3 Supplements Pilihan Mummy dari Ecolite Boostick Concentrated Suplemen Sedap, Mudah Bawa Travel, Senang Makan - Morning dan Assalamualaikum semua. Haihhh, rasa macam lama juga ye, mummy tak share supplemen yang mummy tengah consume kan. Sekarang ini, mummy tengah falling in love dengan supplemen dari Ecolite Boostick. Pernah dengar? Tak pernah dengar? Jangan risau, bagi yang tak pernah dengar atau tak pernah tahu tentang suplemen dari Ecolite Boostick. Mummy akan share kan di entri kali ini, apakah itu suplemen Ecolite Boostick, apa yang menarik tentang suplemen Ecolite Boostick ini dan banyak lagi tentang suplemen Ecolite Boostick
3 Suplemen Wajib Harian Mummy dari Ecolite Boostick Concentrated Suplemen Sedap, Mudah Bawa Travel, Senang Makan
Seperti biasa, sebelum breakfast. Tak kiralah, ketika mummy berada di rumah atau pun travel. Mummy wajib ambil suplemen dari Ecolite ini ! Dan, baru-baru ini mummy ada travel ke Langkawi. Memang wajib bawalah suplemen Ecolite Boostick ini.
Waktu pagi yang sejuk, buka pintu bilik sambil menikmati suasana hijau biru, hirup udara segar dan nyaman sambil menghadap laut sambil layan 3 supplements dari Ecolite Boostick . Allahu...mummy rasa sangat fresh dan bertenaga !
Ecolite Boostick ini sangat sedap, ada rasa manis dan tidak terlalu masam. Siap boleh makan dan kongsi juga dengan anak-anak. Jangan takut nak share dengan anak-anak tau, sebab ianya mengandungi bahan semulajadi dari buah-buahan.
Okay, jom kita kenali apakah itu Ecolite Boostick ini, ye
Apa itu Ecolite Boostick Concentrated (Pati Pekat)?
Ecolite Boostick yang mummy sedang consume ini ada 3 jenis iaitu :-
1. Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab)
2. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah koji dan kekwa segar)
3. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pear)
Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab)
Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab) ini di rumuskan dari Kurma merah dan Kurma Arab semulajadi dengan menggunakan teknologi terkini dan resipi tradisional.
Rasanya manis-manis sedap sama macam buah kurma. Nak lagi sedap, boleh simpan dalam peti sejuk dan ambil ketika sejuk.
Ramuan lain di dalamnya pula mengandungi Sirap Glukosa, Pekatan Kurma Kurma, Ekstrak Kura Merah, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida, Air dan Asid Benzoik.
Sangat sesuai untuk semua golongan terutama yang sentiasa berasa pucat, selalu cepat rasa sejuk tangan dan kaki. Ianya juga boleh jadikan kulit muka lebih glowing dan kemerah-merahan cantik. Auwwww ! Best, kan !
Kebetulan memang sangat kena mengena dengan situasi mummy. Kaki mummy sangat sensitif, cepat sejuk. Bila sejuk tu, mulalah jari kaki krem lah, betis krem lah. Lelagi bila travel jauh-jauh ni kan. Dah pakai sport shoes dengan stokin pun kaki boleh sejuk dan boleh jadi kembang sekali.
Kebetulan memang sangat kena mengena dengan situasi mummy. Kaki mummy sangat sensitif, cepat sejuk. Bila sejuk tu, mulalah jari kaki krem lah, betis krem lah. Lelagi bila travel jauh-jauh ni kan. Dah pakai sport shoes dengan stokin pun kaki boleh sejuk dan boleh jadi kembang sekali.
Alhamdulillah, lepas mummy consume Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm dalam pada perjalanan mummy Kajang - Kamunting- Langkawi dan Langkawi - Kajang tak mengalami apa-apa masalah pun. Kaki tak ada rasa kebas, tak ada rasa sejuk mahu pun kembang kaki.
Ecolite Boostick Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pear)
Ecolite Boostick Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pear) dirumuskan dari pati pekat buah pir pekat dan sarang burung tulen secara semulajadi dan tradisional.
Rasanya, ada tekstur buah pir, tak manis sangat dan tak masam sangat.
Ramuan lain dalamnya, ada Sirap Glukosa, Peatan Lobak, Air, Madu Linden, Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzoik.
Ecolite Boostick Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pear) sesuai untuk semua generasi terutamanya untuk golongan yang bekerja sehingga lewat malam. Ia Membantu memberi tenaga sepanjang seharian bekerja.
Bab sarang burung pula, rasanya semua dah tahu keistimewannya sendiri,kan. Ianya boleh menjadikan kulit lebih cantik, flawless dan menjaga kecantikan dari luar dan dalam juga.
Time bercuti trave jauh, travel kerana bekerja mahu pun travel dekat-dekat. Badan serta kita akan cepat letih. Setelah 2 minggu mummy ambil Ecolite Boostick Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pear) , mummy rasa kurang rasa letih. Especially, bila travel jauh-jauh sehingga ke Pulau Langkawi. Segar je walau berjalan ke sana sini pulun satu Langkawi selama 5 hari hehehe.
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (Biji Koji dan Kekwa)
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah koji dan kekwa segar) ini dirumuskan dari buah koji dan kekwa segar yang di hasil kan melalui sistem teknologi terkini dan tradisional.
Rasanya manis buah yang sangat sedap.
Ramuan lain yang terkandung dalam Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah koji dan kekwa segar) ialah Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Koji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai perasa dan Asid Benzoik.
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah koji dan kekwa segar) untuk semua golongan dengan membantu melegakan keletihan mata .
Amat sesuai bagi golongan yang bekerja dengan melihat skrin terlalu lama seperti menggunakan peranti elektronik, telefon bimbit, komputer dalam masa yang lama
Tak di nafikan, 100% sesuai untuk mummy sebab kerja mummy memang kena menghadap teelfon bimbit ataupun komputer riba. Memang mummy wajib makan pun !
Apa yang best tentang suplemen Ecolite Boostick ini, ianya mudah di bawa kemana sahaja. Nak makan pun senang je, buka, koyak dan terus makan.
Cadangan pengambilan Ecolite Boostick ini sehari 1-3 sachets
Harga sekotak (10 sachets) ini dalam RM38 sahaja. Jom dapatkan di Guardian , Big Pharmacy, Healthlane Pharmacy hari ini !
Info lanjut, korang boleh layari ke : https://www.ecolite.com.my/
Okay... Terus tergoda dengan yg ketiga tu bila manfaatnya sesuai untuk yang mengadap komputer / smartphone lama-lama ni. Kena try jugak ni.
ReplyDeleteBagus produk nie Linda, bukan untuk cantik aja tapi untuk kesihatan juga kan..
ReplyDeleteSemua pun nampak bagus. Senang nak consume pulak tu.
ReplyDeleteEcolite Boostick Concentrated Suplemen sememangnya bagus utk kesihatan dalaman dan luaran eloklah amalkan
ReplyDeleteBestnya ada supplement macam ni..boleh letak dalam handbag kan..senang nak consume
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com