PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua! Amboi korang PKP hari tu memasing dekorasi rumah ye. Sampai kita pun terpengaruh haha. Tapi, sepanjang PKP aritu. Misi cat rumah je baru settled. Lelain tu, sama je macam sesebelum tu. Nak di jadikan cerita PKPP, masa husband masih kerja dalam rotation dan kami rajin dating berdua. Hahaha. Masa dating, macam biasalah borak pasal anak, borak pasal masa depan, borak pasal rumah. Borak punya, borak dengan husband tentang rumah. Keluar lah topik dapur rumah yang dah 10 tahun gitu je. Husband cakap dapur untuk kitchen cabinet sekarang mahal. Dan, sayang duit habis gitu. Erm, betul juga lah tu. Zaman sekarang ni, kena ada simpanan. Kita tak tahu nasib negara, nasib kita macam mana. Tengok je lah zaman covid-19 ni. Berapa banyak company yang bungkus? Innalillah.. Moga ekonomi kita semua bertambah baik. Insyaallah!
Bila dok fikir-fikir..erm, jom lah buat kira-kira dulu...
Sebelum ada tingkap jenis sliding
Selepas pasang tingkap sliding
PART 1 : DEKORASI DAPUR DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI #DAPURAZLINDAALIN
Macam mana ada idea nak dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami? OK.. Berbalik kisah discussion kami suami isteri ni. Mummy keluarkan idea, untuk kami tengok-tengok je lah dulu harga kitchen cabinet. So, daddy (husband) setuju.
Ada 4 tempat kami tengok-tengok. Dan, kami berpuasa hati dengan 1 company ni. Harga kitchen cabinet berkualiti dia sangat murah berbanding tempat lain.
Bab kitchen cabinet ni, mummy tak nak cerita panjang sangat kat sini. Sebab belum siap apa pun! Tunggu siap.. kita cerita habis lah ye!

Dedulu rasa sayang je nak reno dapur. Tapi, anak makin besar. Nak tak nak, kena minimalist kan dapur juga. Nak amek video & gambar pun tak de lah nampak sepah.
Sebelum nak buat kitchen cabinet, kami nampak ada beberapa part dapur kami yang perlu di bela / baiki.
Dapur kami ada 2 bahagian. Dapur attached hall & dapur separate dengan pintu dari dapur asal.
Dapur kami ada 2 bahagian. Dapur attached hall & dapur separate dengan pintu dari dapur asal.
Dapur asal. Sebelah luar tingkap tu , yard
Consider wet & dry kitchen area juga. Cuma, mummy tak pratikkan wet & dry kitchen. Separate kan tempat dapur sinki dan almari barang. Luar kat kitchen yard buat tempat laundry, simpan perkakas masak & tempat memasak.
Bila dah confirm nak naik kitchen cabinet, kami dok fikir. Takkan kitchen yard tu nak biar macam tu. Kitchen yard kami simen je. Tak ada tiles.
Dan laundry bar tu, kami akan letakkan satu cabinet bahagian atas kawasan mesin basuh. Cabinet aluminium tu sebenarnya free dari company kitchen cabinet kami buat.
Box cabinet tu.. Boleh jadikan storage box, shoes cabinet juga. Tapi kami buatkan laundry bar je. Lain sket pemikiran kami kan hahaha.

Alkisah bermula lah part 1,kiranya 1% je baru siap. Ye beb! 1% je.. baru! Banyak sungguh lah nak kena buat dapur ni. Serabut yakmat.
Part 1 dekorasi dapur dan ubah SUAI DAPUR apartment kami. Kami buatkan tingkap sliding dulu, kat bahagian kitchen yard. So, nampaklah kemas dan angin tak terus masuk rumah. Barang juga tak jatuh bile di tiup angin.
Kat situ ada para kami buat pakai besi grill macam tu. Boleh la support barangan masak BERBENTUK plastik. Ringan-ringan je.
Para dengan awning kami buat dalam 8 tahun lepas. Sekali grill wrought iron depan rumah RM1K gak lah dulu habis.
Selesai bab kitchen yard tingkap sliding tu! Berapa kami habis untuk tingkap sliding? Kami habis dalam RM620. Tempah dengan kedai dekat rumah je. Memang kedai tu specialise buat aluminum dan barang berkaca. Macam sliding door, pintu kabinet dan banyak lagi.

Next projek, tukar daun tingkap bilik, pintu bilik dan pi tu depan. Moga ada rezeki kami amin....
Next... Kita buat tile pulak kat kitchen yard ni. Dan.. naik tile (tukar tile lama ke tiles baharu) bahagian kitchen cabinet.
Kitchen cabinet ready made sedia ada semua dah keluarkan dari dapur. Alhamdulillah kami sedekah je pada jiran tetangga yang memerlukan. Cepat keluar, cepat lah kami boleh kemas dapur.
Misi kosongkan dapur settle. Semua barangan dapur tolak ke dining hall. Kitchen yard pulak barang macam dapur, mesin basuh tolak sana sini juga. Dapur lama, dapur biasa tu kami tak ada perancangan lagi. Tapi macam nak let go. Sebab macam tak sesuai dengan kitchen cabinet kami.
Dan, banyak barangan yang kami sparks joy. No choice la kan, banyak sampah not good for our environment too.
Okay lah, nanti mummy sambung story part seterusnya. Insyaallah part tile kita update!
Tak sabar tunggu sambungan ;)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan seronoknya deco-deco ikut selera sendiri
ReplyDeletetak sabar nak tunggu sambungannya. excited pulak kita :)
ReplyDeleteBest deko deko..hehe..
ReplyDeletepasang tiles buat sendiri ke atau upah orang?
ReplyDeletetak sabar nk tgk deco seterusnya kak linda..
ReplyDeleteMemang kena kosongkan dulu, barulah boleh buat kerja lainkan mummy... Tak sabar nak tengok hasilnya..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com