Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung - Macam biasa lah kan, bila PKP ni, aktiviti masak, masak dan masak, aje lah kita ! Kali ini, mummy nak share pada semua yang mummy ada masak pemanis mulut PKP iaitu Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung. Paling penting, resipinya mudah di sediakan, mudah masak dan senang di makan.
Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung ini merupakan cubaan pertama mummy tau. Oh tersangat lah seram bila mencuba resipi baru nak mencuba ini. Kalau tak menjadi, Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung. Boleh bikin naya, ni ! Haru
Nak ikutkan Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) ni, rebus gitu aje pun dah okay dah. Gerenti sedap, lemak, manis dia memang perghh terbaik! Tapi, asyik makan secara rebus je, kan. Kang boring pulak semua dalam rumah ni.
Bahan Resipi Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
So, kali ni kita masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) sama Jagung . Resepinya, tersangat lah mudah. Perlu ada :-
1 batang Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun)
4 senduk Gula perang / gula Melaka
5 mangkuk kecil Air
1 kotak Santan
1 amngkuk kecil Jagung
1 helai Daun pandan
Sedikit Garam (jika suka , untuk nak bagi rasa lemak)
Cara Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
Cara nak masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung pun sangatlah senang.
1. Panaskan 5 cawan air bersama daun pandan , bila air dah didih masukkan Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung sehingga empuk.
2. Dah empuk, akhir sekali letakkan santan dan gula.
3. Nak tambah sago pun boleh juga. Mummy tak bubuh, sebab budak-budak ni tak suka sago
KELEBIHAN Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes
Oh ya, kenapa pilih Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun)? Sebab-sebabnya :
1. Ada Sumber vitamin dan mineral yang baik. Terutamanya Vitamin A dan Vitamin
2. Sumber protein berkualiti tanpa lemak tepu
3. Sumber karbohidrat kompleks bagus untuk badan kita
4. Makanan rendah GI, penghidap diabetes jangan ragu-ragu untuk makan ye !
Beni Nagomi 甘 甘, varian ubi jalar Jepun, yang ditanam dengan teliti di kawasan Ibaraki, Jepun, dianggap sebagai salah satu Yakiimo yang paling sedap dan paling manis (bermaksud ubi jalar panggang dalam bahasa Jepun) dari Jepun.
Di mana boleh dapatkan ubi Jepun dan Yakiimo Beni Nagomi 極 甘 Dari 15 Jan - 28 Feb 2021
Boleh dapatkan di :
Tawaran istimewa dari 15 Januari 2021 sehingga 28 February 2021 boleh di dapati di Jaya Grocer (Starling, Intermark, 163, Pearl Point, Centre Point, Main Place, One Utama), De Market, AEON Max Value (Desa Park City, Bangsar, United Point) dan AEON B. I. G (Mid Valley, Wangsa Maju, Subang Jaya, Jaya One, KEPONG, Bukit Rimau)
Atau diskaun 10% untuk pembelian secara online di :
Jangan lupa, ada juga add-on promotion untuk Spin & Win untuk memenangi hadiah menarik di Jaya Grocer Main Place (Sabtu dan Ahad 10 pagi hingga 6 petang) dan Jaya Grocer Sunway Geo ( Isnin, Jumaat, Ahad dari 10 pagi hingga 6 petang)
sedapnya nampak...yumss
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteNampak sedap tu kak.
ReplyDeleteRajinnya akak ni masak mcm2 ❤️❤️❤️
ReplyDeletewah..wah sungguh sedap nampaknya tu..
ReplyDeletebelum rasa lagi ni...meh semangkuk hehehe
terliur plak. Nanti boleh lah try buat
ReplyDeleteSedapnye bubur jagung fav jugak ni lama tak makan..Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes ni rasa mcm keledek yea
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com