CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP - 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2. Beberapa hari lepas PM kita ada mewar-warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP (akaun 2) yang di beri nama i-LESTARI KWSP.
Malangnya, bagi yang tidak pernah ada kod online EPF tu macam mana ye? Memasing mengeluh, pejabat KWSP tutup dan talian telefon juga tidak berjawab. Siap ramai pulak tu yang beratur di hadapan pejabat KWSP hari ini ! Aduh PKP uolss ! Please lah ! Putuskan rangkaian Covid -19. Stay at home ! Duduk Rumah !
Jangan panik ! Jangan risau kengkawan ! Semuanya boleh di selesaikan secara online sahaja ! Macam mana DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP
MACAM MANA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP
Perkongsian dari Facebook Farah Nisa. Yes alhamdulillah dah boleh daftar i-account KWSP secara online. Tak perlu pergi ke kiosk untuk register TAC no pun pada musim RMO ni.
CARA-CARA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP
Cara-cara DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP:
1️⃣ Pertama anda perlu #install 3 apps yang tertanda hijau tu:
- Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip, ni memang pihak EPF yang request, boleh tengok borang yang di attach)
- Documents (untuk rename setiap file sebab EPF suruh save setiap file ikut format yang ditetapkan)
- Mail / Email
2️⃣ Pergi link ni untuk download borang dan buka guna Adobe Acrobat:
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/a357f55e-d4bd-e403-1e97-5fc01fae1af5?t=1585660004622
3️⃣ Isi borang and prepare document, ada 5 items kena prepare
📝 Anda perlu attach sekali
1. IC DEPAN BELAKANG
2. GAMBAR SELFIE ANDA BERSAMA IC
3. BUKTI NO HANDPHONE ANDA.
• JIKA ANDA PAKAI POSTPAID LAMPIRKAN BIL ANDA
• JIKA ANDA PAKAI PREPAID SILA SCREENSHOT STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO HANDPHONE ANDA.
4. BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.
4️⃣ Save doc yg korang dah prepare ke apps Documents and rename setiap file ikut format.
5️⃣ EMAIL KAN SEMUA 1-4 ke iakaundaftar@epf.gov.my.
Pihak KWSP akan sahkan permohonan anda.
Jika permohonan anda berjaya, anda akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.
Aktifkan i-Akaun dan anda perlu tukar password sementara kepada password baru.
i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.
🔴 Anda boleh kumpul emergency fund
🔴 Boleh langsaikan hutang jahat guna teknik snowball atau avalanche
🔴Boleh masukkan duit tersebut di tempat pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih tinggi sebagai contoh Unit Trust
Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.
Kredit kepada Puan Azila Akmar untuk gambar.
Lagi sekali saya ingatkan, entri ini adalah untuk korang yang tak boleh accses i-akaun EPF . Tunggu sehingga dapatkan id dan password untuk memohon pengeluaran duti i-lestari KWSP.
Selanjutnya, boleh baca di www.kwsp.gov.my
detailnyaa..mudah sangat nak faham
ReplyDeleteGood sharing Linda.. Kak Sue belum lagi buat nie, jem line hari nie..
ReplyDeletegood sharing. step by step penerangan diberi.
ReplyDeleteSangat details.. tq untuk perkongsian nie..
ReplyDeleteLagi senang. Nanti buatkan suami macam nihlah.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com