Beras Merah Keluaran Primera Cepat Kenyang dan Low GI Kini Pilihan Mummy Untuk Diet ! - Ada yang tengah diet ke tu? Diet, diet, juga tapi kita sebagai orang Malaysia ini, memang tak boleh nak lari dari makan nasi,kan ! Makan nasi pun.. ada masa, kita akan lapar lagi. Erm,,,mummy lah tu orangnya. Baru-baru ni, mummy ke Majlis Pelancaran Beras Merah Antioksida, Low GI . Paling best, ianya adalah Keluaran Tempatan - Nomatech Sdn Bhd. Beras Merah Primera ini, di kenali sebagai UKMRC9 adalah rendah GI kerana mempunyai nilai GI 46 iaitu makanan rendah yang mencerna dan memberi tenaga dengan perlahan serta stabil. Jadi, ianya boleh bagi kita kenyang dengan lama, tau .
Beras merah keluaran tempatan yang terbaharu di pasaran iaitu Beras PrimeraTM Antioksida Tinggi dan Low GI . Beras PrimeraTM bukanlah beras yang biasa, malah mummy anggapnya sebagai beras premium. Kenapa Beras merah ini premium? Kerana Beras PrimeraTM menjalani proses penyelidikan varieti padi yang dilaksanakan oleh Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dari kiri Puan Sharifah Nur Rahimah Syed Alias, Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Nomatech Sdn. Bhd, Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Chef Wan
Sesi ini, berlangsung di restoran Chef Wan iaitu De.Wan 1958 By Chef Wan, The LINC KL . Majlis ini juga, turut dihadiri oleh Chef Wan iaitu pemenang pelbagai anugerah dan duta masakan untuk Tourism Malaysia iaitu Datuk (DR) Redzuawan Ismail. Memang ngam sangatlah event ni dengan mummy. Kebetulan pula, memang mummy sedang berdiet dan menjaga kalori makanan. Memang mummy tak sabar nak tengok menu sihat serta cepat kenyang dari Chef Wan
Beras Merah Keluaran Primera Cepat Kenyang dan Low GI Kini Pilihan Mummy Untuk Diet !
Cakap tentang beras merah / perang ini, beras merah bukanlah beras yang asing bagi mummy. Beberapa tahun lepas, kami ada bercuti di Green Camp Bali Indonesia. Di sana, kami di hidangkan menu sihat yang di gandingkan dengan beras merah / beras perang. Pada tahun ini pula, mummy dapat makan lagi sekali menu beras merah dari Beras Merah keluaran PrimeraTM yang di kongsikan kepada kami oleh Chef Wan.
3 menu tersebut adalah Nasi Berlauk, Bubur Aneka dan Nasi Ulam. Sambil menikmati menu yang di sajikan oleh Chef Wan bersama Beras PrimeraTM. Sambil tu juga, mummy sempatkan diri untuk posing dalam restoran chef. Rugi oiii kalau tak merakamkan kenangan di restoran ala intragramable ni.
Terima kasih chef, share tip masakan dan menu yang best untuk hari ini
Sekarang ini, mummy dah turun berat sebanyak 8kg selama sebulan. Jika mummy tukarkan nasi putih ke beras merah keluaran PrimeraTMini pastinya mummy boleh turun berat dengan banyak lagi.
Cara Masak Beras Merah Keluaran PrimeraTM
Mudah je nak masak beras merah ni, hanya masak macam masak nasi biasa menggunakan secawan beras Primera™ bersama (2 1/2) dua setengah cawan air
Untuk masak bubur pula, korang hanya perlu masakkan dengan menggunakan 2 cawan beras Primera™ bersama (5) lima cawan air
Beras merah Primera™ ini, rasanya ada sedikit kenyal dan tesktur ala-ala beras pulut. Tapi, bila di bagainkan cara masak dengan menu premium seperti yang di kongsikan oleh Chef Wan. Rasanya sangat sedap ! Siapa kata menu makanan orang diet ni tak sedap? Yang penting bagi mummy tu, bab kenyang. Bila kita rasa perut full. Kita sendiri akan stop makan. Betul,tak?
DI MANA BOLEH DAPATKAN BERAS PRIMERA™
Di mana boleh dapatkan beras merah ini? Untuk dapatkan beras merah , korang boleh cari di semua pasaraya besar seperti AEON, Tesco, Giant, Mydin
Atau boleh juga dapatkannya secara online seperti di Shopee. Harganya juga mampu milik 1 kg dalam harga RM10- RM20. Ada juga terdapat pek besar seperti 5kg dan 10kg.
Selanjutnya, boleh layari ke :-
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com