SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE - Memang tahun ni, setiap kali double celebration 9.9, 10.10, 11.11 memang antara waktu yang mummy nantikan hehe. Shopping pada harga diskaun yang banya, ada free postage dan ada dapat macam-macam lagi benefits. Giler, tak nak ! So, kali ini bilik semua dah cun , lengkap cantik. Perabot bilik anak-anak pun dah sampai. Maka , mummy punya task cari cadar. Cadar comforter set terus kami beli, senang lengkap ! Malas nanti warna berbezalah, warna berlainan lah. Tak nak jadi huru hara, sekali keluar duit je lah ! Tapi, mummy beli cadar bilik kami suami isteri dan bilik Dhia je. Untuk bilik Dzal dan Dain dah lama siap, daddy dah beli cadar queen ber comforter kat Tesco, not bad. Lawa ! 480 threads.

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE

SHOPPING CADAR BILIK KAMI SALES 11.11 DI SHOPEE untuk bilik Dhia ni serba pink je lah, actually dia bukan plain pink pun. ada corak timbul. Mummy amals nak amek gamabr close up hehe. Korang boleh tengok kat Shopee : Jean Perry . Sekali gus semua cadar beli di seller yang sama.



Cadar Dhia 480 thread count, warna Pink Bubble Gum dari AnnTaylor. Set ini mengandungan 1 sarung bantal kepala , cadar super single fitted dan comforter. Untk bantal peluk tak ada di sertakan. Kena beli asing nanti.

Harga not bad, selepas diskaun RM99 belum masuk diskaun 11.11 lagi !



Sampai je dari courier hantar, terus pasang hehe dasar tak sabau !



Yang kelakarnya, postage ini asing kepada 3 parcel tau. Entahlah macam mana Jena Perry ni buat. Matress Protector ni antara barang yang paling sampai awal. Harga dalam RM20 macam tu.

Rumah kami memang di wajibkan semua tilam pakai matress protector tau hehe. Nak jaga tilam juga kan, sayang kalau tilam cpt rosak atau berbau. Tilam ni, harganya boleh tahan. Tercekik juga kalau kerap membeli !




Parcel ketiga dari seller sama, dah sampai pun cadar bilik master bedroom kami pula...ye haaaaa. Ye haa...sangat lah kan ! 

Kekonon..

Seronok dapat beli cadar King Size 900 threads ni...murah 900 thread count dalam RM150 (belum diskaun 11.11 lagi. Harga asalnya RM300 lebih. So, ada set comforter murahlah kan.

Sekali sampai ....ha! cadar je? Comforter tak de ! tengok balik Shopee. Erm memang tak ada comforter daaaa.. Adoi, silap tengok kelabu mata dengan threads rupanya hahaha

Nasib rumah ni, ada comforter biru. Bolelah mix and match ye dak...
Rumah pun tak ada air cond, so acceptable lah juga. Tak adalah rasa rugi nak mateyyyy

Walau hakikatnya, memula tu rasa macam nak return je !


Si Daim dah tak sabar, dia rasmikan, selesa katanya. Katil dah cantik mestilah selesa kan. Kami memang particular sket lah bab cadar. Tidur yang selesa adalah tidur yang berkualiti. 

Cadar 900 threads ni sangatlah selesa nampak material dia ala-ala silk !

Erm, sebenarnya, banyak juga lah shopping 11.11 aritu, nanti lah mummy story lagi barang apa yang mummy beli. Kebanyakannya, tak sampai lagi pun ! Huhuhu



7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Kadang-kadang bila kita membeli online lupa nak teliti satu persatu. Gambar iklan memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan. Saya pun pernah terkena.

    ReplyDelete
  2. Kami kat Perlis pun dah diserang penyakit beli comforter,cadar dan karpet. Sini Joe Raja Lelong bawa masuk bertreler brg2 ni. Comforter 7-1 dijual RM 60/70 . Patchwork 3-1 pula RM 20.

    ReplyDelete
  3. Cadar Sis sama jenama tu haaa Jean Parry, kira murah lee tu Lin beli Shoppee..Sis lupa Suami beli mana entah, lama juga guna, tahan lama dan tak pudar bila cuci..

    ReplyDelete
  4. nieyl ni kak linda, xleh la tgk warna pink..
    jatuh cinta...♥

    ReplyDelete
  5. LeYa pun pernah terjadi beli tak check betul3x, bila barang sampai terkejut tak cukup 1... Check balik... oooo... Hahahaha... APa-apa pun cantik kak

    ReplyDelete
  6. Kadang kalau beli online memang kita terlepas pandang kan Linda. Cantik cadar Linda pilih untuk anak-anak..

    ReplyDelete
  7. Jean Perry dapat masa hadiah kawen, cadar tu tetap favorite sampai sekarang. Nak beli baru tak reti eh nak pilih. Baca sini baru faham. Hehe dah boleh masuk cart la yek utk 12.12 pulak. Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post