ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA ! JOM BERCUTI DENGAN TRAVELOKA

JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA ! Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat sahaja ! Mummy pun, alhamdulillah sihat. Cuma agak lemau juga, lama sangat duduk rumah dan tak dapat keluar bercuti di hotel. Haha !

Erm...Alangkah indahnya, jika kita dapat rehatkan diri di hotel yang berhadapan dengan laut sambil hirup udara segar laut bersama angin sepoi sepoi bahasa. Dapat habiskan masa yang tidak ternilai itu dengan keluarga dan anak-anak yang seronok bermain pasir laut.


Allahu ...mummy rindu saat itu ! Rindu yang teramat sangat ! 


Bercuti merupakan satu terapi buat mummy. Masa inilah, kita bebaskan diri kita dengan rutin yang biasa dan kesibukkan yang biasa. Seperti tak perlu masak, tak perlu pergi kedai fikir nak beli lauk apa, tak perlu kemas rumah, tak perlu jadi tarzan dengan anak-anak, tak perlu keluar bekerja, tak perlu kejar masa untuk buat itu ini, tak perlu basuh kain, lipat kain, tak perlu kemas wardrobe mummy dan anak-anak. Eh, banyak lagi yang tak PERLU buat weiii. Seronok, heaven bila bercuti kan. 

Lelagi, mak-mak ni haaa...

Dapat bercuti kat hotel, dapat hirup angin laut, dapat berSPA, berurut . Perrghhh ! Jomlah hotel booking

JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA !


Berita baik buat yang sedang berada dalam Zon Hijau ! Rezeki korang ni, kan ! Ngam pulak, dengan cuti sekolah ni. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dah umumkan bahawa pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan zon hijau dibenarkan seperti biasa. Tiada sekatan, seperti di negeri Pahang contohnya, kalau nak rentas negeri zon hijau dengan negeri zon sama lain pun boleh dah ! Industri pelancongan pun dibenarkan dalam zon hijau dengan hijau. Cuma rentas negeri PKPB dengan negeri PKPB kena ada kebenaran polis. JOM BERCUTI DI HOTEL ! ZON HIJAU KINI BOLEH BOOKING HOTEL DI ZON HIJAU JUGA !


Sumber: PDRM

Contoh Zon Hijau buat masa ini adalah di negeri Pahang, warga Pahang nak bercuti dan mencari hotel yang banyak diskaun. Bolehlah terjah ke Traveloka.


10 HOTEL POPULAR MURAH BAWAH RM200 DI PAHANG


Banyak hotel menarik di Pahang yang mampu milik. Jom kita tengok,  hotel popular dan bajet bawah RM200 di Pahang. Antaranya :-

1. Copthorne Cameron Highlands 
serendah RM148 satu malam
Rating 8.3 / 10

Location strategik..Hanya jalan kaki ke Kea farm. Bilik luas dengan bathtub & balkoni..Recommended sgt2. - Norfadhillah

Tempat yang selesa, parking yang banyak and I would highly recommend it to everyone. - Azizan

Nice hotel. Bersih. Semua staff very friendly - Shamsiah

The best hotel. Bilik sangat luas. breakfast sangat sedap. Berbaloi dengan harga. - Chitra

Bilik luas dan servis yang bagus. Berbaloi dengan harga yang dibayar plus breakfast set yang sedap. - Nur E

2. AC Hotel by Marriott Kuantan 
serendah RM148.50 satu malam
Rating 8.5 / 10 

Semua servis yang diberikan amat baik. - Suzila


Staf yang sangat baik, kami dapat check in awal, sebab dah sampai awal. Bilik bersih cuma gelap sikit... makanan pun sedap. - Muhammad


Hotel terbaik. Lokasi menarik, dekat dengan kawasan bandar. Bilik yang luas dan bersih. Kemudahan 5 star di beri. - Ramzunazulllaili


Keseluruhan amat puas hati, booking bilik club deluxe, memang berbalo,. boleh rehatkan diri dan disediakan mini hi tea dalam bilik executive lounge. - Noredayu


Overall sangat OK! Breakfast banyak pilihan. Bilik bersih. Cuma event dihotel pada weekend menyebabkan parking untuk guest full dan saya menempah 4 bilik, pada hari ke 2, ke-empat2 bilik, kad tak boleh guna. Dah turun ke kaunter, bila naik, sama juga tidak boleh digunakan. Itu sahaja, overall ok dan sangat ok - Nur

3. Zetter Suites @ Cameron 
serendah RM153 satu malam
Rating 8.50 / 10

Puas hati sngat², berbaloi² dengan harga, nanti kami datang lagi - Khaira

Overall semua puas hati, da 2x book sini. - Jas T

Apartment selesa dan anak-anak suka paling best sangat dekat dengan pasar malam. Dah tentu check in disini lagi kalau datang sini 👍- Faezah

Sangat memuaskan. Bilik bersih. Hotel lengkap dengan tempat parking kereta. Ada lift untuk ke bilik. Persekitaran hotel ada kedai makan dan 7eleven mudah untuk membeli barang keperluan. Recommended 👍 - Hanim

Bilik kemas dengan design ala british. - Mohamad

 

4. TimurBay Beach Resort by Subhome Balok, Pahang 
serendah RM132.84 satu malam
Rating 7.7 / 10

Bilik yang indah dengan pemandangan laut. Kemudahan yang baik dengan kedai runcit di sekitar resort. Tiga tahap keselamatan dan kakitangan yang ramah. Walau bagaimanapun, perkara berikut perlu dipelajari: - 1) Terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk proses daftar masuk, 2) selain syampu, gel mandi juga perlu disediakan di dalam bilik, 3) Lampu koridor harus dihidupkan sehingga jam 7.00 pagi kerana ia sangat gelap kerana berjalan ke tempat letak kereta. - Dominic

Tempat yang hebat untuk mengagumkan dengan kurang RM150 yang dibelanjakan untuk Tahun Baru! Bilik ini mengagumkan !!! Pasti akan mendapat tempat yang sama di perjalanan seterusnya di sini! Amat disyorkan! - Suziah


5. Iris House Hotel, Cameron Highlands 
serendah RM84.15
Rating 8.3

Bilik besar parking senang recommended - Ummu

Bilik yang selesa dan bersih. Parking pun banyak. Boleh katakan hotel ni ok la. - Liey

Bilik bersih,tandas pun ok cuma siaran tv je x jelas. - Zaidi

Tempat yang strategik, semua ada di sekeliling. - Wan

Bilik cantik, okey tak besar tak kecik ada banyak ruang untuk solat, permandangan pun cantik nampak padang golf, reception semua ramah dan baik, nak daftar pun sekejap saja dengan Traveloka. park senang, tempat iron dibawah sekali, nak iron time siang ok la malam seram sikit hihihi overall puas hati, kalau datang ch saya akan ambil hotel ini lagi sebab semua dekat dan senang. gerai-gerai makan pagi dan malam sebelah hotel saja. recommended. - Zarina

6. Resort World Genting - First World 
serendah RM145 satu malam
Rating 8.3 /10 

Nice view. Kelihatan yang sangat selesa dan damai. First world the best hotel. - Nurshahidah

Penginapan yang selesa, bersih dan mempunyai kemudahan kiost check in, check out. since 2010 saya tetap memilih first world. tak perlu mengambil masa yang lama untuk ke indoor, dalam satu bangunan dapat menghubungkan antra sky avenua complex, skytropolis, skyway avenue dan lain-lain. - Mohd F

7. Heritage Hotel Cameron Highlands 
serendah RM134.93 satu malam
Rating 8.7 /10

Bilik besar selesa bersih atas bukit view cantik memg sesuai untuk yang nak datang untuk tenangkan fikiran. - Muhammad

Staff yang peramah. Bilik yang bersih, luas, ada bathtub yang selesa. Puas hati. - Fahmi

Hotel yang selesa bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Anak-anak saya enjoy menginap di sini. :) - Hanis

8. Geo38 Premier Suites Genting Highlands 
serendah RM119.94 satu malam
Rating 8.6 / 10

Sunggu selesa tempat tinggal yang saya sewa untuk keluarga saya, anak-anak pun gembira n puas hati. - Tawakkal

Tempat yang strategik, pemandangan yang cantik, dekat dengan kedai makan, yang penting hotel cukup selesa. - Muhamad

Tempat yang baik untuk percutian keluarga. Lokasi yang selesa dan tidak ramai. Hanya ada satu tempat letak kereta, tempat letak kereta tambahan perlu dibayar. - Abdul

9. Grand DarulMakmur Hotel Kuantan 
serendah RM123.50 satu malam
Rating 8.4 /10

Sangat bagus sekali mesra dan selesa. - Dato M Z


Bilik besar, selesa, staff baik & friendly, boleh datang lagi bila ke kuantan, anak-anak suka swimming pool. - Norshamsiah


Selesa, bersih dan Muslim friendly, sesuai untuk keluarga bercuti di kuantan. A+ - Azrol R

10. Star Regency Hotel & Apartment , Cameron Highlands 
serendah RM94.45 satu malam
Rating 7.2 / 10

value for money, can consider to repeat and stay here again, maybe the hotel management can upgrade in term of facilities. thank you - Farahaniny


KENAPA MENEMPAH BILIK HOTEL DENGAN TRAVELOKA?


Mummy dah ada pengalaman menempah bilik hotel dengan Traveloka tau.  Sejujurnya, memang puas hati kerana :-

Harga Jujur
Mummy suka menempah bilik hotel dengan Traveloka ini sebab utamanya. Harga yang disenaraikan termasuk semua cukai yang berkenaan, fi dan surcaj. Tak ada cas tersembunyi.

Harga Rendah Setiap Hari & Tawaran Eksklusif 
Mummy muat turun aplikasi Traveloka di Hand phone mummy, sebab harga di aplikasi ni hjauh lebih murah dari harga bilik hotel yang di beli secara walk in


Ulasan Sebenar Tetamu
Ulasan dan rating juga adalah dari penghuni yang pernah menginap. Sebab itu, mummy akan melihat ulasan setiap bilik hotel di Traveloka terlebih dahulu sebelum membeli bilik hotel. 

Traveloka menyediakan 2,000,000+ ulasan sebenar daripada tetamu hotel!

StayGuarantee
Dengan StayGuarantee, tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Travekola akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan. Atau, bayaran akan dikembalikan.


Pelbagai Pilihan Pembayaran
Traveloka mempunyai cara bayar yang pelbagai. Sama ada korang ingin membayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet, atau di 7-Eleven.

Traveloka menyediakan pelbagai pilihan ! Tiada fi transaksi.

Diskaun Istimewa
Bukan sahaja tawaran istimewa dan diskaun hebat untuk tempahan bilik hotel. Malah tempahan penerbangan juga ada diskaun tau !


Takut ketinggalan diskaun hebat dari Traveloka? Jangan risau, pihak Traveloka sentiasa akan update kepada pelanggan dan ahli Traveloka tentang informasi terkini diskaun istimewa untuk hotel!

Ha..menarik, kan Traveloka ini ! Jomlah menempah sekarang di : https://www.traveloka.com/ms-my/hotel

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Kan... Lama rasa tak pergi bercuti jauh-jauh kan. Semoga segalanya seperti sedia kala. Yang zon hijau tu boleh dah la jalan-jalan. Tapi jaga diri dan kesihatan juga

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat bercuti, tak sabar nak bercuti dengan keluarga tenangkan fikiran rehatkan minda .. yes dah survey dekat treveloka memang murah dan banyak yang beri ulasan terbaik. Tak salah pilihan kite... he he he

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nya nak gi bercuti lepas ni...

    ReplyDelete
  4. kita tungguuuu PKP abessss.. x sabar nak jalan2 da ni..

    ReplyDelete
  5. Impian tinggal impian je ha...PKP dah kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post