SALAM AIDILFITRI 2020 RAYA DALAM PKP MCO - Allahu raya tahun 2020 ini, antara tahun yang lain dari lain. Norma baharu yang perlu kita hadapi. Walau raya dalam mood PKP / MCO, mummy bersyukur kerana sebahagian besar keluarga kami semuanya duduk dekat-dekat. Dan, bila kerajaan mengumumkan PKPB raya tahun ini di benarkan pada raya pertama dan tidak berkumpul melebihi 20 orang. Kami dah cukup lega, dapat bertemu adik beradik untuk bermaaf-maafan
Raya Aidilfitri 2020 sebenarnya, merupakan turn sebelah suami. Nak ikutkan sebelah mummy ( tukar turn). Tahun lepas dah beraya di Kamunting (kebetulan mak mummy sambut raya di Mekah). Tapi, daddy kata, turn tetap ikut turn hehe. Baiklah, kita tak nak argue. Since hari kerja , kami pun duduk rumah mak mummy. So, tak de amsalah bab turn.
Bila Raya Aidilfitri dalam PKP / MCO ini, tak boleh merentas negeri. Adik husband dengan sukarelanya, jadi host pada tahun ini. Rezeki untuk semua, kerana rumah adik sebelah suami ini dalam satu pagar ada 4 buah rumah. Dan rumah mereka ni, boleh memuatkan kami semua. So, ala-ala balik kampung lah kami semua.
Bapa mertua dan abang ipar tak bermalam, hanya datang gitu-gitu untuk beraya sahaja.
Macam biasa, pagi raya sesi bersalam-salaman dan bermaafan. Bagi kanak-kanak part duit rayalah paling mereka tertunggu-tunggu.
Berbiru kami (navy blue) di pagi raya. Alhamdulillah semua persiapan baju raya dah siap beli 3-4 bulan sebelum bulan puasa. Kebetulan , masa tu ada sales baju raya di Plaza Masalam Shah Alam. Tapi, sales ni, pephamlah. Warna nak sedondon sangatlah susah. Baju anak-anak, pilih besar sket saiznya. Tak apalah asalkan jimat
Harga baju anak-anak je RM38 sepasang. Murah, tapi kualiti memang tip top. Kain berat dan lembut, sejuk
Baju mummy daddy je beratus. Tapi masih murah lah sebab ada 50%.
Kami memanh jenis beli baju raya awal, sebab bulan puasa, raya tu dah standby duit untuk minyak tol balik kampung, duit belanja balik kampung. So, setiap tahun dah praktis macam tu.
Tahun ini, walau tak balik kampung. Tapi, syukur sebab persiapan raya semuanya dah siap awal-awal.
Walau PKP / MCO 1 Syawal tetap 1 Syawal hehehe
Family potrait as usual, nasib baik lighting pagi raya sangat on point. Dapatlah kami bergambar dengan suasana cahaya yang sangat mencukupi !
Walau tak mudah bergambar sekeluarga, sana tengok situ, yang situ tengok sana. Hahaha, belasah ajelah !
Daddy sehari sebelum raya , masih bekerja. Tak mengapa sebab tak urgent pun 1 Syawal kali ini. Santai raya je orang cakap.
Adik beradik husband yang ada di Selangor. 5 dari 7 adik beradik yang ada
Selesai beraya di Kajang belah suami, kami terus ke rumah mak mummy di Subang. Sepanjang tempoh PKP / MCO kami banyak habiskan masa di rumah sendiri di Kajang. Kalau tak, kami memang berkampung di rumah mak mummy. Budak-budak ini, memang sekolah pun di kawasan rumah tok depa ni ha.
Memang hikmah besar PKP / MCO kali ini, raya kami 2020 boleh balik kampung kedua-dua belah. Memang betul-betul adil !
family adik . adik mummy duduk di Kajang aje. Semua tak rentas negeri.Alhamdulillah
Family kami
mak dan abah
Along mummy bekerja di hari raya pertama. Tapi mereka dah bersalam-salaman minta maaf malam raya.
Inilah cerita raya kami, lain dari tahun sesebelum ini.
Raya PKP tahun 2020 korang macam mana? Walau bagaimana dan macam mana sekali pun. Ianya akan menjadi kenangan terindah dan tak dapat dilupakan. Tahun 2020 lain dari yang lain !
Okay, rasanya belum terlambat lagi untuk mummy mohon maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog mummy. Maaf andaikan ada terkasar budi bahasa dan ayat-ayat yang ada menyinggung perasaan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
Salam raya PKPB
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
ReplyDeleteSelamat hari raya kak linda
ReplyDeleteseronok tengok meriah raya dengan ahli keluarga
ReplyDeleteselamat hari raya
Selamat hari raya sis..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com