DAY 3 : 3 HARI 2 MALAM BERJAYA TIOMAN RESORT TRIP !

DAY 3 : BERJAYA TIOMAN RESORT TRIP ! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, dah ke bahagian terakhir trip kami di BERJAYA TIOMAN RESORT ! Sambung kembali story entri blog part 3.. Percutian terindah bersama keluarga kecil kami ! Bagi yang ada baca dan ikuti entri mummy part 1 dan part 2. Kami banyak beraktiviti 2 hari terawal. Hari ketiga ini, feri kami pada jam 11 pagi. 10 pagi, kami dah kena bergerak dari hotel dengan menaiki bas yang di sediakan oleh hotel.

Thank you Resort Manager Tioman Berjaya. Hantar kami sampai naik bas



Seawal pagi, mummy mengemas dan menyiapkan anak-anak. As usual, mummy tak akan ganggu daddy waktu macam ni. Sebab daddy akan drive dari Mersing ke KL berjam-jam lamanya . So, kita bagi daddy rehat, tak payah bantu mummy mengemas mahu pun siapkan anak-anak

Jam 8 pagi, kami bersarapan di tempat biasa Matahari Cafe. Mummy tak makan banyak sangat. Hanya alas perut je. Kalau nak berjalan jauh, memang takut makan banyak. Takut perut tak berapa best sepanjang perjalanan nanti.

Lelagi nak mengharungi perjalanan dalam bot Tioman - Mersing tu ha.. Almost sejam lebih. Makan banyak kang boleh muntah pulak kang dalam feri. 

So, kena ambil langkah berjaga-jaga.











 Bye-bye bilik 246, bye Tioman Berjaya Resort. Jumpa lagi ye. 

Sejujurnya, percutian ini merupakan percutian paling indah, paling tenang dan paling santai di awal tahun 2020 kami. Refresh diri, berkumpul dan beraktiviti dengan keluarga tersayang. 

Seriously, tak percaya? Korang boleh try holidays di sini dan rasai pengalaman di sini! 

Selanjutnya mengenai Tioman Berjaya Resort 

Berjaya Tioman Island Resort
26800 Tioman Island, Pahang
Tel: +6094191000
Email: tioman.rsvn@berjayahotel.com


4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. terbaek.. menarik tempat ni..

    ReplyDelete
  2. Lama tak pergi tioman, harapnye lepas PKP ni bolehlah pi jalan-jalan macam biasa

    ReplyDelete
  3. bilik tu bestnya.. entah bilalah berpeluang nak ke sini.. simpan angan-angan je dulu..

    ReplyDelete
  4. boleh tempah Berjaya Tioman Resort di Airbnb, harga juga cantik

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post