MY BIRTHDAY 19 AUGUST 2020 DAPAT SKII , KITCHEN CABINET DAN LUNCH DI TGI FRIDAY'S DARI HUSBAND ! TQ SUAMI ! - Banyak cerita Ogos 2020 yang pending untuk di share kan di blog. Busy sangat ke? Biasalah, mummy sekarang ni di kategorikan sebagai kerja sendiri. Insurance dan takaful ini, ibarat kerja sendiri. Ada juga beberapa side income sebagai penulis upahan (ghost writer), set up webiste bisnes yang tak habis-habis, susun atur dan renovate rumah yang tak habis-habis juga ! Handle bisnes kecil-kecilan, yang dari dulu lagi buat dan masih buat sehingga kini (jika ada permintaan). Serta alhamdulillah, mummy telah berjaya daftar perniagaan di e-perolehan (moga ada job masuk tahun ni..amin) dan last but not least, mumy telah berjaya juga set up lagi 1 company di bawah URBAN CONSULTANCY SERVICES , di sini terdapat tambahan business insurance takaful. Iaitu business general insurance (road tax, insurance kereta, insurance motor, travel insurance, fire insurance, professional indemnity, insurance jentera, dan banyak lagi). Jangan tanya, ofis di mana ye ! Buat masa ni,tiadalagi bajet nak buat pejabat khas. Kita buat servis face to face dan juga online untuk masa ni. Baru nak menapak,kan hehehe . Korang doakanlah mummy ye ! Kot berjaya nanti, boleh lah buka peluang pekarjaan pada orang lain. Dapat tolong orang juga ! Berbalik hari jadi mummy bulan lepas. 10 Ogos. Mummy masa tu memang tengah busy, husband pun sama naik busy. But, alhamdulillah managed slotkan masa lunch hour dan masa balik kerja untuk date !
MY BIRTHDAY 19 AUGUST 2020 DAPAT SKII , KITCHEN CABINET DAN LUNCH DI TGI FRIDAY'S DARI HUSBAND ! TQ SUAMI !
Bila munculnya hari jadi, perkara pertama mesti nak tahu hadiah dari husband hehehe. Tapi, bukannya nak sangat hadiah pun. Dah lebih dari cukup apa yang beliau berikan selama ini. Tapi, memang surprise tahun ini. Banyak gila hadiah untuk mummy ! Kitchen cabinet yang baru di buat pun merupakan hadiah. Ngam pulak siap pasang pada 2 hari sebelum hari jadi mummy ! SKII pulak, hadiah di berikan awal seminggu. Sebab dia malas nak sorokkan hehehe. So, bagi terus masa kitorang tea time balik kerja. Yes, kami kalau free (balik awal kerja) memang akan slot kan masa untuk tea time. Sebab banyak benda nak di bincangkan dan di meeting kan bersama ! Seorang isteri, bila nak bisnes, nak buat sesuatu . Wajib ada restu suami ! Waktu ini, waktu kerja, bebas dari anak-anak, senang mummy nak bincangkan pada daddy... apa plan mummy dan apa business yang nak di fokus .Walau beliau bukan bises minded dan tak minat nak uruskan bisnes. Tapi, pendapat beliau daam bisnes, bukan biashe biashe. Even mummy down, tak close sales, ada masa rasa penat, ada masa tak nak buat apa-apa,. Daddy tak pernah patahkan semangat mummy. Dia akan nasihat dari sudut yang positif !
Daddy ada juga tanya mummy, kena fokus sangat buat itu ini. Tak cukup duit yang ada ke? Banyak sangat ke masa yang ada? Sekarang ini pun, nampak macam tak ada masa. Hehehe, Tapi, bila mummy terangkan apa matlamat mummy. Beliau faham apa yang sedang mummy usahakan ! Syukur..
boleh baca di SINI
my SKII
TGI FRIDAY'S sebelum start diet kalori
Tahun 2020 ni, umur mummy 38 tahun dah. Tak ada nak rahsia-rahsia. Kita bagitahu direct je lah umur ye ! Hehehe. Nampak macam muda, tapi dah tua ! So, kedut muka mula banyak dah. Tak tahulah faktor umur ke, faktor kerja sendiri. So, atas sebab tu, daddy kata dia hadiahkan set SKII di hari jadi mummy. Nak kata happy tu, tentulah happy. Tapi, mummy tak suka daddy membazir macam ni. Ye lah, daddy sedang fasa nak ubah suai rumah, banyak duit nak pakai. huhuhu. Kita nak bantu banyak pun tak boleh. Bisnes sendiri belum stabil 100%. Baru setahun, mummy 100% dalam bisnes. Kena banyak beringat dan berjimat !
Bukan mudah weiii, kerja sendiri ni. Korang tak ada customer / client. Korang tak adalah gaji ! Setiap hari , bangun pagi nak kena fikir sales, fikir income. Niat nak bekerja kerana Allah dan keluarga juga ! Bukan kerja niat nak kaya wang ringgit ye ! Tak ada income lebih nanti, takut juga, kalau kita tak dapat memberi lebih dalam bersedekah, menderma, membayar zakat. Lagi banyak lebihnya, lagi banyak kita boleh memberi. Betul, tak?
starter kit (age treatment) : SKII cleanser, toner, moisturiser, eye cream, facial mask
SKII essence (age treatment): R.N.A. POWER
Moisturiser SKII : R.N.A.POWER
Siap bagi penerangan cara pakai, dan paling kelakar tu, harga pun tak buka. hehe sebab takut kata dia beli yang tak ori !
PITERA Power Kit : ada pitera esen treatment clear , cleanser dan ada lagi 1, lupa pulak haha
Ni pitera Esen yang besar !
Last mummy dapat SKII ni masa hadiah hantaran. Tu pun semua hat botol comel loteiii je. Kali ni, amek ! Terima kasih husband. Insyaallah , i akan cantikkan diri untuk suami insyaallah.
Now, mummy dalam proses diet kalori demi suami juga ! Sebulan lebih dah berlalu, alhamdulillah sebulan almost 9kg turun. Bab diet kalori ini, memang mummy hard core, sebab badan dah obes ! Nanti mummy cerita journey part ini pulak ye dalm blog !
Bertuahnya badan! Moga berbahagia hingga ke jannah. Happy belated birthday!
ReplyDeleteberuntungnya akak. semoga berbahagia selalu.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com