TEFAL SALES 10.10 DI SHOPEE DAN DI TEFAL MITSUI SEPANG - Dah nak masuk sales 12.12 pun, barulah mummy sempat nak cerita tentang apa yang mummy grab masa sales 10.10 hehehe. Ye lah, 10.10 hari tu birthday husband. Agak sibuk sket, dengan renovation rumah lagi kan. Oh ya, cerita tentang renovation dan make over rumah tu, mummy dah update sampai part 9 kat Instagram mummy. Tapi, kat blog ? entah baru part berapa je sempat update hahaha ! Tak pe la, moga mummy akan rajin dan terus rajin mengarang di blog ye ! Cerita part sales 10.10 ni, banyak juga mummy shopping pada Oktober 2020 ni rupanya, bukan setakat shopping hadiah hari jadi daddy, small celebration, tapi mummy habiskan juga duit pada barangan dapur. Sedondon semua Tefal Brand. Ye lah, tak kan nak harapkan duit daddy lagi kan. Tok laki kita bukan gabenor Bank Negara, takat Site's Consultant aje ! Nak semua tarah duit dia 100%, oh not me ! Ada benda yang mummy suka beli sendiri dan ada kala suka shopping senyap-senyap juga .
TEFAL SALES 10.10 DI SHOPEE DAN DI TEFAL MITSUI SEPANG
Tak ada plan pun nak ke Mitsui. Masih ingat lagi hari Isnin sebelum 10.10 tapi biasalah kan sales 10.10 dah bermula dah. Pagi Isnin tu, mummy hanya meeting online sambil drive, so sambil drive, sambil boleh ber meeting. Appointment Isnin tu, memang mummy tak slot kan. Sebab Isnin ni banyak benda nak kena follow up, siapkan quotation dan lelain kerja.
Sambil drive tu, tetiba rasa nak drive ke Mitsui. Dan, alih-alih sampai dah hahaha ! Mummy tak nak ambil masa yang lama kat Mitsui masa ni, berjanji pada diri hanya 3 jam saya boleh duduk dalam Mitsui.
Dalam fikiran, nak tengok Tefal, Le Cruset, beli t shirt Levis (sales giler), hadiah hari jadi mak, kasut sandal Adidas Dzal, Kasut jogging mummy.
Tefal memang sales pun, murah juga. Tapi, barang Tefal kat Mitsui ini, banyak juga SOLD OUT. Nampak gayanya mana yang SOLD Out tu nak kena beli online je lah. Online pun FREE shipping jugak.
Kettle rumah kami baisalah cepat rosak, sebab beli hat biasa tak heavy duty kan. Brand biasa.
Manakala Coway kami dah let go masa renovation. Jangan promote dah ye ! Hehe Kami malas nak semakkan dapur. Nak dapur minimalist je.
Tak nak pakai dah coway ke cucoo ke bagai . Lagi pun, kami bukan selalu ada kat rumah sendiri. Kami ini, banyak habiskan waktu duduk di rumah tok mak bebudak ini . Dan, kadang-kadang duduk sana sini.
Tak nak pakai dah coway ke cucoo ke bagai . Lagi pun, kami bukan selalu ada kat rumah sendiri. Kami ini, banyak habiskan waktu duduk di rumah tok mak bebudak ini . Dan, kadang-kadang duduk sana sini.
Dan, mummy juga agak rajin masak airkan, tak pe lah, kita beli je Tefal Kettle ini je. Tefal ini best..Ada warranty 2 tahun dan apa yang best ianya fully premium aluminium. Kiranya dah masak air panas dalam Tefal Kettle ini. 2 - 3 jam pun air masih panas / suam lagi. Bukan macam kettle biasa. 20 minit dah sejuk !
Dan offer masa ni, dari RM200+, jadi RM100+ je !
Tadaaaa....Hasil dari Mitsui. Sales 10.10, sampai senget benget badan bawa barang banyak-banyak. Staff Sketchers siap tanya lagi, akk personal shopper Mitsui ke.
Hehe idaklah rajin. Soon, tak tahu lah kan.
Akak jarang shopping dik, ni rumah dah tahap teruk dah. Banyak nak kena beli !
Hasil tangkapan Tefal Mitsui ialah Kettle, sudip, Tefal So Chef Non Stick Pan, Peeler, Whisk je.
Pisau, rice cooker, sudip sup dan lelain tu semua beli online Tefal Shopee je.
Ngam pulak, kat rumah kami tu patah whisk, so beli baru brand Tefal terus lah kan.
Pisau kat rumah ni dah lama sangat tak tukar dah 9 tahun tak silapnya...
Dah sampai masanya nak kena beli pisau baru dan pisau khas untuk daging, untuk buah dan sayur pulak.
Dalam masa yang sama ..ke Tefal ini, nak beli gunting Tefal juga. Tapi, staff tu kata tak recommend untuk gunting daging atau ayam.
Oh, mummy suka pakai gunting sebenarnya untuk daging ayam, lebih cepat kalau nak potong kecik-kecik tu.
Gunting ni, mummy beli Scooth je Sebab dia boleh potong daging.
Mummy kalau beli barang suka beli untuk long term terus. So Chef ni non stick pan titanium (cepat panas) , cepat sejuk bila habis masak.
Dan, range mummy cari ni, yang boleh di gunakan untuk semua jenis dapur. Termasuklah induction cooker. Tefal range So Chef ini jenis leper. Sebab mummy tak ada jenis leper
Dan, range mummy cari ni, yang boleh di gunakan untuk semua jenis dapur. Termasuklah induction cooker. Tefal range So Chef ini jenis leper. Sebab mummy tak ada jenis leper
Masa kat Langkawi dulu beberapa tahun lalu kot beli Tefal Non Stick Titanium gak https://www.azlindaalin.com/2018/05/kuali-pan-tefal-murah.html . Untuk semua jenis dapur gak. Tapi jenis bukan leper. Tefal Pure Chef range dia.
Kenapa mummy suka Titanium ? Sebab cepat panas, boleh grill daging tanpa minyak, tak melekat dan mudah di bersihkan / cuci. Lepas masak, cepat sejuk. Dah sejuk baru basuh. Tips, nak jaga non stick pan gini lah !
Tefal Titanium ni sedikit berat,tapi oklah mummy suka sebab boleh pakai untuk semua jenis dapur. Manalah tahu satu hari nanti nak pakai induction cooker ke kan.
Plan lepas ni , mummy nak cari kuali besar sket. Tefal jugak lah kot. Hehe . Air fryer ke apa ke. Malas nk beli dah sebab dah ada convection 2 in 1 built in oven microwave. Malas banyak sangat gadget, semak dapur nanti hehehe. Pakai gadget mana yang nak pakai je !
Tak nak beli hat buat pameran hehehe
Tak nak beli hat buat pameran hehehe
Wishlist 12.12 ni boleh masuklah kot kuali tu hehehe
Wahhh... Meriah betul barang-barang dapur Kak Lin... Suka betul LeYa tengoknya.
ReplyDeletesinggah sini.. bestnya dpt borong semua brg2 tefal!
ReplyDeleteKita duk ushar2 da tefal ni.. Ingat nak beli yg pan dengan pot tu... Yg pan tu nk bg hadiah kawen dekat adik nnt.. Yg pot tu kita nak amik kt kita.. Senang nak masak nasi dalam tu... Sekarang ni suka masak nasi guna dapur.. N temporary duk guna pan tefal yg ada ni... Macam cepat masak nasi guna stove pulak.. Tu yg nak kena beli yg pot tefal.. Senang nasi x melekat n tak membazir... Kalau melekat tu.. Nnt membazir ja kena buang
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com