Kisah kad raya 2020 , masih relevan ke tidak? Entri hampir basi ...saat 24 Syawal baru sempat mummy nak menulis ! Mummy pun sebenarnya, lambat juga tempah kad raya 2020. Hujung puasa, baru teringat..baru nak order. Sudahnya, lambatlah sampai ke rumah dan terima parcel. PKP / MCO kan ! Dan, ramai yang tak tahu mummy ada buat kad raya 2020 pun ! Sepanjang PKP / MCO mummy agak sibuk, norma baru semua online 100 %. Seminggu mummy ada 4 meeting online (AIA), anak-anak pula ada kerja sekolah online setiap hari dan seminggu sekali kelas online taekwondo. Tak campur lagi, nak kena masak, kemas rumah (lagi duduk rumah lama, lagi bersepah). So, blog dan entri untuk socmed semua kelaut.
Kad raya ni, bagi mummy tak telan dek zaman. Walau semuanya boleh wasap, boleh email. Tapi, mudah untuk di lupakan. Delete sahaja ! Semua kenangan terpadam. Betul tak? EH...Ke ada yang simpan semua ucapan raya via WhatsApp, ni? Kalau ada pun, tak ramai yang simpan, setuju tak? Yang kita simpan selalunya hat gambar kad raya kita je lah !
Kenapa mummy masih buat kad raya 2020 ni? Salah satu sebabnya ialah kerjaya mummy sekarang. Jadi, mummy buat jugalah beberapa ratus copies. Mana tak habis tu, boleh carry forward pakai tahun depan hehehe. Client mummy pun tak ramai mana, insyaallah menghampiri 120 clients .
Masihkah Relevan Kad Raya 2020
Masihkan relevan kad raya 2020? Mummy tak nak cerita panjang bab relevan ke tidak. Korang boleh lihat sendiri dari FB Shida Radzuan ini. Mummy pun, tempah dari beliau kad raya 2020. Sebenarnya, dari tahun 2017 lagi mummy buat kad raya dengan beliau. Zaman 2017 tu, memang ramai blogger buat kad raya, dan buat exchange kad raya.
Tahun 2020, ni mummy ke arah professionalisme pulak, tempah kad raya untuk business. Ada lagi beberapa perancangan ke arah professionalisme ni. One by one kita buat ! Banyak planning yang belum mummy laksanakan.
Tadaaaa..ni lah kad raya hasil dari Shida. Mummy suka tempah dengan beliau sebab beliau memahami citarasa mummy. Tak perlu cerita banyak ! Tahu-tahu je siap semua ! Design pun FREE.
Sebelum Shida pos kad ke mummy, mummy meluahkan perasaan pada beliau yang mummy tak sempat ke Pejabat Pos beli Sete masa PKP. Shida dengan lajunya beritahu dia provides service tu juga. Servis beli setem ! Mak aiiii ! Terbaik lah Shida ni.
Syukur sangat-sangat semuanya di permudahkan.
Mana yang tak dapat kad raya dari mummy, jangan nangis ye ! PM je mummy alamat korang, next year... mummy poskan kad raya untuk korang hehehe
Antara hasil Shida...tahun 2017 ni banyak juga tempahan yang Shida terima. Tapi, cam biasalah takkan mummy nk tepek semua dalam ni kan hehe.
Korang terjahlah FB Shida !
HARGA TEMPAHAN KAD RAYA
Harga kad raya Shida ni macam mana? Harga dia adalah seperti di bawah ni
π PRINTING KADRAYA MURAH π
π 1 side @ 2 side kad
π Style Poskad Saiz A6
π Full color artcard
π Free Pos (SS +RM10)
π Free Sampul
π Free Custom Design
**guna design sendiri pn boleh
PRINTG 1 SIDE & 2 SIDE
20 PCS RM42 RM55
30 PCS RM44 RM58
40 PCS RM47 RM61
50 PCS RM50 RM64
60 PCS RM58 RM69
70 PCS RM60 RM77
80 PCS RM66 RM80
90 PCS RM70 RM90
100 PCS RM85 RM95
130 PCS RM90 RM104
150 PCS RM97 RM117
180 PCS RM112 RM130
200 PCS RM121 RM142
250 PCS RM137 RM160
300 PCS RM160 RM188
350 PCS RM170 RM201
400 PCS RM190 RM224
450 PCS RM205 RM240
500 PCS RM220 RM257
Tempahan awal adalah digalakkan.
T E R I M A K A S I H G A I S ❤
☝Collect Order bermula hari ini sehingga 6 Mei 2020 sahaja (shida buka hanya 1 batch saja)
ayat harga ni, mummy kasi copy je dari ayat Shida. Korang yang minat tu boleh la nanti Whatsapp direct dengan Shida ye ! https://www.wasap.my/https://www.wasap.my/60125364467
Dah lama meninggalkan dunia kad raya...dulu zaman kanak- akanak dan remaja memang berlumba nak beli kad raya dan suka jugak kumpul..zaman umur 20an pun selalu dapat...
ReplyDeletedah lama nieyl x dpt kad raya kak...
ReplyDeleteAla.. terlepas nak menempah kad raya dengan Shida.. huhuhu..
ReplyDeleteyeayyyy tahun depan nak PM alamat dekat kak lin lah. Sebelum ni ada jugak pos kad raya. Bila berbalas kad raya jadi best & meriah
ReplyDeletebiasanya sapa2 pun bila dapat kad raya mesti ada rasa excited jugak. hehe
ReplyDeleteHi. We have launched some new Traditional Malaysian clothing collection at Al Sara fashion. I guarantee you will love it.
ReplyDeletehttps://alsara.my
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com