DAY 2 : BERCUTI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI

DAY 2 BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ajommm kita sambung balik kisah percutian kami di Pulau Tioman Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Untuk cerita tentang percutian kami pada hari pertama, korang boleh baca di SINI ye ! Bagi yang ada ikuti mummy di Facebook dan Instagram mummy ...korang pasti dah dapat melihat gambar teaser terlebih dahulu.

Oleh kerana aktiviti seperti menunggang ATV, berkelah, mandi di swimming pool Tioman Berjaya Resort telah kami lakukan pada hari pertama. Aktiviti selebihnya pula, kami beraktiviti pada hari kedua.


DAY 2 BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI





DAY 2 : BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI. Ye ada beberapa wish lists je kami nak kena perabihkan hari kedua ini di Tioman....sebelum pulang ke rumah pada hari ketiga. Huhuhu sekejap je masa berlalu, tak puas holidays layan vitamin sea !

Seperti biasa hari kedua ni, wajiblah siapkan diri di bilik mandi, siapkan anak-anak dan siapkan laki ops haha.

Kami memilih memakai baju putih semalam aje. Sebab dalam tu ada baju mandi sebenarnya (swimming suit). So, nak pergi breakfast takkan nak [akai swimming suit pulak kan hehe.

mummy memilih light food


bubur, tak nak bagi perut full sangat sebab nak naik bot





Ni lah, part paling best kalau bercuti ! Mummy dapat gantung kualiiii. Lepas tu, breakfast secara buffet di Berjaya Tioman ini, best ! Banyak pilihan tau. Anak-anak kami, memasing memilih dapat memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Happy sangat depa !

SNORKELING DI PULAU RENGGIS TIOMAN !



Selesai breakfast di Matahari Restaurant Berjaya Tioman, kami terus ke lobi hotel untuk menunggu bas kecil yang akan membawa kami ke Sea Sports Berjaya Tioman. Di sini, kami akan naik jeti ke Pulau Renggis.

Fuh, nampak macam jauh aje kan Pulau Renggis Tioman tu? Padahal tak jaug dari Berjaya Tioman Resort je. 


Daddy menyiapkan anak-anak

Dah ready for snorkeling

Jeti Berjaya Tioman , untuk naik bot ke Pulau Renggis Tioman


Dalam 10 minit macam tu je ke Pulau Renggis. Masa ini, waktu pagi air nak surut . So, arus agak kuat juga masa ni. Alhamdulillah mummy tak mabuk laut.

Dhia, daddy , Dzal turun sekejap je snorkeling. Budak-budak tu takut. Daddy pulak, badan dia macam tertarik (sakit) . So, kito rang tak berapa nak layan snorkeling. 

Mummy macam biasa, jaga Daim. Kalau mummy turun memang Daim nangislah nak ikut nanti.


Pulau Renggis ini, di khaskan untuk snorkeling

Jernih air laut, tenang je melihat keindahannya !



Layan ikan makan pulak.

Ni pun best juga hehe. Nampak macam-macam spesis ikan ada. Snorkeling dari bot je lah nampaknya hehehe





Habis snorkeling, sebelum bot nak bergerak. Macam biasalah, kita posing sat !

Nampak pokok hijau tu? Tulah Pulau Renggis !



Settle snorkeling, layan anak main pasir pulak. Seronok depa dapat green light main pasir hehehe. kalau kat rumah, jangan harap nak dapat main pasir ,kan ! Pakej snorkeling di Berjaya Tioman Resort ini tak mahal sangat dalam RM30 tak silap mummy. Sebab ianya di khaskan untuk tetamu yang menginap di Berjaya Tioman sahaja.

LUNCH DI MATAHARI RESTAURANT, BERJAYA TIOMAN


Selesai ber snorkeling, kami terus balik ke bilik hotel kami. Untuk mandi dan siapkan diri untuk makan tengah hari di Matahari Restaurant Berjaya Tioman Resort pulak.

Lunch kami di Matahari Restaurant Berjaya Tioman Resort adalah secara buffet.



Daim macam biasa, makan kek, pastry aje lah dia tu ha !


Dhia ni, sejak sekolah pandai makan nasi dan bertambah kadang-kadang tu


Tak done habis makan, tidur dah si kenit ni hehe




Rehatkan diri sebentar di lobi, sebelum acara main indoor games !

INDOOR GAMES DI BERJAYA TIOMAN !



Yeayyy dah sampai ke games room. Games room Berjaya Tioman Resort ini berada dalam Berjaya sahaja. Tak jauh dari lobi !

Daddy dan anak-anak main snooker.

hat ini, tak main sebab anak-anak tak sampai.

Daim dah bangun, sibuk nak main jugak hehe

daddy main video games dengan Dzal, tentunya daddy lah menang kan



Token ada banyak lagi, sambung lagi main snooker. Entah berapa round ntah hehehe. Belasah je lah !

LAYAN SUNSET DI BERJAYA TIOMAN RESORT


Sebelah petang pula, kids ajak tengok sunset. Ye lah, dah menghampiri last day kan. Wajib lah layan sunset di tepi resort kami ! 

Semalamnya dah layan sunset ketika naik ATV.

Dhia dan Dzal seronok berlari di tepian pantai, pantai BERJAYA Tioman Resort ini gak tenang dan tak crowded. So, tak risau sangat anak main di tepian pantai !


Cuma kami tak mandi je laut petang tu. Hampir ke Maghrib kan. Tak elok sangat dah time gitu. Mummy pun limitkan masa , hanya boleh nikmati sunset sebelum 7.15 petang sahaja.



Allahu cantiknya, keindahan Allah ciptakan !

DINNER DI MATAHARI RESTAURANT BERJAYA TIOMAN RESORT


Sebelah malam, bertemakan hitam kuning, kami dinner di Matahari Restaurant sahaja !


Makan secara buffet juga !







Oleh kerana jatuh pada hari TAHUN BARU CINA, ada yee sang, kuih tart, mazola hotel sediakan. Perghhh ! Terasa seperti berya di perantauan pulak hahaha


Selesai day 2 kami, esok harinya merupakan hari ketiga. Hari terakhir kami di BERJAYA Tioman Resort. Sobssssss...

ITINERARY KAMI DAY 2 : BERCUTI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN 


9 .00 am : Breakfast
10.30 am: Ke Sea Sports
11.30 am : Snorkeling
1 pm : Selesai naik jeti
1.15 pm : balik bilik
2 pm : lunch
3.30 pm : Main games (indoor)
4.30 pm : balik bilik dan berehat
6.30 pm : Nikmati sunset
8.00 pm : Dinner




Atas ini, mummy rumuskan masa dan aktiviti kami . Mana nak nak ke Berjaya Tioman . Korang boleh ikut itenarary kami ni. Tapi, nak arrange masa sendiri pun boleh juga !



4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Aktiviti snorkeling tu best.. Teringin nak buat.. Sebab lama dah x snorkeling

    ReplyDelete
  2. Pilihan makanan yang ohsem.. Aktiviti yang menarik..
    Terbaik percutiannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post