Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna McDonald’s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia

Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna McDonald’s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia - Cuti Hari Malaysia 16 September 2020, mummy berkesempatan masukkan Dhia dan Dzal ke Coloring Contest anjuran McDoland's Kajang Perdana atau sekarang ini di kenali sebagai Mekdi Kajang Perdana. Tujuan sebenarnya, nak berikan mereka pengalaman dalam dunia pertandingan dan tingkatkan keberanian mereka dalam beraktiviti luar sekolah ! Ada 2 kategori Pertandingan Mewarna anjuran McDoland's Kajang Perdana. Kategori A dan B. Dhia dan Dzal berumur 6, 7 tahun berada dalam kategori A. Dzal memang tak berapa minat dalam mewarna, melukis, menulis. Lebih suka membaca, megira je ! Tapi, mummy hantarkan juga, sebab tak nak manjakan dia sangat. Biar dia rasa, macam mana dia dalam pertandingan ni ! Hehe sorry lah nak, mummy memang nakal sket ! Budak zaman sekarang, nak marah,  geram tu kita kena twist balik dalam psikologi . Bukan direct paksa kat ruah hari-hari sampai nangis dan pukul mereka. Kita ajar secara halus !

Manakala Dhia, memang sejenis mewarna tak berapa lawa. Tapi, sebelum Hari Malaysia 2020 sekolah Dhia ada buat pertandingan dalam kelas. melukis dan mewarna bendera Malaysia. Mummy ada ajar cara lukis bendera pada Dhia. Nampak Dhia jenis fast learner, boleh ikut dan hadam pada keesokkan harinya. Selepas beberapa hari, Dhia dapat hadiah saguhati ! Mummy tengok teknik mewarna Dhia masih macam tu, menang mungkin sebab pandai lukis bulan dan bintang. Part tu, memang susah. Mummy pun masih tak boleh lukis lawa-lawa. Failed Lukis cara darjah 1, hat tu memang boleh lah kan !

Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna McDonald’s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia




Mulai hari tu, Dhia rajin mewarna dan nampak improvement. Nak bagi Dhia rasa macam mana skill selepas tu. Mummy tanya Dhia, yakin tak nak masuk pertandingan. Dhia angguk dan nak masuk. So, mummy masukkan terus Dhia dan Dzal ke Pertandingan Mewarna McDonald’s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia.

Penyertaan memang sengit ! Ramai yang datang tu, dah biasa masuk pertandingan mewarna.

Untuk pertandingan ini, yuran penyertaannya RM15 tapi ada dapat hadiah pada yang join dan dapat lunch set. So, kalah atau menang pun ada gift juga. Masih berbaloi !


Sebelum pertandingan, bergambar dengan kakak manja. Selaku ketua bahagian event di Mekdi Kajang Perdana. Merangkap client AIA mummy jugak hehe

Menari Chicken Dance untuk naikkan semangat semua

Mummy melayan si kecik ni, mengamuk awal pagi. Hehe 


Upah aiskrim, senyaplah dia !


sesi mewarna bermula ! Semua color baru tu ! Gigih mak kau

hasil dari Dhia, 7 tahun

Muka happy dan yakin !

hadiah yang semua akan dapat !



Barisan pemenang kategori A. Dhia blur sekejap sebab Dhia tak faham apa tu Naib Johan hehe. Almaklumlah 1st time kan ! Dhia siap tanya pada mummy. Kenapa nama Johan ada kat sini. 

Dhia siap request nak join lagi pertandingan di amsa akan datang. Insyaallah Dhia, jika mummy ada kelapangan. Mummy akan bawa lagi ye !


Habis aktiviti di Mekdi, mereka teman mummy cari barang untuk daddy nak cat rumah (barang tak cukup), beli lauk untuk masak lunch, dan belanja dorang aiskrim lagi hehe.

Daddy tak ikut ke? Tak, daddy ada kerja mengecat bilik kedua (bilik Dzal) part ini , nanti mummy story kat blog juga nanti ye .


5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Allhamdulillah... congrats kak Dhia, cantik Dhia warna tu...

    ReplyDelete
  2. wah congratulations! kipidap okeys.. Jemput join my GA last 30 September! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Dhia! Bakat terpendam sudah menyerlah! Moga terus berjaya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post