sabun mandi buku biasa tu... Mahal lah, sket. Hat ni, murah.. Jimat hehe
So, yang belum try boleh try lah ye.. Hope, ianya memudahkan lagi kerja kita menyental baju putih sekolah anak-anak 😁
Betul. Kebanyakan sabun dekat kedai ECO ni memang best. Pencuci lantai leya beli hari tu sental kuali, memang cantik bersih. Suka sangat kedai berhantu ni. Murah dan terbaik barang² dia. (Ini bukan review ye.. Ini jujur)..Hahaha...
ReplyDeleteKak Sue pun ada beli sabun yang kuning tu tapi kat mana entah simpan lupa pulak. Nanti boleh lah cuba tips Linda nie. Baru-baru nie pi lagi Eco beli hat cecair dalam botol saja nak cuba.. bau wangi sangat.. suka..
ReplyDeleteKalau pergi eco ni boleh jadi x keluar kedai..hahaha
ReplyDeletenieyl kalau pergi eco ni x tau la, jarang keluar dgn tangan kosong..hahaha..
ade saje benda yg nak di beli nya. Nieyl x pernah guna sabun ni sbb nieyl xde anak sekolah, so bju putih pun ada sehelai 2 je kak :)
wah..blh srh kakak bli ni..:)
ReplyDeleteWahh, boleh Ruby gunapakai tips ni. Ada 3 ketoi budak yang sekolah ni haa kak Lin. Hehehe.
ReplyDeleteNanti nak pergi Eco cari jugaklah.
Betul tu. Awal² tahun ni rajin lagi lah menyental, lama² M datang. Kiki. Sama dengan Ruby :)
waalaikumussalam. wah menarik sangat ni. nak kena pi cari jugak lah hari jumaat ni kat eco. hehe
ReplyDeleteHahaha.. Sebab lama nau blog akak sepi takde entry baru. Ada entry baru baru best nak blog walking. Apa apa pun faham akak sibuk. Saya pun ada baca petua nak putihkan baju sekolah cara macam ni tapi diornag guna sabun furitale tak silap saya. Ni akak dah share sbaun kedai eco, memang saya pun akan terjah jugak cari sabun ni. Walaupun baju Auni tak kotor masih bersih tapi macam akak cakaplah kena standby.
ReplyDeleteNak cuba jugalah.. macam menarik..
ReplyDeletenanti bole la cari..ni awal2 bj putih lg hehe..nanti bole standby
ReplyDeleteNanti nak cari kat kedai Eco...bahaya masuk situ kalau dalam dompet ada duit..kena bawak duit sikit je kalau nak masuk..hahaha
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com