DAY 1 : 3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN

3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama tak bercuti jauh-jauh. Baru-baru ini, kami bercuti jauh sket je...ke Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Tapi, entri ini, mummy akan tulis tentang aktiviti DAY 1 kami di BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN dulu ye. Day 2, day 3 entri yang lain. Kang panjang sangat pulak hehe. Bagi yang ada ikuti mummy di Facebook dan Instagram mummy ...tentunya korang ada terbaca dan ternampak posting mummy holidays ke Pulau Tioman ni. Kalau korang nak tahu...Pulau Tioman merupakan pengalaman percutian kedua keluarga kami. Pengalaman pertama, adalah pada tahun 2014 (lama jugak tak ke Tioman rupanya). Pengalaman pertama dan kedua amatlah berbeza, boleh baca di SINI untuk pengalaman pertama kami.


3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN

Ramai juga yang bertanyakan pada mummy,"eh Januari dah boleh masuk ke Pulau Tioman ke?" .Kalau tak boleh, macam mana kami boleh bercuti 3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN kan?  Okay, sebenarnya boleh aje masuk ke Pulau Tioman. Untuk tempat yang kami pergi ini di BERJAYA RESORT TIOMAN ni, memang tak ada masalah. Cuma pada bulan Januari ini, jeti yang beroperasi adalah Jeti di Mersing, Johor sahaja.

Untuk pengehtahuan pada kawan-kawan (readers) mummy yang belum pernah sampai ke Pulau Tioman ni. Ada 2 jeti (feri) yang boleh di naiki untuk ke Tioman. Jeti Tanjung Gemuk Pahang dan juga Jeti Mersing di Johor



Resort kami untuk 3 hari 2 malam, sebelah laut ! Tenang bunyi laut asli memalam


Bilik kami ada 1 katil king + 1 katil saiz single

As usual baju bercuti haruslah warnanya sedondon untuk keluarga kami hehehe. Kuning coklat untuk baju ketibaan gittewww


MACAM MANA NAK KE PULAU TIOMAN?

Pengalaman kami sebelum ini iaitu pada tahun 2014, kami naik feri ke Pulau Tioman dari Jeti Tanjung Gemuk Pahang

Tahun 2020 ini pula, kami naik feri dari Jeti Mersing Johor untuk ke Pulau Tioman. 

Ha..sebab apa kami tak naik feri dari Tanjung Gemuk Pahang untuk ke Pulau Tioman?

Januari merupakan monsun dan jalan dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman akan melalui kawasan laut yang agak terbuka.



Jeti yang beroperasi adalah Jeti Mersing Johor untuk bulan Januari ini. Bagi mummy, tak ada masalah pun mana-mana jeti pun sama aje ! Asalkan selamat sampai ke Pualu Tioman.





Di Jeti Mersing ni... Parking di mana? Kami parking di kawasan Mersing Harbour dan kami berjalan kaki ke Jeti Mersing je. 

Sebenarnya, kami dah bermalam (satu malam) di Mersing. Kami memang sengaja bertolak dari Shah Alam awal (5 ptg) ke Mersing sehari sebelum itu. Kerana perjalanan memakan masa 5 jam. tak nak daddy rasa penat. So, bermalam lah di Mersing. Sampai sahaja di Mersing check in sebentar untuk bermalam dan rehatkan diri sebelum ke Pulau Tioman pada keesokkan harinya.



uruskan tiket


map ke Tioman, kami akan ke Kg Tekek



Kami menaiki feri Bluewater Express. Harga untuk feri dari Jeti Mersing ke Tioman adalah :

RM35 (dewasa) sehala
RM30 (kanak-kanak 2- 11 tahun) sehala
Kanak-kanak bawah 23 bulan adalah PERCUMA



Siap ambil tiket dan bayar fi pemulihan laut RM5 seorang (wajib bayar ye), seterusnya mummy ke bahagain pengambilan boarding pass. Boarding pass tu penentu feri pukul berpaa yang kitorang akan naik. Sebenarnya, tak lama pun tunggu feri sampai.. Memang dah bersusun feri masa pagi ini. Tiket kami adalah tiket paling awal iaitu 7.40 pagi.




Seat adalah bebas, kami duduk bahagian depan, anak-anak semua duduk dengan mummy. Sebab daddy ada sket mabuk laut. Feri ke Tioman pun agak lama juga almost 3 jam (pergi) sebab feri berhenti di kawasan atas terlebih dahulu di Pulau Tioman

Yeay, sampai dah di Kampung Tekek Pulau Tioman.




AKTIVITI HARI PERTAMA KAMI DI BERJAYA TIOMAN RESORT


Holiday trip kali ini, kami memang spend 100% lakukan aktiviti dalam Berjaya Tioman Resort je. Puas hati bercuti di sini, banyak aktiviti yang ada di sediakan dalam Berjaya Tioman Resort ini. Senang ! tak perlu cari kenderaan nak keluar resort atau keluar resort untuk mencari aktiviti lain.



Sampai sahaja di Berjaya Tioman Resort, macam biasa kami menaiki van , tentunya van dari Berjaya Tioman Resort yang datang pick up kami di Jeti.





Van Berjaya Tioman Resort terus membawa kami ke lobi untuk pendaftaran. Oleh kerana kami sampai awal dalam 10 pagi. Sementara tunggu bilik ready, kami ambil angin di sekitar Berjaya Tioman Resort. Memang best, tenang je di kelilingi dengan pantai



Apa plan kami untuk DAY 1 BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN? Okay..untuk hari pertama di BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN kami ada banyak juga aktiviti. Agak full juga masa kami untuk hari pertama.

Tentatif Day 1 BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN
10.00 pagi : Tiba di Berjaya Tioman Resort
12 tengah hari : Makan tengah hari di Matahari Restaurant
1.30 petang : ambil kunci bilik di lobi
1.35 petang : tunggu van untuk ke bilik
1.40 petang : rehat di bilik
4.30 petang : picnic
6.00 petang : ATV ride
6.45 petang : mandi swimming pool
7.00 malam : balik bilik dan rehat
8.30 malam : makan malam di Restoran Cina

Cerita lengkap. Jemput baca dan ikuti gambar kami sehingga habis entri ye ! 


Matahari Restaurant untuk lunch



Pilihan makanan secara buffet. Pilihan banyak 







Bergambar di sekitar Matahari Restaurant 

Bilik dah ready. Bilik kami 246 Beach View Chalet













Bilik lengkap dengan pelbagai kemudahan, kids suka bila ada bath tub ! Itu yang depa cari dulu hehe 

while kids mandi, kita posing dulu haha

PICNIC TIME !


Nak picnic / nak kena ke lobi terlebih dahulu untuk ambil foods dan barang picnic. Untuk ke lobi, macam biasa lah... Kena call van pick up kami dari bilik

Sementara nak tunggu van datang jemput dari bilik terlebih layan kids main pasir . 

Hahaha kemahen, macam raja siap berhantar, berjemput. Inilah istimewanya BERJAYA TIOMAN RESORT !

Kids nak main pasir dulu, pasir bersih memang mummy no hal. Main lah , anak !


Thank you Dhia, ambilkan gambar mummy daddy !



Ready for picnic, masa ni air laut surut. Tapi, tetap cantik... 




Syiok amek gambar, monkeys sedang perhatikan kami haha. Perhatikan foods sebenarnya... 


So, picnic lelaju gamaknya hehe


Ni adalah set picnic kami. Amek set untuk family terus






Sorang satu set (1 kotak) u tuk Ayam, sausages, fruits, sandwiches. Kenyang sampai esok pagi hehe

ATV RIDE


Masa untuk ATV, sambil naik ATV sambil layan sunset.. Memang best! 




Full video ATV ada di YouTube. Pengalaman paling best kami sekeluarga sebanarnya. 

1st time buat ATV ride beramai-ramai, memula risau juga sebab nak kena bawa anak. Kalau bawa sengsorang, jatuh ke apa ke. Tak pe... 

Kalau bawa anak, terjatuh ke apa.. Fuh! Nayaaaa

Alhamdulillah selesai bawa dengan jayanya


Sempatkan masa, untuk bawa kids layan swimming pool sebelum Maghrib. 

Selepas Isyak, aktiviti makan malam di Restoran Cina - Xuan Restaurant 





Layan jus, sup.. 


Sup paling famous kalau ke mana-mana restoran Cina


Tauhu.. 



Pan kek. Paling sedap! 



Sayuran


Nasi goreng 


Beef Black pepper 


Kenyang...


10 malam, terus balik bilik. Lepas 10 malam perkhidmatan van hantar ke Chalet dah tak ada. 

So, nak tak nak, 10 malam kita balik lah ke bilik hehe

Rehatkan diri, dan prepare mental dan fizikal untuk beraktivi hari kedua pulak. 

Apa aktiviti kami hari kedua di Berjaya Tioman Resort? 

Bab tu, kena stay tune entri blog mummy ye! 


Berjaya Tioman Island Resort
26800 Tioman Island, Pahang
Tel: +6094191000
Email: tioman.rsvn@berjayahotel.com


12 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Wah, bestnya Tioman! Nak masuk dalam wishlist :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya. Hari pertama je dah penuh aktiviti. Saya pun belum pernah jejak kaki kat Pulau Tioman ni kak.. In shaa Allah ada rezeki nak jugak datang sini

    ReplyDelete
  3. wow. best nyer aktiviti sekeluarga.
    having great time together, kan.
    aida lom lagi ke tioman, alin.
    one day...

    ReplyDelete
  4. saya pun suka Tioman baru sekali la pergi sebab saya rasa perjalanan tu jauh.. especially nak naik boat. Berjaya memang one chain yang dah terkenal jadi service diorang pun tiptop. puas hati duduk situ. memang menarik sangat dan cantik.. bila nak pergi lagi tu tataula hihi..

    ReplyDelete
  5. Bestnya Linda.. Kak Sue last pi Tioman masa belum kawin.. puluhan tahun dah pun..

    ReplyDelete
  6. seronok tengok percutian family Mummy, inilah family time namanya...pantai memang cantik dan hotel yang diduduki pula nampak sangat selesa, Moga sy pon dapat pergi bercuti bersama keluarga juga nanti..

    ReplyDelete
  7. Wow nampak cantik...boleh saya plan dah...

    ReplyDelete
  8. Tak sampai lagi Tioman.. tak tahulah tahun bilanya akan sampai.. sha mabuk laut..

    ReplyDelete
  9. Bwstnya dapat bercuti satu family macam ni..

    ReplyDelete
  10. wow menariknya. tak pernah sampai pulau tioman lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post