SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE ! Assalamualaikum / Selamat sejahtera semua, dah 3 hari berpuasa baru sempat nak menulis.. haha. Siapa kata, PKP ni bosan, I tak cukup kaki tangan tau, PKP ni huhu. Dengan meeting online, training online, dengan layan customers, layan sekolah online anak, nak masak, nak kemas rumah, kemas dapur haha.
Sebelum terlambat, rasanya tak terlambat pun hehehe. Mummy dan keluarga nak mengucapkan SALAM RAMADAN buat semua ! Maaf Zahir dan Batin !
SALAM RAMADAN 2020 , STAY SAFE !
Cakap pasal kemas dapur, 3 hari pun tak siap 100%. Dari 1 Ramadan kemas bahagian dapur. Jenuh nak kasi kemas dapur yang sengkangkang kera tanpa kitchen cabinet. Tak pe lah, dapur bogel pun. I dont care, yang penting kena kemas dan minimalis. Almost bertahun tak cuci dapur 100% (bukan tak cuci langsung 100%) tak cuci 100% aje. Kami hari bekerja banyak habiskan masa duduk rumah mak mummy. Kalau balik rumah sendiri setakat mop dapur tu memang lah wajib, cuci kain lap, cuci tingkap dapur. Tapi, hat tipuware melambak tu tak sempat nak kemas. So, 1 Raamdan dan 2 Ramadan (semalam) berjaya sorting pinggan mangkuk (tukar ke jenis lain. Pakai hat Arcopal arwah mak suami. Corelle tu, kasi simpan. Tukar mood pulak hahaha). Tipuware pulak, alhamdulillah 100% dah cuci, sorting. mana rasa tak elok, tak nak pakai. Buang terus. Sayang tu sayang juga. Tapi, kena jugak Marie Kondo ! Tutup mata dan buang aje hahaha.
Sakit mata kalau dapur penuh barang tak tersusun, so memang nekad, tanamkan niat nak pulun cuci awal Ramadan ni. Nak berpuasa dalam keadaan yang indah-indah gitu.
Dhia pun dah boleh puasa penuh, alhamdulillah. Mummy tak paksa pun Dhia untuk puasa penuh. Memang sejenis mummy malas nak paksa anak-anak. Tapi, Dhia sendiri yang nak puasa penuh. Syukur....
Dzal, masih berlatih lagi. Half day pun okay dah. Mummy tak larat nak dengar soalan setiap minit,"bila nak buka puasa". Azan Zohor berkumandang, terus mummy bagi buka.
Lepas kemas dapur 100% , next projek nak kemas bilik tidur utama 100% pula. Tengah fikirkan beberapa storage untuk nampakkan minimalis. So far, bilik utama tu dah ada almari paling besar (tinggi ..almost hampir siling) dan katil pun KIng Saiz.
Bila atok & Omma tinggal di rumah kami, bilik anak-anak dah jadi bilik atok & Omma. So, baju anak-anak separuh dah berada di bilik kami suami isteri. Nampaknya kena letakkan storage kot. Ntahlah, penat fikir bab kemas. Kena duduk diam-diam sampai dapat hidayah gituuuu
Seronok pulak, bila MCO / PKP ni lama, dapatlah mummy plan kemas itu ini. Bab masak, buat masa ni, masak lah. Tapi lauk simple aje !
Seronok pulak, bila MCO / PKP ni lama, dapatlah mummy plan kemas itu ini. Bab masak, buat masa ni, masak lah. Tapi lauk simple aje !
Salam ramadhan lin... dok umah lagi letih sebenarnya kan.. hehe
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak. Rajinnya kemas rumah. Mood saya tak sampai lagi
ReplyDeleteSalam ramadan dan selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam Ramadhan sis linda.. betul-betul cleaning nie..
ReplyDeleteSelamat menyambut ramadhan Dan selamat berpuasa buat Linda sekeluarga
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com